Di Dalam Dilema

Semalam pergi tengok rumah. Entah macam mana boleh berkenan lah pula. Hmmm.... Niat asal nak beli rumah di Bukit Jelutong tetapi bila tengok rumah di Seksyen 24 tu macam lagi terusik jiwa lah pula. Tiba-tiba di dalam dilema pula nak buat pilihan. Adehhh...

Rumah tu tak besar sangat pun. 802sq.ft sahaja dengan 3 bilik 2 bilik air. Compare dengan Bukit Jelutong 850sq.ft dgn ruang bilik yang sama. Kedua-dua rumah ini gated, ada lift dan selesa. Maksud selesa ini subjektif kan. Selesa bagi DN dan selesa bagi orang lain mungkin tak sama. 

DN mencari rumah untuk diduduki yang tidak besar supaya senang untuk DN jaga dan mengemas, persekitaran yang selamat (gated menjadi pilihan) dan bersih, tidak bising dan menenangkan dan kemudahan yang disediakan tidak keterlaluan kerana DN perlu membayar maintenance fee kan. DN tidak berminat dengan kemudahan seperti swimming pool, gym atau seumpama dengannya sebab DN tidak akan gunakan dengan kerjaya DN yang jarang berada di rumah ini. Rasa macam membazir bayar maintenance mahal-mahal tetapi tidak digunakan. Kedua-dua tempat ini memenuhi apa yang DN kehendaki.

Apa yang membezakan kedua-dua tempat ini adalah mereka yang duduk di Bukit Jelutong terdiri daripada pelbagai kaum. Melayu, cina, india, indon, bangla dan pelbagai bangsa lagi. Manakala mereka yang duduk di Seksyen 24 ini 100% melayu. Guard di Bukit Jelutong warganegara Bangladesh manakala di Seksyen 24 adalah melayu. Di Bukit Jelutong terdapat banyak unit apartment menyebabkan parking tak cukup dan melimpah sehingga ke luar serta tidak terlalu bersih persekitarannya sedangkan di Seksyen 24 hanya 1 unit apartment maka jika kawan-kawan atau keluarga nak datang dan perlu parking di luar tetap masih boleh dikawal dan persekitaran sangat bersih. Dari segi pencahayaan pula, setiap aras rumah di Bukit Jelutong mempunyai 12 unit rumah menyebabkan koridor di setiap aras agak gelap (closed corridor) manakala di Seksyen 24 hanya 8 unit rumah dan pencahayaan lebih bagus (open corridor).

Mesti ada yang terfikir kenapa DN memilih apartment, bukan rumah bawah. DN yang nak duduk, ikut suka DN lah. Haha.... Hee.. Maaf ye. Dengan status bujang DN ini, lebih selamat sekiranya duduk di rumah yang mempunyai kawalan keselamatan. Lain lah kalau dah berkeluarga, pasti DN akan mencari rumah bawah. Lepas itu, rumah yang tidak terlalu besar memudahkan pengurusan seharian DN. Kalau rumah besar tak mampu rasanya nak uruskan semuanya sendiri. Silap-silap, DN nak kena cari pembantu untuk uruskan rumah DN. DN memang cepat tidak selesa jika rumah tidak kemas atau kotor.

Hmmm.... Di dalam... Dilema.... (Tiba-tiba lagu KRU terngiang-ngiang dalam kotak fikiran DN). DN dah utarakan kepada kedua orang tua DN tentang dilema DN ini. DN pun dah bawa mama pergi tengok environment kedua-dua rumah yang DN nak duduki dan beliau tiada halangan untuk keduanya. Nasihat abah pula, istikharah dulu. Insyaallah apa yang DN pilih adalah yang terbaik untuk DN. Jangan gopoh, kerana nak beli rumah ini perlukan komitmen yang tinggi dan persediaan kewangan. Tapi abah, DN nak beli rumah sebelum DN 30tahun. Huuu.... Apapun, nasihat abah akan DN ikuti...

