Restoran Malay Village JB

 Hi semua! Memandangkan DN sekarang berada di Johor Bahru, maka DN nak berkongsi dengan kalian tempat makan yang DN suka pergi.


Nama kedai makan tersebut adalah Restoran Malay Village. Restoran ini terletak di Jalan Tasek, Johor Bahru. Senang sahaja nak pergi ke restoran ini. Nampak landmark Thistle Hotel sebelah kanan dan Menara Jam Johor Bahru sebelah kiri, straight sahaja. Sampai traffic light dan melepasi Mc Donald sebelah kiri, jalan depan sikit sampai lah Restoran Malay Village di sebelah kiri.

Hmmm... Apa yang menarik dan apa yang DN suka makan di sini? Mari DN berkongsi dengan semua kenapa DN suka sangat ke sini. DN dah tak ingat berapa banyak kali DN datang ke sini tetapi baru terasa nak berkongsi dengan semua. Hehe.. Maaf ye. Oleh itu, untuk kali ini DN ingin berkongsi dengan semua apa yang DN makan. Nyum2... Belum bercerita dah rasa terliur. Hehe...


Sesuai datang ke sini apabila perut yang memang lapar sangat-sangat sebabnya masakan di sini semua sedap-sedap belaka. Bila lapar, boleh lah minta nasi putih ini. Walaupun nampak sedikit sahaja, kenyang tu sebab lauk yang dihidangkan banyak dan sedap...
 

Lauk pertama yang DN pilih adalah hot plate chicken black pepper. First time DN rasa lauk ini untuk kunjungan kali ini. Hmm.. Not bad. Kuahnya sedap, cukup rasa dan ayamnya juga lembut.


Tak lengkap rasanya jika lauk yang dipilih tiada sayur-sayuran. Melainkan jika orang tak makan sayur, confirm tiada sayur-sayuran di atas meja mereka. DN memang penggemar sayur-sayuran jadi memang setiap lauk yang DN order akan ada sayur. Lauk ini juga DN baru nak cuba. Udang brokoli. Ok juga rasanya sebab DN memang suka makan brokoli.
 

Dan lauk terakhir yang akan DN order setiap kali datang ke sini adalah Udang Goreng Nestum. Sedap sangat-sangat ye. Memang menjadi lauk kegemaran DN setiap kali ke sini. Udangnya yang fresh, ditambah lagi dengan rasa manis nestum. Perghhh! Memang DN kutip nestum tu sampai habis tau. Hehe.....


Ini pula seperti yang semua sedia maklum adalah Jus Avocado atau kalau di Indonesia dipanggil Jus Alpukat. Disinilah pertama kali DN minum air ini. Sejak pertama kali DN cuba, tiap kali ke mana-mana kedai yang menjual Jus Avocado pasti akan DN pilih air ini. Siapa pernah cuba? Sedap kan! DN memang suka sangat-sangat dengan jus avocado ini.


Last sekali sebagai pencuci mulut, DN memilih sago gula melaka ini. Rasanya tidak berapa manis dan DN sukakannya. Gula melaka dah manis kan, tetapi mereka pandai sebatikan rasa gula melaka ini supaya tidak berapa manis. Terbaik!

Amacam? Menarik kan makanan yang DN makan ini. Jika kalian datang ke Johor, singgah lah kedai ini dan rasai sendiri kesedapan masakan di sini. Selain itu, suasana kedai ini juga sangat tenang dan romantik kerana mereka memasang lagu gamelan. Memang membuka selera siapa sahaja yang datang makan ke sini. Banyak lagi lauk-lauk yang ada di sini dan banyak lagi yang DN belum cuba. Jom ikut DN ke JB, boleh kita cuba lauk-lauk yang lain bersama-sama. Hee....

Nota kaki : Err.. Lapar tengok gambar makanan. :( Tunggu orang nak tengok cerita korea dulu, terpaksa makan lepas jam 9.30 malam. Huuu....


Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. udang goreng nestum tu 1st time dengar.... tapi air alpukat tu penah cuba skali je....memang pekat tapi bagus untuk kulit la kan....

    ReplyDelete
  2. @hazman aka species1980 udang goreng nestum ni difahamkan masakan orang cina... tuan kedai yg bgtau DN. jus alpukat pula mmg baik utk kulit.. :)

    ReplyDelete
  3. Lazatnyaa!!!

    unfortunately kikie pun orangnya xmakan sayur...

    huhu... udang brokoli tu mmg buat kie terliur....

    ReplyDelete
  4. macam best ni, insyaAllah boleh try kalau turun JB.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap ni...boleh ler singgat kalau ke JB...thanks DN sebab upload entry yang ni...at least bertambah tempat nak singgah makan... ^_^

    ReplyDelete
  6. semuanya menarik ni DN...terliur pulak dibuatnya...udang goreng nestum mcm sedap je...kat sini takde pulak...huhu~

    ReplyDelete
  7. @Zulqarnain Abu Hassan mmg lazat sgt2.. u should try whenever come to JB.. :)

    ReplyDelete
  8. @Farah Waheda Wahid hee... apa yg best & menarik mmg patut dikongsi.. xgitu.. ;)

    ReplyDelete
  9. @Ezad Skytech udang goreng nestum mmg sgt2 sedap.. DN pun xpernah jumpa lg kt KL..

    ReplyDelete
  10. Favourite betul DN dgn jus Alpukat.. hehehe, Udang nestum tu nampak sungguh menggoda jiwa.. :)

    ReplyDelete
  11. @Cik Nurul Siezuka kan nurul! suka sgt jus alpukat ni. hehe... udang goreng nestum tu mmg sgt marvelous! ^_^

    ReplyDelete
  12. Nnt try asam pedas kong kong kat kipmat masai k.. Opismate kak lin nye kedai... Asam pedas diye mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  13. @Ibu Auf Tasnim yeke kak... insyaallah DN akan ke sana & cuba. Thanks kak.. ^_^

    ReplyDelete
  14. saya biasa juga minum Jus Alpukat ni ditempat kerja.

    memang rasa sedap sebab sudah dicampur dengan coklat dan susu. ada juga rasa pahit sedikit.

    btw, satu penggongsian yang menarik.blm pernah sampai di JB kecuali masa zaman muda2 waktu konvo dulu.

    ReplyDelete
  15. satu lagi, saya tak makan udang. alah pada makanan laut. udang,ketam,sotong,kerang

    cuma ikan sahaja yg boleh saya makan

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^