Cheongwadae Sarangchae Exhibition & Museum

 

Cheongwadae Sarangchae merupakan tempat di mana kita dapat melihat keseluruhan kehidupan dan pencapaian yang telah dicapai di bawah pimpinan President Korea. Selain itu, di sini juga kita dapat melihat perkembangan Seoul, ibu negara Republic of Korea dengan memfokuskan kepada Cheongwadae yang merupakan lambang kepada kehidupan moden di Korea. 

Bangunan Cheongwadae Sarangchae ini direka dengan low-carbon dengan mengetengahkan konsep green building sebagai langkah memastikan polisi membangunkan kehijauan dilaksanakan sejajar dengan kehendak kerajaan Korea. Selain itu, disini juga menggunakan tenaga solar dan geothermal energy dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
 

Hmmm... DN tak pasti kenapa DN perlu ke sini sedangkan jika bersiar-siar di kota Seoul sudah pasti dapat dilihat dengan mata kepala sendiri pembangunan yang telah dicapai oleh Korea. Dah ada dalam schedule... Layan je lah kan. Huu... 

Tapi apa yang pasti pengunjung tidak dibenarkan menangkap gambar atau bergambar dengan polis yang berkawal di seluruh Korea ini. Jika didapati atau ditangkap, kamera anda akan diambil atau gambar tersebut akan dihapuskan. Walaupun secara tidak sengaja, mereka merasakan sesiapa yang menangkap gambar polis merupakan perisik dan salah disisi keselamatan negara. Ketat sungguh kawalan keselamatan di sini kan. Oleh itu, mereka yang berkunjung ke Korea, jaga keselamatan kamera anda. Hihihi... ;p

Ok lah. DN nak keluar pergi makan. Bila seorang diri di JB ini, memang agak membosankan tetapi tanggungjawab dengan kerja tetap perlu dilaksanakan. Jika mata belum layu lagi, DN sambung ceritera travelog DN ke Korea ye. Jom makan! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. kalau abang-abang polis kita kat sini, rasanya tengok kamero terus berlari nk ambik gambar,haha

    strict jugak kat sana rupenye
    good info indeed

    ReplyDelete
  2. korea selatan kan musuh ketat ngan korea utara. sbb tu tak boleh bawak kamera. takut kena bom nuklear.

    macam tak happy je pegi korea

    ReplyDelete
  3. @penaberkala itu lh.. kalau tidak dimaklumkan, confirm DN dah ajak abang polisi bergambar sama kt sana. hihihi....

    ReplyDelete
  4. @Ladfe Amir sbb tu minta perlindungan amerika kan... hmm... ok2 je trip kali ini..

    ReplyDelete
  5. da ada dalam jadual...layan kan je la DN...hee...nak buat mcm mana...byk tempat cantik2 kat korea ni...nak pergi semua tempat mmg tak cukup seminggu..hee~

    ReplyDelete
  6. amboi ketat betul undang undang tak boleh tangkap gambar polis huhu. dhla kamera mahal haha memang kene hati hati la :p

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech itu lh.. mmg berkejar2 nk ikut schedule yg ditetapkan. penat. huuu...

    ReplyDelete
  8. @cha tahu xpe.. mmg kena hati2. tajut kamera kena ambil. hee...

    ReplyDelete
  9. @JMR patutnya best tp tourist guide xbest jd kurang best. huu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^