Blogger Hangout 2013 anjuran Siezuka.com dan Broframestone.com

 Hi semua! Lanjutan daripada Blogger Hangout semalam, hari ini DN nak berkongsi dengan semua apa yang kami lakukan semalam. Blogger Hangout ini telah diadakan di e@Curve, Damansara dan dihadiri oleh mereka seperti berikut :-

 Milia Amerudin
 

Plan berjumpa di e@Curve, Damansara jam 11pagi tetapi DN sampai lebih awal. Daripada duduk termenung dekat tepi McD, lebih baik DN layan coffee latte dan Chocolate Cheese Cake dahulu di San Francisco Coffee. Sambil menunggu sambil mengisi perut yang tak berapa nak lapar. Tak lah bosan sangat. Seorang demi seorang datang, kami memulakan aktiviti pertama kami.

 

Aktiviti pertama kami adalah menonton movie A Good Day to Die Hard  di Cathay Cineplex, Damansara. Kami ambil 2 row memandangkan tidak ramai yang menonton movie ini semasa kami datang. Movie yang sangat menarik untuk ditonton dan mereka yang belum tengok lagi movie Bruce Willis ini, jangan ketinggalan untuk menontonnya.


Selesai menonton, masa untuk mengisi perut yang sudah mula berbunyi minta untuk diisi. Kami mengikut cadangan Nurul untuk makan di Waroeng Penyet, The Curve. Favorite place Nurul ni. Makanan di sini pun sedap. Pertama kali Nurul ajak DN makan di sini, DN pun dah mula suka makanan di sini. Blogger Hangout kali ini merupakan kali kedua DN makan di sini.

  

Kenyang sudah... Solat pun sudah... Ayuhlah kita ke Laser Warzone e@Curve. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan seperti di atas. Oleh kerana kami hanya sepuluh orang sahaja, maka 5 lawan 5 lah nampaknya.


Berikut adalah harga yang ditawarkan di Laser Warzone ini. Kami memilih untuk bermain 3 battle dengan cas dikenakan adalah RM40 seorang. Melainkan jika anda student seperti Kiki, hanya perlu membayar RM35 untuk 3 battle. Selesai membayar, marilah kita bersiap-siap untuk berperang.


Yeahhhh! Kami bersedia untuk berperang! Heee... Semangat kan kami. Setiap battle diberikan selama 10 minit untuk bertempur sebelum dipanggil keluar semula untuk berehat. Battle 1 selesai... Rehat seketika, kami sambung Battle 2 pula.


Selesai Battle 2, muka masing-masing dah nampak keletihan. Hihi... Mujur tak ambil unlimited kan. Takpe, lain kali kita ambil unlimited ye. Kena tingkatkan stamina sebelum ambil unlimited ini. Walaupun hanya 10 minit untuk setiap battle di dalam, memang letih tetapi tidak seletih bermain Paintball. Game ini lebih relax dan tidak mengundang lebam kerana tiada bullet yang digunakan. Hanya laser sahaja. Kecederaan yang berlaku mungkin disebabkan anda terlanggar apa-apa yang ada di dalam. Maklum lah, gelap di dalam itu.
 

Final Battle, kami bertempur dengan team gathering kalau tak silap DN dari Sek. Men. Sri Damansara ini. 11 lawan 11. Haa... Baru lah semangat lawan dengan team lain dan dalam masa yang sama boleh berkenalan dengan mereka.


Hasil daripada pertempuran dengan team SM Sri Damansara, team blogger yang berwarna hijau menang. Yeay! Memang puas hati. Rasa macam nak main lagi tetapi apakan daya, hari sudah petang.


