Semasa berada di Hatyai, DN dan ahli rombongan yang lain telah dibawa ke Thai House Honey Hadyai. Di sini ada menjual pelbagai jenis madu asli. Semua sedia maklum bahawa terdapat banyak khasiat di dalam madu asli ini. Antara khasiat yang DN ingat adalah membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas, mempercepatkan proses penyembuhan bagi kecederaan kulit, menjadikan kulit lebih sihat, menguatkan sistem penghadaman, melegakan batuk yang berpanjangan, memudahkan untuk tidur dan banyak lagi.
Oleh itu, kami telah diberi taklimat berkaitan madu yang dijual di sini. Bukan itu sahaja, setiap orang dari kami juga diberi satu cawan air madu yang sudah disejukkan untuk kami merasai sendiri kelazatan air tersebut. DN pun turut merasainya. Memang sedap.
Kami juga telah didedahkan untuk mengenalpasti sama ada madu yang dijual adalah asli atau tiruan. Antara cara yang ditunjukkan adalah :-
1. Ambil satu sudu madu dan tuangnya ke dalam cawan dengan kedudukan agak tinggi sedikit. Jika madu yang turun dari sudu tersebut tidak putus maka madu tersebut memang asli.
2. Biarkan madu tersebut terbuka penutupnya. Jika tiada semut yang datang, madu tersebut asli kerana tiada campuran gula.
3. Letakkan sesudu madu di dalam pinggan lutsinar. Masukkan air dan goyangkan pinggan tersebut. Kita akan dapati air dan madu sukar untuk disebatikan dan akan menjadi berbelak seperti sarang tebuan. Jika madu tiruan, masuk air dan goyangkan, sekejap sahaja madu tersebut sudah bercampur dengan air.
Untuk minum madu ini kami dinasihatkan menggunakan sudu plastik yang diberikan dan tidak dibenarkan minum madu dengan air panas. Selain itu, madu juga perlu disimpan di tempat kering dan jauh dari pancaran cahaya matahari.
DN telah membeli 3 kotak madu ini untuk dibawa pulang. Memang DN sudah lama hendak membeli madu, akhirnya hajat DN tercapai juga. Harga sekotak madu ini adalah 750baht.
Nampak tak gambar yang tertera pada kotak itu? Gambar perempuan yang dikalungkan dengan gelung keseluruhan lehernya. Takut DN tengok gambar ini tetapi menurut Osman, di perkampungan mereka inilah tempat madu-madu asli ini terhasil. Merekalah yang mengambil madu-madu ini sebelum dibotolkan seperti sekarang.
Di perkampungan ini juga turut diadakan pertandingan tau. Barang siapa yang mempunyai leher yang tinggi maka perempuan itu merupakan perempuan tercantik di kampungnya. Macam mana nak tahu? Kira lah berapa gelung yang mereka pakai pada leher mereka. Huhu..... Macam-macam DN fikir tapi biarlah ia bermain di dalam fikiran DN sahaja. Heee....
madu ni makanan sunnah nabi jugak kan?
ReplyDeletemmg banyak khasiatnya
@mamawaiz betul tu wida... sedap & berkhasiat.. :)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletelain kali datang melawat wilayah satun pula
http://satunsiam.blogspot.com/
Salam kenal dan follow....
ReplyDeletelepas ni nak amalkan lah makan madu..hehehe
ReplyDeletepelik kan..macam manalah leher boleh jadi sepanjang tu..
bestnya DN dpt g hadyai...
ReplyDeletebilalah daddy qalesya nak bw ibu & qalesya pergi hadyai nie.. huhu
madu nie boleh makan..jangan madu lain hehee
ReplyDelete@Karlisa Halim insyaallah... akan dirancang satu hari nanti.. :)
ReplyDelete@Mia Kassim salam kenal mia.. thanks sudi follow.. :)
ReplyDelete@boni kacak dn pun dh mula amalkan minum madu ni.. :)
ReplyDeletekan boni.. teringin tengok life diorg ni...
@LiYa HaNiF :: alhamdulillah... insyaallah ada rezeki liya dapat gak ke sana.. :)
ReplyDelete@Dkna Abza heee.... kita cari madu boleh makan je dkna.. :)
ReplyDeletesedap kot madu ni..rugi sape yg tak makan madu..:D
ReplyDeleteP.S - bagi dorang leher panjang mcm tu cantik...pelik2...hee~
@Ezad Skytech kan ezad... madu ni mmg sedap...
ReplyDeletetahu takpe. teringin nak tengok life orang yg pakai camni...
saya suka makan madu. selalu beli madu juga.
ReplyDelete