Kembali Solo

Tajuk memang mengundang kecurigaan kan. Bukan DN memang dah lama Solo ke? Haha... DN nak cerita ni bukan pasal status DN Solo ke apa tapi pasal kembalinya DN ke Solo, Indonesia atau nama lainnya adalah Surakarta. DN rasa seronok di sana sebabnya inilah tempat pertama DN pergi travelog luar dari Malaysia seorang diri. Maka, DN kembali semula ke Solo untuk memberitahu semua bahawa Solo juga destinasi yang menarik untuk dikunjungi.


Solo tiadalah besar mana pun tapi cukup tenang dan lebih bersih dan teratur berbanding tempat lain yang DN pergi di Indonesia. Sebab itu DN rasa seperti balik kampung bila ke Solo. Tempat-tempat untuk DN kunjungi juga kebanyakannya adalah hanya walking distance jadi tak perlu DN kerap mengambil teksi untuk ke mana-mana. Jalan kaki sahaja.


Seperti biasa, DN memilih menginap di Ibis Hotel ini. Kenapa DN memilih menginap di sini? Sebabnya harga hotel ini berpatutan dan berdekatan dengan tempat-tempat yang DN suka pergi. Nak tahu ke mana tempat-tempat yang DN suka pergi apabila berada di Solo? Haaa... Kali ini DN akan reveal dengan semua kenapa Solo sangat dekat di hati DN.

 
Tidak jauh dari Ibis Hotel, terletak kedai makan Bakso Alex yang sangat sedap. DN dah balik Malaysia, DN tak jumpa Bakso yang sedap seperti di Bakso Alex maka sampai sahaja DN ke Solo dan selepas check-ini, perkara pertama yang DN buat adalah jalan kaki ke Bakso Alex. Tak sampai 5 minit pun jalan, sampai dah Bakso Alex. Lepas rindu nak makan disini. Hehe...


Dah kenyang, kita jalan-jalan di Jalan Slamet Riyadi yang terletak berhampiran juga dengan Ibis Hotel. Tengok jalan pejalan kaki yang besar, bersih dan lapang ini. Seronok kan! Tak perlu risau kenderaan lalu-lalang dan orang-orang yang DN jumpa di sini juga baik-baik.


Di Jalan Slamet Riyadi juga terletak satu tempat shopping batik dikenali sebagai House of Danar Hadi dan restaurant bernama Soga Restaurant & Lounge. Masa kunjungan pertama DN, DN tidak berkesempatan ke sini walaupun dekat kerana DN banyak shopping di tempat-tempat yang agak jauh seperti Pasar Klewer (tempat yang harus dikunjungi untuk shopping) dan beberapa kedai batik lain. Jadi kali ini DN pergi ke sini. Pertama kali DN masuk ke House of Danar Hadi, DN sudah jatuh cinta dengan hasil kerja batik di sini kerana lebih teliti dan moden berbanding tempat-tempat lain yang DN pergi. Patutlah harganya lebih mahal. Banyak juga DN shopping di sini. Hihi...


Lepas dah bershopping, inilah tempat yang pasti DN akan kunjungi setiap hari semasa berada di Solo. Terletak berdepan sahaja dengan Ibis Hotel tau dan menjadi tempat favorite DN. Tempat yang DN maksudkan adalah In-Balance Spa ataupun nama lainnya adalah Vous Spa. Memang DN sangat suka treatment dan layanan semasa berada di sini. Harga pun sangat berpatutan tau.


Tak percaya? Silalah tengok harga yang ditawarkan. Disebabkan DN menginap di Ibis Hotel, DN mendapat diskaun sebanyak 30% untuk setiap treatment yang DN lakukan. Favorite treatment DN adalah In Balance Spa Signature berharga Rp.355.000. Lepas diskaun, hanya Rp248.500 sahaja atau jika tukar ke duit RM lebih kurang Rm79 sahaja. RM79 untuk massage, scrub, lulur dan mandi susu sangat murah dan berbaloi ye. Sebab itu DN sanggup ambil tiket ke Solo untuk ber'spa' di sini.

