Ini adalah entry kedua terakhir percutian DN ke Hatyai dan Songkhla. Lama kan nak cerita percutian DN kali ini. Maklum lah, banyak sangat tempat menarik yang ingin DN kongsikan dengan semua. Heee....
DN sekeluarga telah dibawa ke The Great Serpent 'Nag' ini semasa berada di Songkhla. Menurut sejarahnya, penduduk Selatan Thailand ini percaya 'Nag' menyembur air yang dapat membuatkan mereka merasa segar dan gembira, serta dapat menjernihkan noda di dalam fikiran dan badan mereka. Oleh itu, penduduk tempatan sering memberi penghormatan kepada 'Nag' supaya terus dapat memberi kebahagiaan dan menjamin masa depan yang baik kepada mereka.
Semasa berada di sini, kami telah mencuba sesuatu yang menarik dan tiada di Malaysia. Ia adalah Aiskrim kelapa. Kalau kalian tengok di atas itu, penuh kami kerumun stall kecil ini. Kelapa akan dipotong dua dan air kelapa dimasukkan ke bekas lain. Kemudian, isi kelapa akan dicarik-carik dan ditambah dengan bahan-bahan seperti roti, pulut, kolang-kaling (err... dalam melayu apa ye namanya. huuu... ), mangga kering dan kacang. Kita boleh pilih nak letak semua bahan tersebut atau pilih bahan apa yang kita mahukan. Last sekali, aiskrim akan diletakkan di atasnya. Hmmm.... Serius sangat sedap. Harga Aiskrim Kelapa ini hanya 30 baht. Adik DN siap tambah 2 kali tu. Heee...

Selepas makan Aiskrim kelapa ini, kami singgah makan durian pula. Guess what? DN ambil sebiji durian harganya 30 baht. Habis satu, DN ambil lagi sebiji, 30 baht juga. Last sekali DN ambil durian yang lebih besar sedikit, 40baht. Total semua 100 baht sahaja untuk 3 biji durian. Hohoho... Terbaik harganya kau. Yang berbaju biru itulah Osman, tourist guide yang membawa kami bersiar-siar sepanjang kami berada di Hatyai dan Songkhla. Suka gak dia makan durian. Heee....
Selesai makan durian, kami pergi ke destinasi terakhir percutian DN di sini. Di mana? Nantikan entry terakhir DN ye... :)
aaa bestnya. sy dhla hantu kelapa. sini takde lagi kan cmtu? boleh pikir idea nak bisnes ni haha
ReplyDelete@cha kannnn.. sama lh kita. boleh buat bisnes ni. kt malaysia xjumpa lg ni. hehe...
ReplyDeletememang menarik kan.. tak puas gi skali
ReplyDeletesedapnya aiskrim tu DN....
ReplyDeletewah kusyuknya DN mkn durian!
orang thailand kreatif tahap tinggi jugak bab makanan nie
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik tu lah... ada rezeki nk pegi lg nanti... :)
ReplyDelete@mamawaiz mmg sedap wida... ada kt sini mmg dah beli dh. hee...
ReplyDeleteDN memang hantu durian pun wida... :D
@hazman aka species1980 tahu xpe.. banyak makanan2 sedap kat sini.. :)
ReplyDeletewahh..Aiskrim kelapa tu serius nampak betul2 sedap la DN...huhu~
ReplyDelete@Ezad Skytech nampak dah sedap.. bila rasa mmg nak tambah byk kali tu... :D
ReplyDeleteaiskrim perisa santan memang makanan orang sana, saya balik kampung memang makan ais krim santan cume takla die hidang dalam kelapa...
ReplyDelete