Sekembalinya DN dari Mt. Sorak dan selepas makan tengah hari, DN dibawa ke Daepohang Seafood Market. Di sini sama seperti pasar basah di Malaysia cuma keadaan di sini lebih bersih. Maaf, DN terpaksa mengakui di sini lebih bersih berbanding negara sendiri. Terdapat pelbagai stall makanan laut yang digoreng tetapi DN seharusnya khuatir untuk memakannya kerana kelihatan bercampur dengan makanan yang tidak halal. Oleh itu, memang sesuai lah dengan tajuk hanya melihat-lihat hidupan laut segar di dalam akuarium.
Semua hidupan laut disini masih hidup dan sangat segar. Seperti ketam yang dilihat di dalam air ini, masih hidup dan sihat walafiat. Beberapa orang yang pergi bersama DN telah memilih untuk memakan ketam ini. Apa yang dibuat adalah ketam yang masih hidup seperti dipegang oleh orang diatas, telah dimasukkan di dalam air yang panas menggelegak kemudian ditutup untuk beberapa minit. Selepas itu, dikeluarkan dan sedia untuk makan. Gulp! DN tak lalu nak makan bila tengok cara mereka memasak ketam itu. Huu... Memang jalan-jalan cuci mata sahajalah. Dah ada di dalam program kan. Layan...
Selain itu, di sini juga dijual pelbagai jenis ikan kering. Cara mudah untuk memakan ikan kering ini adalah dengan membakarnya dahulu kemudian sudah sedia untuk dimakan. DN? Seperti biasa melihat-lihat dan mencuci mata sahaja. DN rasa seperti tempat ini tidak sesuai untuk DN. Hmm... Tidak apa lah. Kita menghormati orang lain yang hendak makan dan membeli di sini.
Selesai di sini, DN menuju ke hotel kedua penginapan DN di Korea. Di mana? Apakah nama hotel tersebut? Nantikan entry DN seterusnya.
ketam diaaaaa maigaddd besar giler huhu. kan best kalau ketam dorg masak macam kita kan haha
ReplyDeletesebab tengok cara diorang masak depan mata kan.... kalau dah siap hidang maybe okey la kan
ReplyDeletehehee DN! pasni kita bleh la bergabung wat travelog..hehehehe ;)
ReplyDeleteyelah. kalau ikut agensi pelancongan yg berbeza agama dgn kita..memang akan lain sikit jalan-jalannya.
ReplyDeletetapi..memang nampak sungguh segar semua hidupan laut itu
Itu bukan spider crap ke?
ReplyDeletewaah wahhh... encik ketam di rebus camtu..
ReplyDelete@cha itu lh kan.. mesti menyelerakan walaupun xde sambal. hehe.. :p
ReplyDelete@hazman aka species1980 maybe.. tp itu lh. xlalu nk makan bila tgk cara masak camtu
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik yeay! jom3! ^_^
ReplyDelete@Ladfe Amir tahu xpe.. tp nk buat camne. layan je lah..
ReplyDelete@Bro Framestone entah lh bro.. DN bukanny makan ketam pun
ReplyDelete@KiD kan.. xlalu nk mkn terus bila tengok..
ReplyDeleteKenapa DN tak makan ketam ek?
ReplyDelete@Bro Framestone nanti tgn DN gatal nk cubit org mcm ketam tu.. ;p
ReplyDeletetak sampai hati melihat haiwan diperlakukan sebegitu
ReplyDelete@positif tahu xpe.. huu..
ReplyDeletebesar betul ketam tu...dimasukkan dalam air panas menggelegak lepas tu terus boleh makan...erk...tak lalu nak makan mcm tu..huhu~
ReplyDelete@Ezad Skytech kan... camnelah diorg boleh makan. huu...
ReplyDelete@deq noor
ReplyDeletegoreng pun sodap huhu
@cha hahaha.... sedap kot... :D
ReplyDelete