Anggaran Beban Maksima Premis

Ok... DN tahu memang dah lama DN tidak membuat segmen Belajar Bersama DN. Sehingga ada pembaca mesej DN dan beritahu beliau adalah follower blog DN dan ingin bertanyakan beberapa perkara dengan DN. Hmmm... Nampak sangat dah lama tak update di sini sehingga perlu mesej kan. Huu...

Kalau diikutkan banyak perkara yang ingin DN kongsikan dengan semua. Ilmu yang ada buat apa simpan seorang diri. Berkongsi dengan pembaca baru semua mendapat manfaatnya. Betul tak... Oleh itu, disini DN ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menganggarkan beban maksima (MD) untuk sesebuah premis.

Jenis Premis : Perumahan

Jenis Premis :Rumah Kedai

Sebagai seorang konsultan, kita perlu mahir dalam pengiraan beban maksima ini untuk menentukan kategori pencawang sesebuah projek. Kategori pencawang ini perlu ditentukan di awal pembinaan projek untuk pihak planner / arkitek menetapkan lokasi yang sesuai di dalam sesebuah tapak projek. Lokasi tersebut juga bergantung kepada persetujuan pihak TNB dan kita sebagai konsultan juga bertanggungjawab untuk memastikan lokasi dan pencawang tersebut diserahkan mengikut spesifikasi pihak TNB. 
Oleh itu, jadual jenis premis di atas kerapkali DN gunakan untuk menganggarkan beban maksima sesebuah projek perumahan berfasa ataupun mix development. Nak tunggu design siap memang tak lah kan jadi anggaran awal ini sangat berguna untuk menentukan kategori pencawang sesebuah projek.

Lepas ini DN akan kongsikan bagaimana untuk menentukan kategori pencawang mengikut MD pula. Stay tuned! :-)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. kalau kawasan perumahan tu kawasan yg baru tapi takde pencawang elektrik berhampiran. TNB akan buat pencawang yg barulah... mcmtu?

    mcmmana pula kawasan penempatan tu..yg ada pelbagai spesis bangunan seperti kilang, rumah , apartment... mesti kena ada pencawang yg berbeza ke?

    ReplyDelete
  2. DN... nice sharing dear... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. @Ladfe Amir keperluan pencawang itu bergantung kepada pengiraan beban maksima... kadang ada kawasan baru yg boleh menggunakan pencawang sedia ada.. kadang perlu membina pencawang baru mengikut jenis bangunan sama ada kilang, rumah, sekolah dll.. sebab itu pengiraan beban maksima sgt penting..

    ReplyDelete
  4. oh.sebab tu di setiap penempatan atau kilang tu, akan ada bangunan pencawang kecil yang dikhaskan untuk kawasan tu sahaja kan.

    maknanya selagi belum sampai limit beban, bangunan pencawang kecil yg lain tidak perlu dibina.

    macam tu ke?

    ReplyDelete
  5. Nurul x pernah tahu pun benda ni DN.. Dapat Ilmu baru dari DN.. hehehe :)

    ReplyDelete
  6. adakah bangunan pencawang utk apt atau rumah sama dengan pencawang utk kilang?.

    sorry DN sbb tanya soalan tak educated kat DN.

    dulu ada lah belajar asas2 pasal ni. tu yg ingat sikit.

    terima kasih ye di atas pengongsian ilmu ni ...:)

    ReplyDelete
  7. kena ambil tahu pasal ni sikit2...sebagai info tambahan...ye tak DN? :D

    ReplyDelete
  8. As salam DN.
    Wah, sekali singgah terus baca pasal ni. Best!

    Ambe tunggu lagi entri2 camni...sambil2 korek2 entri lama..

    Salam singgah dari ambe =)

    ReplyDelete
  9. @Ladfe Amir xsama sbb keperluan beban utk kilang dan rumah berbeza... kebiasaannya kilang akan ambil direct 33/11kV dari pihak TNB.. Semuanya bergantung kepada MD.. :)

    ReplyDelete
  10. @hafizmd terima kasih sudi singgah disini... insyaAllah DN akan berkongsi apa yg DN tahu di sini.. DN pun masih banyak nak belajar.. Tegur DN kalau salah ye.. :)

    ReplyDelete
  11. @Ezad Skytech betul tu ezad.. lg2 skrg ni ezad dh join consultan.. :)

    ReplyDelete
  12. selamat pergi dan pulang... hebat laaa deqnoor citer pasal pencawng2 nih..

    ReplyDelete
  13. @KiD haha... xde lh hebat pun.. semua org tahu lah pencawang tu apa... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^