Taman Nurani : Nafas Keislaman Dalam Seni Kontemporari Malaysia

 Anda berada di KLCC? 
Anda ingin melakukan sesuatu selain daripada membeli-belah, menonton wayang atau makan? Anda sedang menunggu seseorang atau sesuatu perkara? 
Anda ingin menenangkan fikiran dengan melihat sesuatu yang menenangkan?
Anda ingin bersiar-siar tetapi cuaca di luar tidak mengizinkan?
Anda bosan dengan aktiviti rutin anda dan ingin membuat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan?


Jika anda merasai pelbagai perasaan di atas atau selainnya ketika berada di KLCC, luangkanlah masa anda untuk mengunjungi tempat ini. Galeri Petronas yang berada di Level 3, Suria KLCC. Ketika ini Galeri Petronas sedang mengadakan pameran Taman Nurani : Nafas Keislaman Dalam Seni Kontemporari Malaysia yang sudah bermula sejak 4 Disember 2012 yang lalu dan akan berlanjutan sehingga 17 Februari 2013


Galeri Petronas dibuka seperti waktu yang tertera di atas. Ia ditubuhkan pada tahun 1998 oleh syarikat petroleum negara, PETRONAS untuk menyokong dan memupuk perkembangan seni di Malaysia dengan menyediakan ruang serba guna bertaraf dunia untuk para seniman tempatan dan antarabangsa memperagakan karya mereka. Yang paling penting, masuk adalah percuma. Tiada apa-apa bayaran yang akan dikenakan jadi ambil lah peluang ini untuk mengunjungi tempat ini. 


Beginilah suasana ruang di dalam Galeri Petronas ini. Anda sangat selesa untuk melihat dan menghayati karya seni di sini. Galeri Petronas telah menganjurkan pelbagai pameran seni lukis dan berhasrat menjadikan seni sesuatu yang mudah didekati, menyeronokkan dan memikat hati segenap lapisan masyarakat melalui penganjuran pelbagai pameran dan program awam.


Bukan itu sahaja, terdapat juga minaret diletakkan di sini untuk tontonan pengunjung yang hadir. Oleh itu, sambil anda menghayati sedikit gambar-gambar hasil karya pelukis tanahair di sini, serba sedikit mengenai Taman Nurani ini akan diterangkan untuk makluman anda semua.


Taman Nurani : Nafas Keislaman Dalam Seni Kontemporari Malaysia menghimpunkan karya-karya pelukis terpilih daripada koleksi seni PETRONAS, Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan koleksi peribadi yang mencerminkan komitmen kerohanian. Karya yang dipilih adalah berdasarkan keselarasan bentuk dan makna dengan aspek keislaman, meskipun tidak terlalu tegar dalam melihat pertaliannya dengan kaedah formalistik kesenian Islam.


Taman Nurani dipilih sebagai tema pameran berdasarkan hakikat karya seni bagaikan sebuah taman indah yang dicipta dan diperindah oleh pelukis dengan sepenuh hati dan jiwa. Nurani mencerminkan hati yang suci, terang dan bercahaya atau hati nurani : hati yang telah mendapat cahaya daripada Tuhan; perasaan hati murni yang sedalam-dalamnya. Hal ini amat terserlah dalam karya yang bernafaskan keislaman, karya yang menyalurkan jiwa dan raga karyawan dalam menggambarkan kedekatan diri dan mentauhidkan Yang Maha Esa. 


Prof. Dr. Muliyadi Mahamood daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam merupakan kurator Taman Nurani ini. Pameran ini terbahagi kepada empat kategori iaitu :-

1. Abstrak : Pendekatan ini terjelma menerusi pengolahan gaya abstrak yang berasaskan rupa bentuk dan corak geometrik ataupun sapuan warna yang organik. Yang satu begitu terkawal dan skematik rupanya, manakala yang satu lagi lebih beritma dan ekspresif. Meskipun begitu, kedua-duanya bertujuan mewujudkan suasana kontemplasi yang memperkukuh kewujudan dan kebesaran Tuhan.


2. Khat : Seni khat mempunyai kedudukan yang tinggi kerana berhubungan langsung dengan keindahan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Rujukan terhadap khat dan jawi sebagai motif pula memperkukuhkan pengucapan bahasa abstrak yang menunjangi kesenian Islam. Karya-karya seni khat lazimnya memiliki kekuatan bentuk dan makna. Keindahan bukan sahaja dapat dihayati menerusi kehebatan tulisan, malahan menerusi mesej dan makna yang ingin disampaikan karyawan.


3. Landskap : Landskap berperanan sebagai dokumentasi sejarah, cerminan pengaruh ekonomi dan perubahan teknologi serta komentar sosial selain daripada menggambarkan keheningan dan keindahan alam semulajadi yang permai. Karya landskap dan persekitaran yang diperagakan menunjukkan manifestasi pelukis tentang kebesaran Tuhan Pencipta Alam dan membawa mesej keislaman. Pendekatan denaturalisasi menjadi kaedah utama dalam pembentukan karya landskap dan persekitaran.


4. Motif Budaya dan Tradisi : Ia didasarkan kepada enam pendekatan artistik bagi menterjemahkan gambaran infiniti iaitu Abstrak dan Kemujaradan, Struktur Modular, Gabungan Berturutan, Perulangan, Dinamisme dan Intrikasi atau Kerumitan. Motif budaya dan tradisi yang ditampilkan bukan sahaja bersifat dekoratif, malahan berlambang dan bermakna selaras dengan budaya Melayu yang berteraskan Islam.


Pameran ini mencerminkan penghargaan dan komitmen tinggi Galeri Petronas terhadap penghasilan karya kesenian Islam di negara ini. Selain membuktikan bahawa kesenian Islam merupakan salah satu aspek terpenting dalam perkembangan seni lukis Malaysia, pameran ini juga diharap dapat mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan khalayak terhadap seni Islam.

Selain pameran ini, pelbagai aktiviti pendidikan dan menyeronokkan akan diadakan termasuk bengkel kaligrafi pada 12 Januari 2013 ini bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke website Galeri Petronas atau hubungi di talian 03-20517770 atau faks di 03-20519290.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. tak berapa gemar ke klcc.. tapi ni boleh jadi alasan baik tuk ke sanan nanti inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak pergi lagi laaa... :)

    ReplyDelete
  3. terbaik.. nanti ada masa nak pergi terjah juga lah.hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Gambar last tue cantik, siapalah yang tangkapkan :)

    ReplyDelete
  5. @Muhammad Saiazuan Norhalik insyaallah... pergi lh bila ada kelapangan.. :)

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone adalah orang tu yg tangkapkan.... hee...

    ReplyDelete
  7. assalamualaiakum deq noor...bestnya mcm nak pergi...:)

    ReplyDelete
  8. @Mas Zull w'salam.. pergi lh. esok ada program tu.. :)

    ReplyDelete
  9. kalau pegi klcc memang tak pegi sini. tapi pergi tempat mandi untuk kanak2 tu.

    free takyah bayar

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^