Sebelum bersurai, acara pengagihan cenderahati yang ditaja oleh blogger Nurul dan Bro Framstone pun berlangsung. Setiap daripada kami menerima cenderahati daripada mereka. Thanks dear... I like! :)


Inilah yang telah kami terima. Goodies bag dari Nurul dan tiket wayang Gangster Celop dari Bro Framestone. Tak sia-sia kami menghadirkan diri kan. Alhamdulillah. Selesai bertempur di Laser Warzone ini, kami meneruskan dengan aktiviti masing-masing. Ada yang pulang dan ada yang masih berkumpul untuk minum petang bersama-sama. DN memilih untuk minum petang dahulu sebelum pulang ke rumah.

Alhamdulillah... Blogger Hangout berjalan dengan lancar dan kami sangat gembira. DN harap aktiviti seperti ini akan diteruskan di masa akan datang. Selain merapatkan silaturrahim sesama blogger yang kerap kali berjumpa di alam maya, dapat juga berkenalan dan menghubungkan silaturrahim dengan rakan-rakan lain yang baru dikenali. Lepas ni buat lagi ye. Insyaallah DN akan menghadirkan diri jika tiada apa-apa halangan. Sayang semua!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

32 Blue Komen:

  1. takde rezeki nak jumpa lagi sebab dah plan ngan member tengok citer HANTU KAK LIMAH 2

    ReplyDelete
  2. @hazman aka species1980 xpe lh.. nk camne kan. ada rezeki kita jumpa lg ye.. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum deq noor...seronoknya berjimba bersama2 blogger semuakan...:)

    ReplyDelete
  4. I heard some one is calling me...

    Ya saya lah kikie tu... untung badan bawak kad pelajar kemana sahaja kan...

    yes it was absolutely amusing day... yet mmg xpuas....

    nak try sangat unlimited tu...

    ReplyDelete
  5. best gila... rugi saya tak join..hahaha :P

    tapi akibatnya, nak berak dan bangun daripada berak punyalah sakit..adeh..

    ReplyDelete
  6. nanti kalau ada hangout mcm ni lagi mesti best kan...rasa gian pulak nak main lasertag lagi..hee :D

    ReplyDelete
  7. @Mas Zull w'salam.. mmg seronok. xpuas rasanya.. :)

    ReplyDelete
  8. @Zulqarnain Abu Hassan hihi.. untungla bawak kad pelajar g mana2.. next time kita main unlimited pula ye.. :)

    ReplyDelete
  9. @Farah Waheda Wahid mmg seronok.. lain kali join lh sekali.. :)

    ReplyDelete
  10. @boni kacak hahaha.... main bersungguh sgt. mana xsakit2 badan. esok2 ok lh tu. hee...

    ReplyDelete
  11. @Ezad Skytech betul tu ezad.. harap ada yg sudi organise lg. hee...

    ReplyDelete
  12. @Bro Framestone ada bro... next time bro arrange lg ye... :)

    ReplyDelete
  13. ruginya dkna tak dapat join..tak pernah main pon :(

    ReplyDelete
  14. Waaaaa bestkan.. Lain kali kt buat lagi.. happening sgt2.. bestkan main laser tag.. org tak larat pun boleh segar bugar bila dah sampai kat laser tag.. :)

    ReplyDelete
  15. waaaa....bestnye. jeles mak jemah. nak join gak.

    ReplyDelete
  16. @Dkna Abza nanti ada lg dkna join lh... mesti best main ramai2...

    ReplyDelete
  17. @Cik Nurul Siezuka tahu xpe.. org yg mula2 xnak main, end up dia yg paling semangat. hee....

    ReplyDelete
  18. @fyna hee.. mmg best. lain kali join lh. boleh berkenalan.. :)

    ReplyDelete
  19. wah bestnya..time ni g holiday..hehe

    ReplyDelete
  20. @hazwan hairy lain kali join lh sama.. mesti best bila ramai2.. :)

    ReplyDelete
  21. nanti nak geng dgn Deq Noor. tak sampai hati la nak buli or tembak Deq Noor nanti..huhu

    ReplyDelete
  22. @Bro Framestone organizer kena jlnkan tugas mcm biasa lh. hihihi...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^