Bila bercakap mengenai tiket pula, ambil sahaja tiket Air Asia macam yang DN buat ini. Untuk kali ini, tiket flight DN ke Solo pergi balik hanya RM92.22 (dapat tiket 11sen sehala tu. hehe...) manakala Ibis Hotel untuk satu malam adalah RM105.88 (include tax).

Oleh itu, kos awalan yang DN keluarkan untuk book flight & hotel adalah RM92.22 + RM105.88 (2 malam) = RM303.98. Selebihnya duit untuk shopping, makan dan jalan-jalan. Murah kan! Hehe... Kepada sesiapa yang rasa nak ke Solo, Indonesia boleh baca travelog DN seperti di bawah ini :-


Inilah destinasi singkat yang ingin DN kongsikan dengan semua. Selamat membaca! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. okey la jugak nie.... kebetulan saya pun adalah jejaka yang masih solo....

    ReplyDelete
  2. da berapa kali DN pergi Solo ye? Bakso kat sana original punya...cari kat sini mungkin susah nak cari yg betul2 sedap baksonya...hee~

    ReplyDelete
  3. ingatkan iblis hotel tadi.. rupanye tersilap baca. haha~

    murahnya kos dia? buleh la bercita2 suatu hari nanti nak jadi solo gak. hoho.. ;P

    ReplyDelete
  4. wah bestnya mcm dlm sinetron ja..haha...ibis hotel ni rsanya dkt cheras ada 1 nma yg sma...

    ReplyDelete
  5. more pic more pic! hehe seronok plak tengok :D

    ReplyDelete
  6. Waaaaaa.. best bangat DN.. Len kali nak ikutlah.. Yg paling Nurul tertarik tu bila bab Spa tu.. rase macm best jer.. :)

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech baru kali kedua.. itu lh.. bakso kt sini dh dimelayukan. lain rasanya...

    ReplyDelete
  8. @Haryz Khairuddin ramai yg salah baca so kena eja betul2. hehe...

    bercita2 nk solo? xperlu lh kot. xsolo pun boleh pegi apa.. :D

    ReplyDelete
  9. @hazwan hairy sinetron byk berlakon kt bandar2 besar je... ada ye ibis hotel kt cheras? xpernah tahu plak

    ReplyDelete
  10. @Muhammad Saiazuan Norhalik ala... xbanyak picture yg DN ambil lh zuan sbb masa DN pergi kali ini musim hujan... :(

    ReplyDelete
  11. @Cik Nurul Siezuka jom nurul kita plan nak? ada tiket murah nanti DN beritahu Nurul ye. Best spa kt sini tau.. :)

    ReplyDelete
  12. aaa murah giler. kalau sy lg suka pg tempat camni dr tempat yg nk shopping tak suka tempat crowded sgt. suka yg boleh jalan2 sambil tenangkan fikiran :)

    ReplyDelete
  13. @cha solo memang tempat yg tenang & boleh merehatkan diri. sbb tu DN suka ke sini jika hendak berehat. kalau cha suka ketenangan juga, boleh ke Solo ni.. :)

    ReplyDelete
  14. DN, bestnya tak terfikir pulak nak ke sana selalu orang pergi Bandung, Bali or Jakarta.. okay okay harus dipertimbangkan for future jika ada 'uwang'... tq for the tips

    ReplyDelete
  15. @Hazey itu lh... ramai dh biasa ke bandung, bali & jakarta tu.. lepas ni cuba ke Solo pulak ye. memang best & menenangkan.. :)

    ReplyDelete
  16. owh...mcm teringin nak bwk pak aji ngan mak ajah ke Solo. harap dimurahkan rezeki hendaknya...

    ReplyDelete
  17. @Salmiah insyaAllah... akan ada rezeki untuk ke sana nanti.. :)

    ReplyDelete
  18. murah rezeki dn , asyik p negara org. afasz de plan thn ni, tp tkde rezeki. :D

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^