Errmmm.. Rasanya DN orang terakhir yang update mengenai Blogger Coffee Talk 1.0 organized by Melastik Bintang ini. Maaf ye... DN banyak berada di atas jalan minggu ini berbanding duduk mengadap laptop. Huu.... Oleh itu, hari ini sementara tunggu kereta servis DN ambil masa untuk update di sini.
Kredit gambar Melastik Bintang |
Blogger Coffee Talk 1.0 ini telah diadakan pada 24hb Februari 2013 bertempat di Mamak Village, Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang, Selangor jam 4 petang. Mereka yang hadir ke sini adalah seperti berikut :-
syafiq
Kesemua mereka datang dengan keluarga kecuali DN, Izwan & Syafiq. Oleh itu, memang meriah suasana di sini dengan suara kanak-kanak. Suka DN tengok budak-budak ini. Ada sahaja karenah mereka. Maklum lah, anak sendiri tiada lagi. Jadi tengok je lah anak orang lain. Huu....
Secara jujurnya DN tidak pernah berjumpa dan beramah mesra dengan mereka yang hadir kecuali Melastik Bintang. DN pun tak tahu kenapa DN setuju untuk menghadirkan diri walaupun DN tidak mengenali mereka. DN ni agak pemalu untuk memulakan perbualan selalunya. Hmm... Mungkin DN tiada apa-apa aktiviti untuk dilakukan petang itu. Lebih baik join mereka kan. Sekurang-kurangnya bertambah kenalan DN dan boleh mengetahui kehebatan mereka dalam dunia blog ini.
Puan Bee kata asam laksa di sini sedap. Atas cadangan beliau, DN memilih untuk makan asam laksa RM5.80 dan hot white coffee RM2.70. Memang sedap. Thanks Puan Bee. Lain kali nak makan asam laksa lagi DN cari Puan Bee ye. Hehe...
Kesemua lelaki yang hadir masing-masing sibuk dengan perkongsian ilmu fotografi oleh saudara Azman Ishak. Memang kusyuk betul mereka DN tengok. Kami-kami yang perempuan pun ada korum dengan perkongsian cerita yang macam-macam. Seronok betul dapat berkumpul sebegini kan. Mereka yang hadir juga peramah jadi DN tidak kekok untuk berbual dengan mereka. Apapun, DN gembira dapat berkenalan dengan semua. Harap aktiviti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.
Saudara Azwan Anuar ada membuat video Blogger Coffee Talk 1.0 ini tau. Wahhh! Bagusnya lah. Bagus kan mereka ini. Kagum DN dengan mereka. Nak saksikan apa yang kami buat di Blogger Coffee Talk 1.0 ini, boleh tonton video Saudara Azwan Anuar ini.
haha..hari tu mmg saya keje shift pagi. tapi sanggup tak o.t kot kalu tahu deq noor ada.
ReplyDeletetakpelah.lain hari ada lagi kot. in shaa Allah.
Wah ! Bestnya. Dah dekat dah dengan rumah kita. Nape tak ajak. :D
ReplyDeletepergi sana tapi lupa nak makan hari tu.
ReplyDeletesedap ke laksanya? kena try lagi la camni..
Alah tak terlambat,lain kali jgn malu2 hehehe..
ReplyDeleteWah meriah sangat..event macam ni boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara blogger.. ;)
ReplyDeletedkna ada kelas hari tu..tak dapat join :(
ReplyDeletetakpe DN , skang nie layan gelagat anak2x orang...nanti anak KITA sama2x kita jaga yea ( gurau )
ReplyDeleteDengar citer uols lepak sampai kedai nak tutup yea....hik3x
tak dapat datang aritu.. kalo tak, dapat jumpa deqnoor yang comel.. (sambil jeling kepada ladfe amir)
ReplyDeletehiihihi
Wah!akhirnya up juga!tq deqnoor sbb sudi hadir..
ReplyDeletekalau ikutkan..ezad pun nak join blogger coffee talk ni...tapi ada hal pulak hari tu....kalau tak boleh da jumpa mereka ni walaupun tak kenal semua...hee~
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteselamat berkenalan Deq Noor.
aritu tak sempat borak dengan DN, khusyuk layan kelas azman ishak
@Ladfe Amir hee.. xde rezeki nak jumpa. InsyaAllah lain kali.. :)
ReplyDelete@Nuriesya Nadia sori... xtahu plak awk duk dekat2 situ je. kalau tahu dh ajak dh..
ReplyDelete@Izwan rugi tak makan woo.. mmg sedap. kena ada Blogger Coffee Talk 2.0 lh camni. hee...
ReplyDelete@azman baik! hee... next time jumpa DN cuba tegur semua org ye.. :)
ReplyDelete@Cik Nurul Siezuka betul tu nurul.. next time ada lg jom lh nurul. kita g sama2.. :)
ReplyDelete@hazman aka species1980 anak kita? haha... :p lepak smpai pkl 7pm. semangat betul diorg ni.
ReplyDelete@KiD apalah kena-mengena dgn ladfe amir ni.. ish2... :D
ReplyDelete@Melastik Bintang thanks sudi jemput DN.. Lain kali jgn serik ajak DN ye.. ^_^
ReplyDelete@Ezad Skytech xpe ezad... lain kali ada lagi join lh ye.. :)
ReplyDelete@Anonymous salam perkenalan.. hee.. xpe. lain kali suruh melastik bintang buat lg... ;)
ReplyDeleteInsyaallah..kalau takde aral melintang..pasti akan join blogger coffee talk akan dtg...hee~
ReplyDelete@Ezad Skytech yeay! ^_^
ReplyDelete@KiD
ReplyDeletekomen spam ni Deq Noor. haha
@Ladfe Amir yeke... hmm...
ReplyDeleteInsyaAllah DN.. Nurul nak sgt join, tapi Nurul x berani nak drive sensorang.. Bilalh agaknyer yer nak dapat keberanian macam DN.. hehehe :)
ReplyDelete@Cik Nurul Siezuka xpe.. nanti kita plan lh macam kita g event Mak Dara haritu... :)
ReplyDeletealhamdulillah.. dapat gak jumpa ngan DN hari tu.
ReplyDeletetapi sorrylah tak sembang lebih2. kena tunjuk akhlak yg baik depan anak2.
@Ladfe Amir dlm fb pun boleh borak kan.. :)
ReplyDelete