Hmm... Lebih seminggu DN kembali dari bercuti ke Korea. Tak tahu kenapa tiada perasaan langsung untuk menggerakkan jari jemari ini bagi mencatatkan perjalanan DN ke Korea. Entah-entah ada yang sudah terlupa DN pernah ke sana. Mungkin perjalanan ini tidak seperti yang diharapkan tetapi DN gagahi juga untuk menulis di sini. Mana lah tahu ada yang ternanti-nanti coretan kisah travelog DN kali ini.
DN ke Korea selama 6 hari 4 malam dengan menaiki Vietnam Airlines. Maka, untuk sampai ke Korea, DN perlu transit di Vietnam dahulu. Oleh itu, pada 22hb Mac 2013 jam 6 petang DN sudah tiba di KLIA. Walupun last minit kemas barang, rasanya DN orang pertama yang sampai ke KLIA. Yang lain tak tahu lah sampai pukul berapa tetapi bila nak check in bag baru DN dapat jumpa semua orang yang pergi bersama-sama.
Flight ke Ho Chi Minh City pada jam 8.50 malam. Semasa di dalam perjalanan kami telah dihidangkan dengan makan malam seperti di atas. DN telah memilih untuk makan ikan semasa di dalam flight ini. Selepas melalui perjalanan selama 1 jam 50 minit, DN tiba di Ho Chi Minh City pada jam 8.40 malam (waktu tempatan).
Kami transit di Saigon Airport ini selama 3 jam. Dengan tidak menukar langsung duit USD, kami hanya bersiar-siar di dalam airport. Nak makan duit tiada. Apalah nasib kami kan. Cukuplah hanya dapat bergambar dengan patung stewardess Vietnam Airlines dengan berpakaian tradisional Vietnam yang cantik ini. Berkenan pula DN. Hmm.. Raya nanti nak buat baju macam ini lah. Hehe... Selepas 3 jam menanti, flight dari Ho Chi Minh City ke Incheon berlepas ke destinasi pada jam 11.40 malam.
Perjalanan ke Incheon Korea mengambil masa selama 4 jam 50 minit dan kami tiba di airport pada jam 6.30 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya (23hb Mac 2013). Perjalanan dan transit selama hampir 10 jam memang perjalanan yang meletihkan.
Sebelum mendarat pilot memaklumkan bahawa suhu di Incheon Airport adalah 0 degree. Oleh itu, turun sahaja ke airport masing-masing menuju ke toilet untuk mempersiapkan diri dengan perubahan suhu yang mendadak ini. DN bersedia dengan memakai longjohn, jaket dan sweater. Tidak dilupakan sarung tangan serta sarung kaki tebal supaya DN dapat sesuaikan diri dengan suhu yang sejuk ini.
Selepas bersiap dan menaiki bas yang tersedia, kami diberi sehelai kertas yang mengandungi bahasa korea basic untuk kegunaan dan panduan sepanjang berada di Korea. Memang kertas ini sangat berguna lagi-lagi orang seperti DN yang tidak sempat membuat apa-apa persiapan bahasa semasa ke sini. Sambil tourist guide bercerita tentang isi kandungan di dalam kertas ini, kami dalam perjalanan menuju ke satu destinasi. Sampai sahaja dah terus bersiar-siar di Seoul sebelum check in. Huu... Memang meletihkan tapi layankan sahaja schedule yang telah ditetapkan. Ke mana destinasi kami? Nantikan entry DN selanjutnya... :-)
tertunggu gak sebenarnya entri pasal travellog DN yg seterusnya.
ReplyDeletepaling penting.selamat pergi selamat balik. kan .Alhamdulillah
Waah, x sabar nak tahu citer korea DN
ReplyDeletewah company trip ke korea? bestnyaa. sejuk gillerrr o degreess :O
ReplyDeletemacam mana jari jemari xnak menaip.. balik Malaysia dengan jadual penuh dengan aktiviti + sakit lagi (pakej tue)
ReplyDeleteDan lagi satu.. xpelik pun Dn jadi orang terawal sampai walaupun lambat kemas barang.
Eh, awat bro nampak mcam korang g berdua je? jeng jeng jeng
syok la kompeni buat trip ke Korea...
ReplyDeletecam best je trip ke Korea, jangan lupa cerita lagi ye
tunggu episod seterusnya ni
waaa... tak sabor nk tunggu next post ... lama da tak gi Korea .. masa keje dgn MAS dulu selalu gakla ... last g pun tahun 2011 .. rindu nk g lagi.. DN jgn kupa shopping kt Insa-dong , cheongdamdung, dongdaemun...!
ReplyDeleteberdua lebih baik..
ReplyDeletebest la DN.. teringin nak jadi blogger yang travel alot~ nak jadi travelogger gakkkkkkkk
ReplyDeleteSeronoknya g Korea. Annyeong Haseyo DN. Miahahaha.
ReplyDelete@Ladfe Amir hee.. harap sabar menunggu ye.. :)
ReplyDelete@YaNa Yassin hihihi... tunggu... ;D
ReplyDelete@cha memang sejuk kt sana... grrr....
ReplyDelete@Bro Framestone betul lh bro.. balik2 dh busy semacam. huu...
ReplyDeletekenapa bro rasa camtu ye. hmm...
haaa... jeng3! :p
@penaberkala tunggu cerita selanjutnya... ;)
ReplyDelete@Fear'Ara bestnya kerja MAS dulu boleh g jalan2... Nanti DN sambung cerita ye. Tunggu... ^_^
ReplyDelete@noorkhamisah betul tu. heee... ^_^
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik boleh... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. ;)
ReplyDelete@Nuriesya Nadia amboi! ini pengaruh Running Man ke ni? hehe...
ReplyDeletetengok inflight meals tu pun okey gak....
ReplyDelete@hazman aka species1980 roti sedap... :D
ReplyDeletelepas baca entry DN nih... bersemangat lak kid nak ke korea.. nak cari sponsor lah.. hehheee
ReplyDelete@KiD apa lagi? dh jd travel blogger kena lh cari sponsor ke sana plak. hee...
ReplyDeletebestnya dapat travel ke sana...ada yg nak sponsor g Korea tak? haha~
ReplyDeletelagi syok klu pi trip ramai-ramai
ReplyDeletemesti seronok
@Ezad Skytech kena cari tu ezad.. lepas tu jgn lupa ajak DN skali ye. hihihi... :p
ReplyDelete@penaberkala itu lh kan.. bila ada peluang nk pegi ramai2 dgn rakan blogger...
ReplyDeleteSebab Dn adalah orang yang menepati masa orangnya.
ReplyDeleteSelalu awal dari masa yang dijanjikan...
Maybe sebab itu sesuai jadi SU. Bro tengah fikir, macam mana la anak-anak Dn nanti ek.
Hope tak dapat bapak macam Bro la ek. Suka buat kerje sambil membebel :)