Apa pendapat kawan-kawan DN yang lain pula? Mana tahu pendapat kalian sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DN nanti. Pendapat kalian amat-amat DN hargai dan terima kasih atas kesudian kalian memberikan pendapat untuk DN... :-)


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. Bagi nurul.. Baik pilih yg seksyen 24, sebab pengcahayaan koridor rumah tu sgt penting buat kt as perempuan.. lagi2 DN yg jenis busy & kadang2 balik lewat mlm kan. bahaya kalau koridor gelap. Yg lain dari segi DN cite semuanya sama.. Betul kata Abah DN buat istikarah.. InsyaAllah mesti Allah akan tolong DN buat pilihan yg terbaik.. :)

    ReplyDelete
  2. @Cik Nurul Siezuka betul gak kata nurul ni. thanks nurul atas pendapat yg diberikan... :)

    ReplyDelete
  3. Meh duduk dengan bro je la...

    next month pindah rumah... wife xselesa dengan rumah sekarang, tapi bro selesa sangat.

    ReplyDelete
  4. moga dapat pilih yg terbaik. kalau2 nak buat pelaburan(lepas kawin mungkin pindah ikut suami ke), cuba2 tanya orang yg teror bab nilai sewa dan harga masa depan kat tempat ni.

    ReplyDelete
  5. @Bro Framestone dgn bro? mmg x lh. hee...
    selesa itu subjektif kan. tapi sayang bini, ikut je lh bro... :)

    ReplyDelete
  6. @Denaihati thanks atas pendapat yg diberikan & DN akan ambil kira. InsyaAllah akan study lg beberapa aspek sebelum membuat pilihan.

    ReplyDelete
  7. k sha pun suka apartmen di seksyen 24. tapi kalau ikutkan nilai harga rumah akan dtg, mungkin tanah di bukit jelutong > tinggi ?

    ReplyDelete
  8. @ashadin belum study lg part tu kak. huu... ada sehari lg nk fikir sebelum buat keputusan muktamad

    ReplyDelete
  9. @KiD tp jelutong dekat dgn rumah parent... hmm...

    ReplyDelete
  10. apa kata kita sewa bilik sama2..hehe joking.. dah mintak pendapat AE? rasanya dia boleh bagi solution.. ehh lupa dia kat mekah lagi..

    rasanya better syekyen 24 la

    ReplyDelete
  11. Assalam..salam kenal..cantinya blog ni warnanya sama macam warna tema umah saya..hehe

    Kalau pendapat saya..better kat seksy 24..sebab kat situ banyak kemudahan..kalau bukit jelutung..jauh..hehe..tapi saya memang sukakan suasana di s.alam berbanding bukit jelutung sebab ramai org melayu..tak serabut kepala..

    ReplyDelete
  12. ade gak rumah2x kosong kat area bandar baru salak tinggi.... cuma jauh skit la dari shah alam tue....

    ReplyDelete
  13. @Muhammad Saiazuan Norhalik hoho... ramai pulak nanti nk sewa sama. hehe.. :p

    xtanya AE sebab xnak kacau dia kt sana. InsyaAllah keputusan sudah diputuskan setelah berfikir beberapa hari.. :)

    ReplyDelete
  14. @Lynn Salam perkenalan Lynn. terima kasih atas pendapat yang diberikan. DN sangat-sangat hargainya... Pendapat Lynn akan DN masukkan sebagai pertimbangan DN.. :)

    ReplyDelete
  15. @hazman aka species1980 eh, Salak Tinggi dekat lah dengan Abg Man kan... :D

    ReplyDelete
  16. Assalam deq noor...kak lin pun br bli umh..terase rugi sgt mase bujang x bli umh..rege makin mahal...ahh tension..ni dh lulus bank..ngah lawyer nye proses je..xsabar nk masuk umh baru...hihihi...

    ReplyDelete
  17. Assalam deqnoor..bagusla bli umh awl2..kaklin dlu rugi xbli awl..skng dh makin mahal..alhamdulillah skng ngah proses lawyer..xsaba nk duk umh baru...gudluck k deqnoor

    ReplyDelete
  18. Assalam deq noor...kak lin pun br bli umh..terase rugi sgt mase bujang x bli umh..rege makin mahal...ahh tension..ni dh lulus bank..ngah lawyer nye proses je..xsabar nk masuk umh baru...hihihi...

    ReplyDelete
  19. @Ibu Auf Tasnim xpe kak.. sekurang2nya beli rumah gak.. tahniah & selamat masuk ke rumah baru.. mesti best dah ada rumah sendiri kan. xsabar pulak rasanya. hihi... :)

    ReplyDelete
  20. dah buat solat istikarah?

    kalu tanya saya, seksyen 24 lebih baik rasanya

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^