Hari kedua menonton Premiere Screening bersama Nuffnang dalam minggu
yang sama. Kali ini dengan filem Flight pula. Simple je tajuk kan. Bila
orang tanya nak pergi tengok movie apa? DN cakap Flight. Orang bertanya
lagi filem apa. DN cakap tajuk filem itu adalah Flight. Berkali-kali DN
nak katakan yang DN pergi menonton Premiere Screening filem Flight.
Mungkin tajuk terlalu simple menyebabkan pertanyaan diajukan kepada DN beberapa kali. Tak kisah lah. Yang penting filem ini akan berada di pawagam 21hb Februari 2013 ini.
Filem ini mengisahkan tentang Whit Whitaker (Denzel Washington) yang merupakan seorang alcoholic pilot. Semasa membawa kapal terbang, beliau di bawah pengaruh alkohol kerana beliau mengambilnya selama tiga hari berturut-turut sebelum membawa penumpang dan juga ketika di dalam penerbangan.
Nasib malang menimpa dirinya apabila kapal terbang yang dibawanya terpaksa melalui penerbangan yang sukar apabila cuaca hujan ribut yang buruk. Walaubagaimanapun, beliau berjaya keluar dari cuaca buruk tersebut dengan pengalaman dan kemahiran pemanduannya. Nasibnya lebih malang apabila kerosakan teknikal pula berlaku pada kapal terbang tersebut menyebabkan pendaratan cemas terpaksa dilakukan.
Pelbagai usaha dilakukan olehnya supaya pendaratan cemas tersebut dapat menyelamatkan nyawa penumpang dan impak pendaratan cemas tersebut dapat dikurangkan. Hasil daripada tindakan berani yang dilakukannya, beliau berjaya menyelamatkan 96 orang penumpang dan 6 orang lagi terkorban. Ramai yang tidak percaya beliau dapat menyelamatkan nyawa mereka tetapi kematian yang berlaku tetap disiasat.
Bagaimanakah dengan hasil siasatan tersebut? Adakah Whit Whitaker dipersalahkan atas kematian penumpang tersebut? Jika ya, adakah beliau dipenjarakan? Jika tidak, adakah beliau masih berani memandu kapal terbang tersebut ataupun terus fobia? Adakah beliau masih terus alcoholic selepas apa yang terjadi? Segalanya akan terjawab selepas menonton filem ini.
Pada pendapat DN, cerita ini pada awalnya sangat mengujakan terutama sekali insiden semasa di dalam kapal terbang. Apa yang berlaku menyebabkan DN rasa gerun seketika untuk menaiki kapal terbang. Berdebar sahaja rasanya dan ragu-ragu untuk menaiki kapal terbang. Tetapi bila dah keluar dari panggung, perasaan itu normal semula.
Sikap Whit Whitaker yang angkuh, keras kepala dan selfish menyebabkan DN rasa geram sahaja ketika menontonnya. Walaubagaimanapun, perasaan teruja tidak bertahan lama apabila plot cerita semakin perlahan dan agak membosankan. Kadang-kadang ada diselitkan dengan lawak jenaka untuk membuatkan penonton ketawa. DN berikan 3/5 untuk filem ini.
Teruja untuk menonton filem ini? Layan dulu trailer di atas ye. Jumpa lagi untuk next movie review.. Movie apa? Tunggu... :)
Eh, DN pun ada ye masa premier screening hari tu...ezad masuk lambat hari tu...tak perasan DN...
ReplyDeletemovie ni mula2 mmg teruja tgk...fobia pulak nak naik kapal terbang ni...tapi geram pun ada dgn watak whitaker tu...keras kepala...nak pertahankan yg dia je betul...
betul ke dia terbangkan kapal terbang secara sisi agar impak kemalangan dikurangkan?..
ReplyDeleteada juga tgk previewnya.
Haaa awsum!!!
ReplyDeleteKikie memang allergy kalau filem melibatkan airlines ni ehhehe..
sampaikan xsabar nak tunggu Awan Dania The Movie...
Well fasten yourr seat belt DN ahhaha
@Ezad Skytech itu lh.. xtau plak ezad ada. mmg fobia kejap nk naik flight kan. hee.. lg2 sikap keras kepala tu. rasa nk sekeh je. hehe...
ReplyDelete@Ladfe Amir bukan secara sisi tetapi terbalik terus... mmg cool je dia..
ReplyDelete@Zulqarnain Abu Hassan amboi! kena tengok lh filem ni camtu... :D
ReplyDeletelama giler tak join screening nie.... p/s : nanti kita set tengok wayang sama-sama yea....
ReplyDeletebelum smpat lagi nk tgk wyg..sobsob
ReplyDelete@hazman aka species1980 nak dtg pun jauh kan. nakkkkk!!! hehe...
ReplyDelete@hazwan hairy busy nye dia.. xpe2, utamakan apa yg utama ye.. :)
ReplyDeleteadeeehh... rasa dah dekat setahun lebih tak join screening.. hehheee
ReplyDeleteUiks..aty da tgk dvd time dlm pantang last month..cite ni br kuar wyg rupenye..tp mmg geram ngan pilot tu..grrrr
ReplyDeleteAty_comey
Cita ni mula2 dia best, tapi bila dah tgh2 tu mcm slow sikit.. apepun.. Tq DN sebab sudi ajak Nurul.. ;)
ReplyDelete@KiD lama tu... DN pun tahun ni baru nak aktif semula tengok movie dgn nuffnang.. :)
ReplyDelete@Anonymous dvd dh keluar sbb kt oversea dh main movie ni. kt malaysia baru lg.. :)
ReplyDelete@Cik Nurul Siezuka welcome nurul.. ada lg nanti DN ajak lg ye.. :)
ReplyDelete