Sensasi Makan Lele di Pecel Lele Lela Shah Alam

Sejak pertama kali DN ke Pecel Lele Lela @ Seksyen 13, Shah Alam ini, restoran ini telah menjadi tempat makan kegemaran DN apabila perut ini ingin menjamah nasi. Lauk yang tidak terlalu banyak dengan harga yang berpatutan telah menjadikan restoran ini menjadi pilihan DN untuk menjamu selera sebelum pulang ke rumah. Antara makanan yang pernah DN makan di Pecel Lele Lela ini adalah seperti berikut :-

Lele Oriental - RM7.00 (Nasi putih +RM2.00)
Fillet Sos Padang - RM7.00 (Nasi Putih +RM2.00)
Sotong Sos Padang - RM7.50 (Nasi Putih +RM2.00)
Daging Empal - RM7.50 (Nasi Putih +RM2.00)
Terung Belado - RM6.00
Daging Black Pepper - RM7.50
Dari kiri : Jus Jeruk - RM4.00, Es Jeruk Kelapa - RM5.00, Kelapa Susu - RM4.50
 Makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Mereka yang tidak makan lele, bila di sini pasti tiada masalah untuk makan kerana lele disini rangup dan tidak berbau. Daging juga lembut serta sos yang digunakan cukup rasa. Pasti membuka selera siapa sahaja yang mencubanya.

Ok, DN dah rasa nak makan di Pecel Lele Lela @ Seksyen 13, Shah Alam lagi. Jom! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. pecel lele fav pcl..., terung belado jugak...sekarang dah pandai buat pecel lele di rumah..

    ReplyDelete
  2. blm pernah merasa makanan lele ni.

    err lele tu apa ye Cik DN. sorry,betul tak tau

    ReplyDelete
  3. tak try ayam sambal hijau?

    ReplyDelete
  4. kenapa makanan sekarang mahal2? kenapa? kenapaaaaaa?

    ReplyDelete
  5. Sedap bangat DN.. T Dn bawak Nuru g makan sini k..hehehe :)

    ReplyDelete
  6. @[PCL] wahhh! hebatnya.. DN reti makan je. huuu...

    ReplyDelete
  7. tak pernah merasa makan kat situ...tapi nampak mcm sedap je ni DN...hee~

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^