Kategori dan Penentuan Level MD Pencawang

Seperti dijanjikan DN ingin berkongsi bagaimana untuk menentukan jenis pencawang mengikut range beban maksima (MD). Sebelum itu, perlu diketahui bahawa pencawang elektrik terbahagi kepada 4 kategori iaitu :-

1. Pencawang Elektrik
~ 1 ruang (single chamber)
~ 2 ruang (double chamber)
~ Pencawang Padat (compact sub)

2. Stesen Suis Utama (SSU)

3. Pencawang Pembahagi Utama (PPU)
~ Indoor type
~ Outdoor switchyard

4. Pencawang Masuk Utama (PMU)
~ Air Insulated Switchgear (AIS) with outdoor switchyard
~ Gas Insulated Switchgear (GIS) without outdoor switchyard

Oleh itu, jadual di bawah digunakan untuk menentukan jenis pencawang yang diperlukan. 

Rujuk Belajar Bersama DN : Anggaran Beban Penuh

Apabila anggaran beban (MD) sudah diperolehi, tukarkan kepada kVA (bahagi dengan power factor 0.85) dan tengok MD range seperti dijadual. Selepas itu, tentukan keperluan pencawang sama ada perlukan PE, SSU, PPU atau PMU. Kebiasaannya pihak TNB mahukan pencawang mereka di hadapan jalan masuk utama. Maka, pastikan keluasan tanah yang sesuai mengikut jenis pencawang diperlukan berhampiran jalan masuk utama. 
Ada masalah? Jangan risau. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Bawa berbincang dengan pihak TNB jika mempunyai masalah dengan kedudukan pencawang atau keluasan yang diperlukan tidak dapat dipenuhi. Sepanjang pengalaman DN, semua masalah dapat diselesaikan. Ada satu projek DN itu, keluasan tapak sangat constrain jadi compact sub sebanyak 4 unit digunakan bagi projek tersebut. Yang penting, klien siapkan sahaja duit contribution fee dan bank guarantee bagi keempat-empat compact sub tersebut. 

Ok lah. DN nak kena gerak ke Kuantan. Meeting petang ini jam 2.30 petang. Kalau berkesempatan DN update dari sana ye. Doakan keselamatan sepanjang perjalanan DN pergi dan pulang.. :)

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. selamat pergi dan pulang DN... take care kay...

    ReplyDelete
  2. nampaknya DN kena snap gambar utk tunjukkan setiap satu bangunan yg DN maksudkan. Baru murid2 cepat faham...:)


    semoga Allah pelihara DN dari segala masalah yg disebabkan oleh makhluk Allah atau keadaan sepanjang perjalanan DN untuk urusan kerja. in shaa Allah. aamiin

    ReplyDelete
  3. whoaaa.... lepas nak suruh deqnoor buat wiring kat umah sewa laa....

    ReplyDelete
  4. @Ladfe Amir haha.. sampai macam tu sekali? nanti DN cuba usahakan ye... :)

    thanks... ^_^

    ReplyDelete
  5. @hazman aka species1980 DN design je... yg buat kerja kontraktor.. :)

    ReplyDelete
  6. Waaa ckp bab pencawang ni cuma boleh bace jer.. x tau ap2 pasal nih.. hehehe

    Take care DN.. :)

    ReplyDelete
  7. @Cik Nurul Siezuka hee.. xpe2. at least bila org bercakap nurul tahu apa yg dicakapkan.. :)

    thanks nurul.. ^_^

    ReplyDelete
  8. ade ke PPU jenis compact?

    PE ade la kan?

    ReplyDelete
  9. @Anonymous PPU takde yg compact tp indoor type...

    ReplyDelete
  10. Salam kak DN. Kalau double chamber, berapa amps biasanya? Confuse..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^