Merekabentuk Pembangunan Rumah Baru untuk memenuhi keperluan UNIFI

Rasanya ramai designer kerja-kerja telekomunikasi untuk keperluan UNIFI di sesebuah pembangunan mengetahui bahawa design dahulu dengan menggunakan copper cable tidak relevan untuk digunakan jika keperluan UNIFI sudah dibangunkan di sesebuah kawasan. Walaupun begitu, masih ada segelintir yang bertanyakan DN tentang perkara ini. Tidak kurang juga yang bertanyakan, TM sudah ada contribution fee? Hehe... Jangan terkejut pula kini TM sudah mengenakan Bayaran Khidmat Rundingan dan Pemprosesan kepada semua permohonan ke TM. Jangan lupa maklumkan kepada klien anda tentang perkara ini supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan ini yang sudah berkuatkuasa sejak 2011 lagi.

Perubahan yang perlu diketahui dan diambilkira di dalam sesebuah rekabentuk adalah :-
  1. Perubahan jenis kabel dari copper kepada fibre
  2. Spesifikasi minima untuk telefon pipe / trunking :-
  • Saiz minima = jejari (radius) 50mm
  • Radius bending minimum = 20x jejari trunking saiz
Walaupun begitu, keperluan berikut masih tidak berubah dan boleh digunapakai di dalam rekabentuk sistem telekomunikasi :-
  1. Infrastruktur telekomunikasi
  2. Bilik telekomunikasi (berbeza mengikut negeri)
  3. Lain-lain keperluan yang tidak terlibat dengan jenis kabel
Oleh itu, di sini DN ingin kongsikan salah satu rekabentuk telekomunikasi yang terlibat untuk rumah landed. Pihak pemaju perlu mengambilkira rekabentuk ini untuk memudahkan kerja-kerja pihak TM di kemudian hari.


Perkara-perkara berikut perlu dimasukkan di dalam sesebuah rekabentuk di bawah 'Premise owner responsibility'. Kerja-kerja dari pole sehingga FTB akan dilakukan oleh pihak TM sendiri.
  1. FTB dengan SC/UPC adaptor di lorong belakang rumah, mudah dimasuki dan jenis mengikut kelulusan pihak TM.
  2. FWS di ruang utama rumah. Lokasi mengikut standard soket RJ11 sedia ada
  3. S/S/O (Switch Socket Outlet) bersebelahan dengan FWS 2 unit - minimum 1 unit
  4. 2 core single mode fibre kabel antara FTB dan FWS (TM approval)
Rekabentuk ini berbeza mengikut jenis bangunan yang ingin direkabentuk sama ada Landed House underground type, High Rise building or Business Building. Nak tahu lebih lanjut dapatkan maklumat spesifikasi ini dari pihak TM. DN nak beritahu semua, senang kerja TM nanti. Hee...

*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor 
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. Noted with Thank....

    Majuk dengan UniFi T-T

    ReplyDelete
  2. pasal kabel yg melibatakn TM pun DN kena ambil tahu design?

    bidang kerja DN merangkumi macam mana sebenarnya.

    ada masa tulis entri ye kalau rasa nak kongsikan

    ReplyDelete
  3. @Bro Framestone Bro kena lay cable fibre dlm rumah tu.. baru Unifi nak buat kerja. Hihi... :p

    ReplyDelete
  4. Yeaaah, dah guna Unifi. Lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :)

    ReplyDelete
  5. @Ladfe Amir nak cerita semuanya xtido DN nanti. hee... senang cerita semua yg melibatkan electricity DN kena ambil tahu.. :)

    ReplyDelete
  6. alaaaa.. bro majuk lak.. erm, by the way, UniFi ni memang dah semakin tinggi demand. dan pemaju patut allied dengan TM untuk lay fiber cable samaada dari pool ke FTB exposed atau jenis underground yang kebanyakannya di landed Putrajaya.

    kalau dibuat fiber cable sampai RJ11 tu... perrghh.. senang laaaa.

    ReplyDelete
  7. Nurul baca jugak penerangan dari DN kat atas.. hehehe

    ReplyDelete
  8. skrg ni mmg semua perumahan...bangunan nak UniFi...pakai fiber optic...design lama tak relevan da skrg ni...

    ReplyDelete
  9. @KiD tiada yg senang utk senang. cakap kt bro camtu ye kid. hihi...

    ReplyDelete
  10. @Cik Nurul Siezuka ok lh tu.. lepas ni nurul tahu bila nk apply unifi.. :)

    ReplyDelete
  11. Bila Unifi nak masuk Kelantan, DN?

    ReplyDelete
  12. @earnic itu kena terus merujuk dengan TM... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^