Apa Ada di Phoenix Park Hotel Korea


Hotel kedua penginapan DN semasa berada di Korea adalah Phoenix Park Hotel. Siapa pernah tengok Drama Korea "Endless Love"? Tahukan anda bahawa Phoenix Park Hotel ini merupakan lokasi utama drama Korea tersebut? Haa.. Siapa yang tak pernah tengok drama ini, silalah tengok ye. DN pernah tengok tetapi dah tak ingat nak cerita semula. Hehe... Selain dari "Endless Love", apa lagi yang ada di hotel ini?


Tada!!! Syoknya tengok mereka main ski. Semasa DN sampai ke hotel untuk check in di sini sekitar jam 3.30 petang, masa terakhir untuk bermain ski adalah jam 4.00 petang. Memang berakhir terus tau sebab nak main lagi kena tunggu musim sejuk berikutnya. Saje je ejen ini kan. Memang taknak kasi kitorang main lah tu. Dah tu buat apa duduk hotel ini kan. Diorang kata sebab sudah ada di dalam itinerary. Huh... Sabar aje. Disebabkan sudah terlanjur duduk di hotel ini walaupun tidak dapat bermain ski, jom DN tunjuk bilik hotel disini.


Buka sahaja pintu bilik dah boleh nampak katil. Ala... Kenapa bukan tilam yang kena lipat-lipat tu. Tetiba kat Korea rajin pula nak tidur kat tilam ye. Cuba kalau di rumah. Tak pandang pun. Mesti cari katil nye. Hehe... sebelah kiri pintu masuk ini terdapat almari dan tersedia selipar di dalamnya.


Bersebelahan dengan almari terdapat pantri kecil dengan tersedia peti ais kecil di bawahnya. Berdepan dengan almari dan pantri ini terdapat bilik mandi di mana basin dan tempat mandi dipisahkan. Oleh itu, jika ada orang mandi di dalam bilik mandi bath tub, basin masih boleh digunakan untuk membasuh tangan atau muka. Tiadalah istilah berebut bilik mandi kecuali untuk mandi. Eh, mandi ke musim2 sejuk ini? Jeng3! :p


Bilik standard yang DN menginap ini menyediakan 1 katil single dan 1 katil queen. Berhadapan dengan katil ini terdapat TV di atas meja rendah. Memang tengok 'Running Man' sahaja tiap2 malam. Layankan sahaja sebab housemate seronok layan cerita itu.

Selesai di bilik hotel, kita keluarlah berjalan-jalan di kala sejuk sehingga mencucuk tulang. Terdapat shopping complex berhampiran dengan hotel ini. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Kalau agak2 tak tahan sejuk, berlari ke shopping complex ini 1 minit dah sampai. Dekat kan. Apa yang DN buat di shopping compex ini?


Nak main ski tak dapat, kita main bowling sahaja lah. Nak makan kenyang lagi. Berhadapan dengan pusat bowling ini terdapat convenience store jadi sebelum bermain bowling, kita cari jajan dahulu. Apa yang berbeza pusat bowling di sini jika dibandingkan dengan Malaysia adalah terdapat penyangkut baju sejuk. Memang patut lah kan. Malaysia mana ada musim sejuk. Selain itu, tidak boleh mengisi nama sendiri di dalam score board. Jadi kalian teka je lah no. mana satu yang menjadi score DN ye. Hehehe.. :p

Dah puas bermain bowling sebanyak 2 game sahaja, kembalilah ke bilik hotel. Tidur untuk 1 malam sahaja, bersiap-siap untuk check-out. Sekejap sahajakan DN di sini. Dah lah tak dapat main ski. Kecewa sungguh... :-(


Tetapi lepas selesai breakfast pagi itu, pergi jugalah ke tempat ski ini. Dapat meninggalkan jejak dan tangkap gambar pun jadi lah. Itupun ejen sibuk dah panggil-panggil. Bukannya bas nak gerak lagi pun. Dengki sungguh kan. Huhu...

Jika berminat untuk menginap di hotel ini boleh menghubungi mereka di :-

30th FL., Glass Tower 946-1
Daechi-Dong, kangnam-Ku, Seoul, Korea

Tel : +82-2-527-9511   Fax : +82-2-527-9500 Mobile : 82-01-7745-4803
E-mail : gamigage@bokwang.com
 

Bilik standard yang DN menginap ini berharga 240,000 won iaitu sekitar RM655. Begitu mahalkah? Hmm... Mungkin tempat peranginan ski yang sangat dibanggakan dengan kualiti saljinya di mana ia memenuhi lereng-lereng lembah mengikut topografi semulajadi Gunung Taegi (1,050m di atas paras laut) mempengaruhi harga bilik hotel ini. DN agak sahaja. Hehe...

Ok lah. Layan tidur di bilik Swan Garden Hotel Johor ini syok juga. Esok jika berkesempatan DN sambung travelog Korea DN ye. Daaa! :-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

22 Blue Komen:

  1. bestlah. lain kali pegi lagi yer pada musim sejuk masa honeymoon dgn suami. lepas kawin nanti la..

    ReplyDelete
  2. oh, hotel ni dah ada katil
    tak sama dengan hotel first aritu,hehe

    lorh, tak sempat main salji la ni?
    rugi nye... klu dapat main salji kan best

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap kat sana ada channel 18PL secara percuma....hahahahaha dalam HD lagi....

    ReplyDelete
  4. Salam kenal. Datang dari blog Bro Framestone. Harga bilik tu memanglah agak mahal, tapi tengok lokasi dan bilik yang luas dan complete tu, rasanya ia memang berbaloi. Satu bilik 3 orang kan?

    ReplyDelete
  5. Oh sini rupanya port DN berlatih Bowling dekat oversea....

    ReplyDelete
  6. @penaberkala kan... kecewa bila buka pintu dh nmpk katil. hee...

    main salji ade lh sikit2 tp xmain ski. kecewa sungguh.. :(

    ReplyDelete
  7. @hazman aka species1980 yeke.. xtahu pun. amboi abg man.. semua tahu ye... :D

    ReplyDelete
  8. @Aziela Salam kenal.. thanks sudi singgah blog DN. Bilik untuk 3 orang ini. Memang besar & selesa.. :)

    ReplyDelete
  9. masa musim sejuk habis, salji takde dah ke?

    ReplyDelete
  10. bila sampai di tempat dan suasana yg tiada seperti di negara kita. kita akan jadi jakun sekejap

    ReplyDelete
  11. rugi pulak DN tak dapat nak main ski kan..

    ReplyDelete
  12. @Ezad Skytech itu lh... mmg kecewa tp nk camne.. sobsob.. :(

    ReplyDelete
  13. pergh mahal giler tp berbaloi la kan sebab cantik pemandangan dia semua :)

    ReplyDelete
  14. @cha itu lh... mmg mahal harga hotel ini. international hotel katanya...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^