Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network


Pada 26hb Januari 2013 yang lalu bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya telah berlangsungnya majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati.com (Denaihati Network).  Majlis ini telah dihadiri oleh lebih dari 100 orang bloggers bukan sahaja dari Malaysia, malahan dari Indonesia, Brunei dan Kemboja. Majlis ini diadakan sebagai platform untuk memperkenalkan dan mengumpulkan seramai mungkin bloggers disamping berkongsi pengalaman dan tips berguna kepada semua yang hadir. Alhamdulillah, majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya.


Setiap meja dipenuhi dengan rakan bloggers. Ramai kan. Masa mula-mula sampai, terkejut sekejap DN sebab tidak menyangka seramai ini yang hadir. Majlis ini dihostkan oleh saudara Karl Shafek dan pengasas Denaihati Network tampil memberikan ucapan aluan. Selesai ucapan, semua yang hadir dijemput menjamu selera.


Sambil menjamu selera, kami telah disajikan dengan persembahan oleh blogger artis, Zarul Umbrella dan blogger Boni Kacak. Memang kami sangat terhibur dengan persembahan mereka. Disamping itu, kami mengambil kesempatan bergambar dengan bloggers yang hadir. Maaf jika DN banyak menyepikan diri. Ramai yang DN nampak tetapi agak segan untuk menegur kerana DN tidak pandai memulakan perbualan kecuali mereka yang sudah kerap DN jumpa. Oleh itu, DN banyak hanya memerhati dari jauh sahaja.


DN duduk semeja dengan saudari Pen Merah, Yuyu Zulaikha dan Nisa Kay.  Sambil kami mendengar forum yang dikendalikan oleh Abang Ensem dan Bro Framestone, sempat lagi DN berbual mesra dengan bloggers yang hadir. Lagi-lagi yang duduk semeja dengan DN. Majlis ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan tidak disangka, DN antara mereka yang bertuah dengan membawa pulang set pinggan mangkuk jenama Corelle. Alhamdulillah... Macam tahu DN sedang mengumpul barangan untuk masuk ke rumah baru kelak. Tak payah beli pinggan mangkuk lagi. Hehe...

Acara berlarutan sehingga melepasi jam 6 petang. DN yang baru balik dari Solo, Indonesia pada tengah hari itu dan terus menghadiri majlis ini terpaksa balik awal kerana bonda sudah menanti untuk mengambil DN pulang ke rumah. Acara penyampaian Iphone5 kepada pemenang tidak dapat DN saksikan tetapi DN bersyukur sangat dapat hadir memeriahkan majlis ini. Di sini DN dapat lihat betapa kuatnya komuniti bloggers apabila dapat berkumpul dan berkongsi pelbagai ilmu yang berguna kepada semua. Harapan DN semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi di masa akan datang.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. @Muhammad Saiazuan Norhalik mmg best.. :)

    zuan buatlah gathering mcm haritu.. nk join! :)

    ReplyDelete
  2. sekejap je seminggu da berlalu..mcm baru semalam je join SBB2013 ni kan DN...hee~

    ReplyDelete
  3. seronoknya kak.. bertuah pulak tu menang lucky draw! hehe :)

    ReplyDelete
  4. @Ezad Skytech itu lh... harap majlis seperti ini dapat diteruskan lagi... :)

    ReplyDelete
  5. @Hanida Moss alhamdulillah... mmg seronok & tak sangka akan dapat sbb selama ni jarang dapat cabuan bertuah ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Meriahkan.. Tq DN sebab datang.. Sory x sempat nak borak2 ngan DN..

    ReplyDelete
  7. @Cik Nurul Siezuka terima kasih jemput DN ke majlis yg best ini. DN hargai sangat2.. :)

    ReplyDelete
  8. nasib baik berjaya beranikan diri FACE TO FACE ngan DN aritu.... tapi tak mampu cakap lama sebab dalam hati dah DAG DIG DUG.... hehehehehe

    ReplyDelete
  9. @hazman aka species1980 thanks sudi tegur DN. DN pemalu sikit orangnya kan. Hahaha... :p

    ReplyDelete
  10. emm..mcmmana boleh tak perasan Deq Noor hari tu. padahal, saya ada tangkap gambar Deq Noor ngan lain2.

    lain kali kalau ada, boleh borak2 ye

    ReplyDelete
  11. @Ladfe Amir yeke... maaf, DN ni agak pemalu dgn org yg belum kenal. huu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^