Hi semua! Seperti dijanjikan, inilah entry terakhir percutian DN bersama keluarga ke Hatyai dan Songkhla. Lama kan DN nak habiskan entry ini. Dah hampir sebulan tak habis-habis lagi. Hehe... Harap perkongsian DN di sini dapat memberi panduan kepada mereka yang ingin bercuti ke Hatyai dan Songkhla.
Tempat terakhir semasa berada di Songkhla, kami telah dibawa melihat-lihat ikan di laut buatan yang dinamakan "Songkhla Aquarium". Siapa-siapa yang pergi ke Langkawi pasti pernah masuk ke tempat sebegini. Bezanya di sini, kami dijamu dengan persembahan bersama haiwan-haiwan laut. Tiket untuk masuk ke Songkhla Aquarium ini berharga 300baht untuk dewasa, manakala kanak-kanak 150baht.
Inilah persembahan yang ditunjukkan kepada kami. Lebih 10 minit juga persembahan ini. Orang ini sedang menari dengan penyu diiringi dengan lagu. Siap lagu Gangnam Style pun ada tau. Penyu ini memang memberikan kerjasama yang sangat mengagumkan sepanjang persembahan ini berlangsung.
Bukan itu sahaja, orang ini juga menari ballet dengan ikan jerung. Terpegun kami melihatnya. Tiada masalah langsung jerung besar nak menari bersama-sama dengan orang ini tau. Kerjasama yang sangat menarik. Teruja kami melihatnya. Cuma di sini mereka cakap Thai, jadi DN tak faham langsung apa yang cuba diterangkan oleh jurucakap yang ada di sini sepanjang persembahan. Jika mereka dapat berbahasa Inggeris pasti lebih difahami oleh pengunjung yang datang dari pelbagai negara semasa DN berada di sini.
Maka, berakhirlah ceritera travelog DN sepanjang berada di Hatyai & Songkhla. Nak mengimbas kembali apa yang DN lakukan di sana, boleh terjah travelog DN seperti berikut :-
Beberapa hari lagi DN akan ke tempat yang pernah DN kunjungi dahulu. Ke mana? Nantikan ceritera travelog DN selanjutnya bila DN pulang nanti. Kali ini DN ingin pergi ke tempat-tempat yang DN tidak berkesempatan untuk kunjungi semasa kunjungan pertama dahulu. Tunggu tau. Heee....
woooo...mcm best jerr.
ReplyDeleteingat deqnoor kat dalam tu :P
ReplyDeletehuwaaa.... hari tu pegi Songkhla x sempat gi aquarium ni sebab kesuntukkan masa...cam nak kena gi lagi jer ni? ^_^
ReplyDeletetakut lah pula dengan jerung tu..
ReplyDeleteberani dia kan menari-nari dengan jerung tu
@Carlos Santiago mmg best.. :)
ReplyDelete@Dkna Abza air pun takut dkna.. camne nk duk dlm tu. hee....
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid kena pegi lg tu.... :D
ReplyDelete@MaMa Rey tahu xpe... dah lah besar jerung tu
ReplyDeletemak aih..biar betul menari dengan jerung.. pergh.. luar biasa tu..hehehe.. terbaiklah. dn dapat tengok depan2 mata..
ReplyDeletepergghh.. mcm best jew.. ney buat teringin nak pegi ney. :)
ReplyDeleteMacam seronok je orang dalam tu...
ReplyDeleteWah besntye DN.. :)
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeleteFuh..ada 11 travelog yg ambe nak kena baca lepas ni..inshaaAllah...kena bookmarked siap2..hehe
terima kasih sudi berkongsi..senang khoje kalau lepas ni terlajak ke sana =)
#Salam SBB2013
t nak propose dlm akuarium la..hahaha
ReplyDelete@boni kacak Gerun gak tengok takut jadi apa-apa dengan orang kt dalam tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
ReplyDelete@Hanim Irsyad ada peluang pergi lh ke sana nanti.. :)
ReplyDelete@Izzuddin Fauzi seronok la tu kot...
ReplyDelete@Cik Nurul Siezuka mmg best nurul.. :)
ReplyDelete@hafizmd w'salam... terima kasih sudi membaca travelog DN ini.. salam perkenalan.. :)
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik amboi! dh rancang awal tu... ;)
ReplyDeletekat sini pun tak start baca lagi. nanti kena baca yg Korea punya. tapi takde masalah pun. jangan DN bosan dengan komen dari saya dahlah.
ReplyDelete( nak tiru gaklah)
#salam Kenny Rogers
bace pun dah teruja camnela kalo tengok sendiri...
ReplyDeletelouis vuitton purses
ReplyDeletemichael kors outlet store
adidas ultra boost
coach outlet online
broncos jerseys
montblanc
dodgers jerseys
ray bans
cheap jordan shoes
louis vuitton factory outlet
170517yueqin