Movie Review : Beautiful Creatures

 Hi semua! Hari ini DN ingin berkongsi dengan semua premiere screening terakhir DN pergi untuk minggu ini. 3 kali berturut-turut DN mendapat jemputan daripada Nuffnang. Terima kasih yang tidak terhingga kerana tidak jemu-jemu untuk memilih DN ke premiere screening ini.


Filem Beautiful Creatures yang DN tengok semalam sudah berada di pawagam 21hb Februari 2013 yang lalu. Filem ini mengisahkan tentang Ethan (Alden Ehrenreich) yang merupakan seorang pelajar sering bermimpi seorang gadis sehingga mengganggu tidurnya. Jelmaan gadis di dalam mimpinya telah dilakarkan di kertas dan berharap untuk bertemu dengan gadis tersebut.

Pada suatu hari, Lena (Alice Englert) seorang gadis misteri dan menjadi bualan seluruh penduduk kampung telah mendaftarkan diri di sekolah yang sama di mana Ethan belajar. Kehadiran Lena menarik perhatian Ethan sehingga menyebabkan Ethan selalu mengunjunginya. Lena selesa dengan tingkah laku dan sikap Ethan. Lena telah mendedahkan dirinya yang sebenar kepada Ethan dan akhirnya perasaan cinta hadir di dalam diri masing-masing. Walaubagaimanapun, percintaan mereka sentiasa mendapat halangan daripada keluarga Lena.

Siapa sebenarnya Lena? Mengapa percintaan mereka dihalang oleh keluarga Lena? Adakah mereka berjaya menyelamatkan percintaan mereka? Ataupun mereka terpaksa berpisah atas halangan keluarga? Bagaimana Lena ingin keluar dari segala kemelut ini? Nak tahu selanjutnya kena lah tonton filem ini.


Filem Beautiful Creatures diadaptasi dari sebuah novel laris penulisan Kami Garcia & Margaret Stohl. Filem ini banyak memberikan pengajaran bahawa apa yang dilakukan oleh kita bermula dari hati. Jika hati kita bersih, baik lah yang kita lakukan dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, kita boleh mendidik hati kita untuk menjadi baik kerana setiap apa yang kita lakukan adalah pilihan kita sendiri. Semangat cinta sejati yang ditonjolkan memang boleh menyebabkan orang yang sudah lama tidak bercinta seperti DN ini hampir mengalirkan air mata. Huuu... Sedih tu. DN boleh bagi 3/5 untuk filem ini.


Berminat nak tonton filem ini? Saksikan trailer yang disertakan di sini dahulu ye. 

Cukup lah movie runaway untuk minggu ini. Nak buat entry yang tertangguh pula selepas ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. Nak kena tgk nih.. sbb nak tau kenapa sampai DN boleh mengalirkan air mata DN.. hehehe

    ReplyDelete
  2. @Cik Nurul Siezuka belum nangis lg nurul.. tersentuh hati skit je. hihi... :p

    ReplyDelete
  3. Alaaaaaa... 3/5 je DN kasi... tak jadi tgk...hihihi

    ReplyDelete
  4. @KiD sbb klimaksnya cerita ini sekejap sangat & agak mengecewakan... ingat ada lah lawan2 tp xde... :(

    ReplyDelete
  5. saya suka tgk cerita lawan2 dan aksi. tapi layan juga cerita lain kalau berpeluang. dah lama tak bercinta. in shaa Allah.. nanti cinta akan berpaut semula di hati Deq Noor. aamiin

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^