Hari ini DN ingin berkongsi dengan semua satu tempat makan yang tidak jauh dari ofis DN. Kedai ini sangat menarik perhatian DN kerana kombinasi warnanya, kuning & hijau yang ceria. DN telah singgah makan di sini beberapa hari yang lepas.
Kedai kuning hijau ini diberi nama Pecel Lele Lela. Ceria kan warna kedai makan ini. Pemilihan warna kedai makan juga boleh mempengaruhi mood seseorang jadi warna ceria ini boleh mnyebabkan mereka yang makan di sini gembira menikmati makanannya. Hmm... Itu yang DN rasa apabila makan di sini. Orang lain tak tahu lah pula.
Beginilah suasana di kedai Pecel Lele Lela ini. Pemilihan warna juga mempengaruhi luas kedai jadi kedai ini nampak lebih luas dan selesa dengan warna terang sebegini. Eh? DN pun boleh pula mengikut tema kedai semasa datang ke sini. Seat warna hijau, tudung warna kuning. Hehe... Selesai order, jom DN tunjukkan apa yang DN makan di sini.
Minuman yang DN pilih adalah Es Jeruk Kelapa RM5.00 dan Apple Asamboi RM4.50. Kedua-dua minuman ini kurang manis rasanya dan rasa jeruk juga kurang menyengat. Walaupun begitu minuman ini tetap menyegarkan kerana masih terasa masam manisnya.
DN memilih makan nasi putih RM2.00 dengan lauk pertama adalah ayam bakar madu RM7.50. Ayam bakar madu ini sangat sedap sama ada makan begitu sahaja ataupun dicicah dengan sambal yang disediakan. Rasa pahit ayam dibakar dan manis madu memang sangat sebati rasanya dan sangat menyelerakan.
Lauk kedua pilihan DN adalah Sotong Sos Padang RM7.50. Sotong ini digoreng rangup dan disiram dengan sos padang yang masam manis pedas rasanya. Memang sedap dan menyelerakan.
Lauk terakhir pilihan DN adalah Tauchu Kangkong RM6.00. Pilihan sayur-sayuran tidak banyak di sini. Hanya Taugeh & Tauchu Kangkong sahaja. Disebabkan DN tidak suka makan taugeh, DN memilih untuk makan Tauchu Kangkong. Hmmm... Sedap juga rasanya. Memang terasa kuah tauchu ini dan sangat sedap apabila dimasak dengan sayur kangkung.
Keseluruhannya, makanan di sini sedap-sedap belaka. Cukup rasa... Cukup sedap... Cukup segalanya. Memang DN syorkan kepada sesiapa yang nak makan di sini. Nak tahu di mana kedai makan ini? DN kongsikan alamat kedai ini seperti di bawah:-
Restoran Pecel Lele Lela
No. 86A, Jalan Renang 13/26,
Tadisma Business Centre, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-55118000
No. Fax : 03-55118373
hmm look affordable to me.. warna tema macam dlm restoran anak jadi kedah
ReplyDeletedekat ngn HPAIC 2 ek
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik tuan kedai anak jati kedah kot... xtanya pulak kenapa pilih warna ni. mmg harganya berpatutan.. :)
ReplyDelete@Selipar Putih dekat gak... dari tepi jalan dh boleh nampak sebab kedai ni di corner lot
ReplyDeleteWah boleh try nanti. Ayam penyet mesti ada kan. Sbb tak suka lele sgt huhu
ReplyDeleteseksyen 13 dekat dgn ofis wida..tp malangnya wida tau jalan pergi dan balik kerja je.nak merewang tmpat lain mmg x retilah..hehe
ReplyDeleteade perasan gak facebook diorang nie.... cume expecting DN makan pelbagagi jenis lauk ikan keli tue.... btw ayam bakar diorang nie memang sentiasa sedap kan
ReplyDeleteair ngan tudung sekaler...hehe..nnt bleh la gi try makan kat sini... :)
ReplyDeletemacam tema negeri kedah pulak :P
ReplyDeleteNurul suka suasana kedai dia.. Sgt colourful dan menarik minat customer..
ReplyDeletewahhh.. best2.. bleh try ni..
ReplyDelete@cha ada cha.. cuba lh nanti ye.. :)
ReplyDelete@mamawaiz ehh? ofis kita dh dekat lh wida. boleh dating camni. hee...
ReplyDelete@hazman aka species1980 belum cuba lg.. next time dn cuba ye abg man.. jom! :)
ReplyDelete@AlyzaFisol iyelh.. baru perasan. hehe... cuba lh. mmg sedap.. :)
ReplyDelete@Dkna Abza itu lh kan.. tp mmg sgt ceria & selesa tempat ni.. :)
ReplyDelete@Cik Nurul Siezuka betul tu nurul. sebab tu asyik terpanggil je utk dtg makan kt sini...
ReplyDeletedah lama dah saya tak turun shah alam untuk makan2.
ReplyDelete@adam narzuan mmg sedap.. try tau.. :)
ReplyDelete@Ladfe Amir lepas ni buat gathering blogger di shah alam turun lh.. :)
ReplyDeletePecal Lele Padang Jawa jugak lejen!
ReplyDelete@Adam Roslan yeke.. next time boleh try ni. thanks 4 the info.. :)
ReplyDeletecantik pulak design restoran dia...hee...makanan pun takde la mahal sgt...boleh la try nanti..:D
ReplyDelete@Ezad Skytech sampai shah alam gtau lh.. boleh DN teman ezad makan kt sini.. :)
ReplyDelete