Beberapa hari lepas DN telah menginapkan diri DN ke Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan. Memandangkan DN ada mesyuarat di Kuantan, maka DN mengambil kesempatan untuk menginap di resort ini.
Kunjungan kali ini bukanlah kunjungan pertama DN tetapi baru kali ini DN ingin kongsikan dengan semua. Suatu ketika dahulu DN suka menginap dari satu hotel ke satu hotel tetapi dalam banyak-banyak hotel yang DN pergi, inilah resort yang paling DN suka apabila berada di Kuantan.
Inilah bilik yang DN duduki semasa berada di Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan. Bilik Deluxe Room yang luas dan selesa. Bilik ini mempunyai ruang coffee dan juga beranda yang boleh dibuka. Di luar juga mempunyai kerusi untuk bersantai sambil melihat dan merasai angin pantai.
Bilik ini mempunyai dua katil single.
Dan berhadapan dengan katil terdapat meja solek, TV, peti sejuk mini di dalam almari serta ruang meletak barang. Bilik ini tidak mempunyai karpet jadi selipar disediakan untuk kegunaan di dalam bilik ini.

Dari depan beranda boleh dilihat almari dan ruang meletak beg. Di dalam almari ini juga tersimpan iron board, iron, kettle dan teh serta kopi untuk bancuhan sendiri. Bersebelahan dengan pintu masuk terdapat cermin panjang dan juga pintu menuju ke bilik mandi. Ayuh kita menjengah ke dalam bilik mandi pula.
Dari depan pintu masuk terdapat basin dengan ruang meletak barang yang selesa dan bersebelahan dengan tandas.
Berhadapan dengan tandas pula terletak bath tub. Bilik mandi dengan susun atur yang selesa dan kemudahan tuala serta lap kaki juga disediakan. Selesai di bilik mandi, jom DN tunjukkan suasana luar dari beranda bilik DN.
Tadaaaa! Boleh nampak swimming pool dan pantai. Best kan! Tenang sahaja bila duduk di beranda sambil melihat suasana tenang dan angin pantai yang mendamaikan.
DN ditempatkan di floor bawah sekali daripada 5 tingkat bilik hotel. Dari beranda bilik DN boleh je nak melompat keluar jika mahu ke swimming pool. Tapi DN yang sopan dan ayu ini takkan buat sebegitu. Hee...
Dari bilik DN juga boleh nampak tempat makan terrace mengadap swimming pool dan pantai. Di sinilah DN menghabiskan masa sambil menikmati makan malam. Seronok sekali sekala buat sebegini. InsyaAllah jika ada peluang DN akan ke sini lagi.
Bilik deluxe room mengadap pantai ini berharga RM343 per malam. Jika berminat untuk menginap di sini boleh ke laman web Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan untuk tempahan atau hubungi mereka di talian 09-5447333.
p/s : Pukul 9 pagi dah datang nak kemas bilik. Relax ler... Orang dalam bilik pun belum bersiap lagi untuk keluar. Datang lah pukul 12 tengah hari ke atas kalau nak kemas bilik tu. (Maaf, gambar tak cantik. Camera tiada untuk beberapa hari. Huu...)
DN memang ayu,sopan santun, lemah lembut ,berbudi bahasa dan suka kanak2.
ReplyDeletetak tipu. puji ikhlas ni
huhu..sian kat DN. letih main bowling tak hbs lagi. Jumpa family. pastu leh update blog.
ReplyDeletevery good. saya suka.
alaaaahai... ni yang rasa nak gi bercuti nih.. boleh tahan gak harganya tu.. :)
ReplyDeletedulu pnh stay swiss garden kat damai laut lumut perak je. kat kuantan tak pernah lg. mcm best je :)
ReplyDeletetiba2 keinginan untuk pergi bercuti tu bertambah kuat pulak bila tengok gambar DN ni... hu hu hu...
ReplyDeletebilik pun nampak selesa je...suasana pun mcm best...kalau ezad da melompat keluar terus ke swimming pool kalau dkt sgt...tak payah pusing jauh2...heee~
ReplyDeleteabang kalu duty travel cenggini mesti simpan sabun / syampu hotel buat kenangan....
ReplyDelete@Ladfe Amir alhamdulillah... Kurniaan Allah...
ReplyDelete@KiD cuti.... jgn xpergi tau.. :)
ReplyDelete@cha kt kuantan lg best drpd damai laut...
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid apa lagi? plan lh cuti2 cepat. hehe.. :p
ReplyDelete@Ezad Skytech mmg best ezad.. pergi lh bercuti ke sini.. :)
ReplyDelete@hazman aka species1980 eh? sama lh kita.. hihihi.. :D
ReplyDeletekalau dapat mandi kat dalam tab tu confirm tak mau keluar dah hahaa
ReplyDeleteni ada kaitan ngan swiss gold tak? hehe
ReplyDelete@Dkna Abza tahu xpe... boleh tertidur dlm tu dibuatnya... :D
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik xde kot zuan... xpernah tahu plak ada kaitan ke x...
ReplyDelete@Dkna Abza : sehari suntuk pun takpe kan..haha~
ReplyDelete@Ezad Skytech kecut woo sehari suntuk dlm air..
ReplyDeleteBestnya tempat ini... Apa yang menarik dekat sini ek DN
ReplyDeletetoms outlet
ReplyDeletemichael kors outlet online
fendi bags
levis outlet
oakley sunglasses on sale
kd 8 shoes
true religion sale
kate spade outlet online
nfl jerseys
nike outlet store
170517yueqin