Movie Review : Cloud Atlas


Isnin lepas DN secara last minit telah dijemput oleh Nuffnang untuk ke Premiere Screening Cloud Atlas. Disebabkan minggu ini DN tiada outstation jauh-jauh, DN pergi lah ke TGV One Utama untuk menonton filem ini yang akan berada di pawagam pada 21hb Februari 2013.
 

Hmm.. Buat pertama kalinya DN rasa sukar untuk DN membuat review sesebuah filem. Ini kerana filem ini sangat berat dan perlu berfikir sehingga DN tidak faham dan tidak dapat mengaitkan apa kaitan dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Kalau kalian nak tengok filem yang mempunyai 5 buah cerita berbeza dalam 1 filem, tengok lah cerita ini. Mungkin filem ini nak beritahu kita bahawa dalam dunia ini ada 5 orang yang serupa tetapi dengan nasib yang berbeza-beza. Atau mungkin juga dalam dunia ini akan mempunyai 5 orang yang mempunyai tanda lahir sama. Atau mungkin juga filem ini ingin menceritakan selepas kematian kita akan ada kehidupan lain dan lain dan lain lagi. Hmmm... Entah lah. 

Ada siapa yang boleh menjawab kemusykilan DN ini? Nak jawab kena lah pergi tonton dulu filem ini kan. Hehe... Kalau dah tengok cerita ini tolong beritahu DN ye cerita ini sebenarnya pasal apa. DN berusaha untuk memahaminya tetapi gagal. Huu.. DN boleh berikan 1/5 untuk cerita ini. Mungkin filem ini tidak kena dengan jiwa DN. Dalam keadaan stress dengan kerja, DN perlukan cerita yang lebih santai.


Boleh lah layan trailer ini dulu sebelum ke pawagam ye. Dah tengok nanti tolong cerita dengan DN semula tau. Hehe...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. melalui tajuknya..dah boleh agak jalan ceritanya agak berat dan mungkin membosankan utk sesetengah orang.

    peminat Tom Hank mungkin akan tengok. dah lama Tom Hank tak berlakon.

    ReplyDelete
  2. bila pening cenggini better layan citer kerat 14 tak pun gangster celop je....hehehehe

    ReplyDelete
  3. @Ladfe Amir cuba memahami kaitan antara kelima-lima cerita tetapi fikiran ini sgt malas utk berfikir jadi memang tidak membantu sepanjang menonton filem ini.. :(

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 tahu xpe... DN xcukup penghayatan untuk menonton cerita berat sebegini.. :(

    ReplyDelete
  5. kdg2 movie2 mcm ni agak susah nak diterima kerana jalan cerita mungkin sukar difahami...nak buat review pun pening nnt...huh~

    ReplyDelete
  6. @Ezad Skytech itu lh.. DN baca sinopsis lg pening nak kaitkan dgn cerita yg dimainkan. hmm...

    ReplyDelete
  7. Dari segi DN review Nurul x mo lah tgk..boleh tak camtu.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Filem ini menonjolkan ciri-ciri orang yang tabah dan berani untuk menentang orang lain. Dalam setiap cerita, hero akan melaksanakan tugasnya untuk membantu orang lain. Tapi secara kesuluruhan, filem nie agak boring.
    Jeff Lee

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^