Kesempurnaan Rasa Menyelerakan di Burger Bakar Kampung Meru

 Isnin yang lalu, DN, Bro Framestone, Ierakan, Boni Kacak, Shakiddo, Rabiatul Adawiyah & husband, Melastik Bintang & family dan Irwan Alessa telah datang makan burger di sini. Mana di sini tu ye. Di 'Burger Bakar Kampung' yang terletak di Meru. 

Kepada orang-orang Meru, sila terjah ke 'Burger Bakar Kampung' ini. Anda pasti tidak dikecewakan dengan rasa burger bakar yang sangat menyelerakan. Kedai ini telah dibuka pada November 2012 lalu. Ayam dan daging burger bakar ini adalah homemade pemilik 'Burger Bakar Kampung'sendiri.


Harga burger di sini juga berpatutan. Jika anda bukan penggemar burger bakar, Ramli burger juga ada di sini. Tapi kan.. Baik cuba burger bakar di sini. Cuba sekali pasti nak lagi. Serious! DN sampai take away 2 set burger dan malam itu juga habis. Hee...


Set burger? Ok.. DN dah sebut pasal set burger. Konsepnya sama seperti McD, Burger King & seumpama dengannya. Ada burger, fries & air. Fries juga sangat garing dan sedap. Tidak terlalu masin seperti fries lain yang terlebih garam. Jika tidak mahu take away, boleh makan di sana sahaja. Harga untuk set burger adalah seperti menu set di atas.
 

 'Burger Bakar Kampung' ini masih menggunakan roti Ramli burger tetapi dagingnya dibuat sendiri. Untuk daging ayam, tidak seperti burger bakar lain yang menggunakan daging ayam tau. Pertama kali rasa, terpegun dengan kreativiti pemilik kedai ini menghasilkan daging ayam yang unik rasanya. Nak tahu lebih lanjut, datang rasa sendiri. DN tak mampu untuk mengungkapkan rasa yang sedap ini dengan penulisan DN.

Burger ini dimasak di atas kuali leper seperti di atas agar cepat masak. Istimewa lagi apabila sayur-sayurannya dibuat seperti coleslow dengan campuran buah epal dan karot. Sedap tu.... Nyum3!


Inilah antara burger yang kami makan semasa berada di sini. Tengok sos yang melimpah ruah ini, memang makan sehingga comot di pipi. Terbaik! Tengok gambar pun dan mengancam, itu belum rasa lagi. Trust me.. Rasa memang sedap. No doubt!


Haa.. Dah selesai DN tunjuk gambar burger-burger yang sedap, jom DN kongsikan lokasi kedai 'Burger Bakar Kampung' ini. Kedai ini terletak di alamat seperti berikut.
Lot 1838 batu 7 3/4, jalan meru tambahan, 42100 klang.
 Atau kalau ada yg pakai gps, leh set trus coordinate
N 3 8' 59.5"
E 101 26' 14.9.
Atau boleh rujuk map di bawah.


Waktu operasi 'Burger Bakar Kampung' adalah seperti berikut.

Ahad - Khamis : 6 ptg - 11 mlm
Jumaat - Sabtu : 6 ptg - 12 mlm

Tawaran lain yang turut disediakan disini adalah keahlian sebanyak RM10 sahaja. Keistimewaan sebagai ahli, anda akan menerima :-

  • PERCUMA 1 burger bakar biasa
  • PERCUMA air dengan pembelian burger bakar
  • Kumpul point sebanyak 100 point, akan mendapat set burger bakar biasa.
Ada lagi yang istimewa tau... Delivery di sekitar Meru dengan cas RM1 sahaja. Menarik bukan! Apa lagi, terjah 'Burger Bakar Kampung' untuk menikmati kesedapan burger bakar di sini.


Inilah founder 'Burger Bakar Kampung'. Jika ingin membuat sebarang tempahan burger delivery, boleh hubungi atau SMS beliau di talian 010-7731917.

Selamat menjamu selera! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

28 Blue Komen:

  1. bolehlah kita date kat sini DN since Meru ni pun dekat jugak dengan rumah Farah...heeee... ^_^

    ReplyDelete
  2. nanti nak pegi jugaklah kalau balik kpg rumah mertua nanti. ataupun nak tunggu kawan2 lain ajak.

    ReplyDelete
  3. Ohoiiiii sedap sangat tengok dekat gambo DN ni.. waahhhhh rasa lapo lagi.. Burger thorrbaeekk di alaf ini..

    ReplyDelete
  4. hi dear, first visit here ;)

    tp sebelum ni biasa nampak nama dan gambar di blog lain ;)

    wah best ye dpt review/makan percuma.. burger bakar lak tuu... ;)

    ReplyDelete
  5. wah dekat je ni...pcl lbh suka daging yg bakar betul punya bakar atas bara api tu..

    emmmm ..teruja la plak !

    ReplyDelete
  6. @Ladfe Amir mmg ada perancangan nk ke sana lg.. :)

    ReplyDelete
  7. @Ummi Hanie hi dear ummi! thanks sudi singgah sini. jom lh join makan2 lain kali. boleh jumpa.. :)

    ReplyDelete
  8. @[PCL] dekat? apa lagi.. cuba lh burger bakar kt sini. dah cuba pasti nk lagi nanti.. :)

    ReplyDelete
  9. Tekak bro dah rasa semacam dah nie....

    Ok, Dn open table la la la la

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone hmm.. DN openkan table untuk bro letak burger bro ye... ;P

    ReplyDelete
  11. perrghhh... ni burger tangkap leleh dah nih...

    ReplyDelete
  12. wahhh..mcm sedap je ni DN...nak rasa jugak keunikan burger bakar kampung ni..:D

    ReplyDelete
  13. memang melazatkan burger bakar kampung ni..hehehe. jom pekena lagi..

    ReplyDelete
  14. @amirini sama lh kita.huu... memang sedap tau.. :)

    ReplyDelete
  15. @YaNa Yassin belum rasa lagi tu... mmg sedap.. :)

    ReplyDelete
  16. @KiD meleleh sampai ke pipi kan. hahaha.. :p

    ReplyDelete
  17. @Ezad Skytech mmg sedap.. nanti plan join lh sama. baru dpt rasa.. :)

    ReplyDelete
  18. @Ezad Skytech mmg sedap.. nanti plan join lh sama. baru dpt rasa.. :)

    ReplyDelete
  19. @boni kacak jom3! mmg nk pegi lg rasanya ni...

    ReplyDelete
  20. burger bro kecik je...

    open talam pun muat... susah2 je Dn open table..

    meh sini open sikit mulut tue, bro suapkan.. sure comot muka Dn bro kerjekan he..23x

    ReplyDelete
  21. DN nurul nak burger... nanti kt g makan ramai2 k.. :)

    ReplyDelete
  22. aduyai....tak kesempatan nak join sebab time nie ada kat pulau redang.... best je tengok burger meleleh je nie....

    ReplyDelete
  23. nak pegi lagi..ajak saya ye..hoho

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^