Bersukaria Di Lotte World 'Mask Festival'

Halo! DN nak sambung lagi ceritera Korea DN. Harap kalian tak jemu lagi membaca. Ada beberapa siri lagi sebelum DN sambung travelog ke lokasi yang akan diberitahu kelak. Baca tau.. Jangan tak baca. Hehehe... :p


DN berpeluang menjejakkan kaki ke Lotte World semasa DN berkunjung ke Korea. Lotte World merupakan theme park pertama di Korea dan telah dibuka untuk kunjungan pada 12 Julai 1989. Harga tiket untuk sekali masuk adalah 25,000 won (RM68) dewasa dan 22,000 won (RM60) kanak-kanak.


DN ke sini semasa Mask Festival. Oleh itu, pelbagai mask dijual disini dan serba-serbi dihiasi dengan mask. Memang meriah dengan warna-warna ceria. Kenapa harus pink ye? Hmm... Yang itu DN pun tak boleh nak jawab. Hee...

Pelbagai permainan ada di dalam ini. Tetapi rasanya budak-budak yang paling seronok bila ke sini. Jika dibandingkan dengan Universal Studio Singapore (USS), secara jujurnya permainan di USS lebih meriah dan lebih universal. Universal di sini bermaksud sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.


Disebabkan tidak tahu hendak bermain permainan apa, naik lah Aeronauts ini. Jalan keliling melihat pemandangan Lotte World indoor dari atas. Ada jugalah beberapa permainan lain yang DN main di sini. Semuanya lebih kurang sama macam permainan di Sunway Lagoon ataupun Genting Highland. Bezanya, lokasi permainan ini adalah di Korea. Hmm.. Turun dari Aeronauts, perut lapar tetapi tiada makanan yang berani untuk dijamah disini. Makan biskut bekal dalam bag sahajalah. Huu...


Selesai di indoor, DN keluar ke outdoor pula. Cuaca panas tetapi sejuk dan berangin. Menggigil juga bila keluar. Patut ramai yang berada di indoor jika dibandingkan dengan outdoor. Main 1 game, jalan-jalan tangkap gambar, siap dah aktiviti di outdoor.


Masuk semula ke dalam bangunan. Barulah selesa sedikit sebab di dalam tidak sesejuk di luar. Duduk merehatkan diri sebentar, tiba-tiba lalu kereta berhias menandakan akan adanya persembahan sebentar lagi. Ingat sempat lah tengok persembahan, tetapi diorang dah panggil nak kena naik bas. Adehh... Terpaksalah lupakan niat untuk melihat persembahan sempena mask festival mereka.

Takpe lah. Nak buat macam mana. Kena lah ikut jadual yang telah ditetapkan. Lokasi berikutnya adalah ke 63 building. Apa yang ada di sana? Tunggu entry selanjutnya ye. Jumpa lagi! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. Macam best je datang sini. Dapat bawak baby best ni.

    ReplyDelete
  2. wahh..besnye..jeles tgk DN gi sini..hehe

    ReplyDelete
  3. @Hafiz Rahim best sbnrnya kalau dpt main semua game. ramai org & perlu beratur panjang.. :(

    ReplyDelete
  4. bestkan. dapat jadi macam budak2 balik

    ReplyDelete
  5. permainan sebegini memang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa duka utk seketika

    ReplyDelete
  6. Alahai....cepat pulak panggil diorang tu... sayang pulak tak dapat tengok persembahan kan

    ReplyDelete
  7. Wow! Stylo betul Deqnoor dengan spek hitam dan sarung tangan pink.

    Mmg gaya Korea betul lah!

    ReplyDelete
  8. mcm kejap2 je DN ada kat sesuatu tempat tu..baru nak enjoy da kena panggil..adehhh...tak puas mcm tu..kann..

    ReplyDelete
  9. @JomJalan haha.. itu je yg dibawa semasa ke Korea.. :)

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech itulah yg berlaku jika ikut travel agent.. layankan sahajalah. huu...

    ReplyDelete
  11. Sebab apa pink? sebab dorang tahu Dn nak datang he..23x

    ReplyDelete
  12. mask festival pun ada eh? macam macam

    ReplyDelete
  13. @cha tahu xpe.. mcm2 diorg ni kan..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^