Kumho Seorak Resort, South Korea

 Hari pertama DN di Korea, DN telah dibawa menginap di Kumho Seorak Resort. Ini bermakna, sekembalinya DN dari Nami Island DN terus ke hotel ini. Sekitar jam 6 petang baru kami tiba.
 

Kumho Seorak Resort ini terletak berhampiran dengan Sorak Mountain National Park. Jadi, kalian boleh tahu lah destinasi berikutnya DN ke mana lepas ini kan. Mana lagi kalau bukan ke Mt. Sorak. Kisah DN di Mt. Sorak akan diceritakan di lembaran berikutnya ye. Kali ini DN ingin bercerita mengenai Kumho Seorak Resort ini.
 

 Masuk je ke lobby resort ini DN sudah nampak convenience store. Betul-betul bersebelahan dengan register counter jadi tak perlu risau jika ingin mendapatkan apa-apa bekalan makanan. Ini kerana convenience store dibuka 24 jam. Kita terus ke bilik ye. Selepas agak pening dengan direction untuk menuju ke bilik, akhirnya sampai lah DN ke penginapan yang diberikan kepada DN.
 

Buka sahaja pintu bilik, kelihatan rak kasut kayu lengkap dengan cermin di sebelah kiri pintu masuk. Ok, baik DN letak glove pink DN di sini kan. Hehe.. Bersebelahan dengan rak kasut ini adalah pintu masuk ke toilet. Jom kita menjengah ke toilet dahulu. 

Wow! Pinky2 gitu. Hehe... Ada bath tub pink, basin pinky yang comel, rak toiletries dilengkapi dengan tisu, tuala muka dan cawan plastik pink? Cawan pun nak pink kan. Lepas tu ada besen kecil. Mula-mula ingatkan gayung rupanya besen. Nak buat apa ye dengan besen ini. Hmm... Abaikan. Bagusnya di bilik mandi ini disediakan dengan selipar plastik untuk kegunaan di dalam toilet. Jarang toilet sediakan selipar tetapi di toilet hotel ini memang lengkap.


Di sebelah kanan pintu masuk pula terdapat ruang dapur untuk memasak. Terbaik lah! Semua lengkap tersedia dengan periuk nasi, kettle, kuali, pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu, pisau dan macam-macam lagi. Pendek kata semua kelengkapan yang perlu ada di dapur memang ada di sini. Peti ais juga besar tu. Memang lengkap kan. Meja makan pun tersedia memisahkan antara ruang dapur dengan ruang tamu. Boleh dilihat sofa panjang berhadapan dengan ruang makan menunjukkan di situlah ruang tamu.


Dari ruang makan, DN tangkap gambar keadaan ruang tamu. Tersedia dengan TV di atas rak TV kayu yang sedang memainkan cerita Korea kegemaran housemate DN (Running Man). Hotel ini menggunakan timber floor dengan heating system jadi apabila kita pijak lantai timber floor ini, kita akan rasa hangat sahaja. Memang best. 

Bersebelahan dengan rak TV boleh dilihat adanya sliding door. Apabila dibuka sliding door, ada ruang kosong ini. Ruang apa ye.. Hmm... Ruang bersukan kot. Tak pun bilik tidur. Tapi di mana katilnya? Itu perkara pertama yang bermain di fikiran DN. Ada lagi satu pintu bilik. Jom kita menjengah ke sana.


Yang ini baru bilik sebab ada rak kayu panjang dan cermin di dalamnya tetapi katil tiada. Takkan nak tidur atas lantai kan. Hmmm... Bersebelahan dengan rak kayu ini terdapat almari panjang. Apabila DN buka almari ini, kelihatan selimut dan bantal di dalam almari. Baru lah DN tahu. Oooo.... DN akan tidur Korean style malam ini. I like! Pertama kali nak tidur ala-ala Korea kan. Memang excited sangat-sangat.


Setelah berbincang dengan housemate, kami bentangkan tilam tidur kami di depan TV. Boleh layan Running Man dahulu sebelum melelapkan mata. Haritu nak makan kena goncang bekas makanan baru boleh makan kan. Ok, kerja tambahan lagi sebab nak tidur kena sediakan tempat tidur sendiri.  Huhuhu... Pengalaman baru ini tetap menarik sebab tidak pernah pergi ke mana-mana hotel dan perlu sediakan tempat tidur sendiri seperti di sini.

Suite with double bed and 1 or 2 ondol room ini berharga RM181.82 per night. Bilik yang besar ini boleh memuatkan sehingga 5 orang di dalam satu bilik. Berpatutan sangat rasanya dengan semua kemudahan yang disediakan di resort ini. Resort ini terletak di 795-4, Nohak-dong (43 Sadanggol-gil), Sorak Mountain National Park, Sokcho-si, South Korea. Berminat? Hubungi mereka di talian (0392)636-6000 atau pergi sahaja ke agoda.com untuk membuat tempahan.

Next? DN akan tunjukkan gambar-gambar DN di Mt. Sorak pula. Tunggu.....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. Bestnya dapat pergi sana. Takdelah la mahal sangat tidur kat situ kan.Kira okey la,serba serbi lengkap.Siap boleh tidur ala-ala korean gitu. Best best! Pergi reramai dengan family or kawan ,mesti seronok punyaaaa ;)

    ReplyDelete
  2. wah biliknya style doraemon ke? tilam tersorok dalam almari? hihi bestnya besar and nampak selesa. kalau pergir amai ramai confirm jimat

    ReplyDelete
  3. @laskar pelangi tahu xpe.. mmg serba serbi lengkap & sgt surprise harganya juga murah...

    ReplyDelete
  4. @cha betul tu cha.. dlm cerita doremon pun tilam simpan dlm almari. sama lh tu. memang besar & sgt selesa. berbaloi sgt2 kalau pergi ramai2..

    ReplyDelete
  5. fuyoh, tidur beralaskan comforter je
    baru tahu, style kat sana tidur atas lantai

    ReplyDelete
  6. wah wah waaahhh.. macam luas aje. sedap laa bentang tilam. haha

    ReplyDelete
  7. @penaberkala tengok lh cite korea.. kan diorg tidur atas lantai camni.. best gak sekali sekala tidur camni.. :)

    ReplyDelete
  8. @KiD mmg luas... mujur tidur 1 malam je. Bentang tilam, lepas tu xpayah simpan balik. Hahaha... :p

    ReplyDelete
  9. sekali pandang, macam kat cameron highland lak.

    nestlah..angkut tilam n bantal depan tv.

    agaknya, senang nak kemas2 kalau berlaku gempa bumi kot

    ReplyDelete
  10. @Ladfe Amir cameron? lama dh xpegi sana. xingat camne keadaan kt sana.

    xpasti plak pasal gempa bumi diorg tido camni. hmm..

    ReplyDelete
  11. @Bro Framestone comel kan! macam tuan blog ini. eh? :p

    ReplyDelete
  12. pelik jugak takde katil kan DN bilik tu...rupanya mmg takde katil...mcm best pulak kalau tidur ala korea ni..haha~

    ReplyDelete
  13. dan lagi best siap layan Running Man pulak tu...heee~

    ReplyDelete
  14. harga bilik pun quite ok la..tak mahal sgt kan...:D

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech betul tu.. reasonable price + comfortable + something new + best! :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^