Pendakian Musim Sejuk ke Mt. Sorak


Selamat pagi! Eh3? Pagi dah kan. Hehehe... Gambar di atas diambil pada waktu pagi dihadapan pintu utama Kumho Seorak Resort. Ketika ini kami baru lepas bersarapan dan mengambil kesempatan bergambar dulu sementara menunggu untuk menaiki bas. Ambil masa lama sedikit sebelum menaiki bas kerana perlu check-out untuk ke destinasi berikutnya. Suasana pagi di sana sangat segar dan sejuk. DN yang menggunakan winter coat pun masih dapat merasai kesejukannya.


Perjalanan dari Kumho Seorak Resort diteruskan menuju ke Mt. Sorak. Kelihatan pemandangan dari cermin tingkap bas sangat menyejukkan mata. Salji di mana-mana dan sangat cantik pemandangan di sepanjang jalan ke Mt. Sorak. Pasti pemandangan di Mt. Sorak lebih cantik dari ini kan.


Setelah melalui perjalanan kurang 30minit, tibalah DN ke tempat yang ingin ditujui. Bermulalah pendakian DN ke Mt. Sorak. Eh, belum lagi. Ini baru perjalanan di tanah rata. Belum masanya untuk mendaki lagi. Jauh juga perlu berjalan sebelum sampai ke destinasi. Huuu...


Sempat lagi singgah di Shinheungsa Temple ini. Adesss... Layankan sahaja mereka-mereka yang ingin ke temple ini. DN cari juga maklumat mengenai temple ini tetapi malangnya informasi yang diberikan dalam tulisan Korea. Nak harapkan tourist guide bercerita memang harapan tinggal harapan sahajalah. Diorang ini tahu cakap "I don't know" sahaja bila bertanya. Bagus kan tourist guide DN. Tak dapat DN nak berkongsi dengan semua. Sobsob... 

Tetapi apabila DN jalan keliling temple ini, DN berjumpa dengan plate batu hitam yang dikumpulkan di suatu tempat. Di atas batu ini tertulis berbagai-bagai harapan dan hajat. Hmm... Mungkin di temple ini terkenal dengan tempat untuk membuat hajat kot. Whatever.. Hmm.. Cubalah di dalam itinerary ada lawatan ke masjid. Mesti lagi bermakna kan. Pasti seronok nak cerita dengan semua tetapi malangnya langsung tiada kisah masjid untuk travelog DN kali ini. Huuu...


Selepas mereka dah membuang hajat masing-masing, bermulalah pendakian DN ke Mt. Sorak dengan menaiki cable car. Mendaki lah sangat bila naik cable car kan. Hahaha... Dari cable car boleh dilihat pemandangan hutan yang dipenuhi dengan salji. Fuhhh... Mesti lagi beku kalau perlu mendaki kan.


Ingat naik cable car sampai ke puncak, rupanya tetap perlu mendaki mengikut tangga yang sudah disediakan. Lama juga DN tak mendaki ini. DN bayangkan macam mana DN mendaki ke Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu. Masih mampukah DN untuk mendaki seperti dahulu. Hmm... Tetapi bila tengok mereka yang lebih berusia relax je naik, mesti senang je kan mendaki ke puncak Mt. Sorak ini. DN pun memulakan pendakian dengan bersemangat waja. Sekali-sekala berhenti seketika untuk mengambil gambar.


Selepas pendakian kurang dari 1 jam, DN berjaya tiba di batuan rata puncak Mt. Sorak. Berpeluh juga mendaki Mt. Sorak ini walaupun cuaca sejuk. Fuhhh... Kami bersantai-santai dan merehatkan diri sambil menikmati indahnya ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Subhanallah.... Inilah salah satu sebab kenapa DN suka mendaki gunung. Bila berada di puncak, pasti mengingatkan DN betapa kerdilnya DN di dunia ini. Betapa Allah Maha berkuasa menjadikan segala sesuatu mengikut kehendak-Nya. Betapa DN bertuah dapat melihat sendiri ciptaan-Nya yang Maha Agung.


Lama juga DN berada di atas Mt. Sorak ini. Niat dihati hendak meneruskan pendakian sehingga ke bendera Korea yang terletak di puncak gunung ini. Tetapi bila melihat terlalu ramai orang di atas sana, DN lupakan niat DN itu. Seronok juga dapat bermain salji di atas ini walaupun sedikit sahaja yang tinggal. Maklum lah, sudah di penghujung musim sejuk kan.

Selepas 1 jam berada di sini, kami semua diminta turun ke bawah untuk mendapatkan semula cable car dan membawa kami semua pulang ke tempat asal. Kenangan melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah masih tersimpan di ingatan. Melihat gambar dan merasai sendiri pengalaman di sini adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Jika berpeluang ke Korea, jangan lupa untuk ke sini.

Ok lah. Masa untuk melelapkan mata. Hari ini merupakan hari yang panjang kerana perlu menghadiri meeting pagi dan petang, kemudian event pula di waktu malam. Rehat secukupnya diperlukan untuk menghadapi hari ini. Jumpa lagi di cerita seterusnya... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

19 Blue Komen:

  1. wah..mmg cantik.

    tapi gunung tu gondol dan gersang erk.

    berapa ketinggian gunung ni DN?

    ReplyDelete
  2. alahai mcm pegi bali pulak banyak pg temple kan huhu. kalau pg masjid lg elok dh tentula kita org islam kn nk tgk islam kt sane camne

    tapi lawaaaaaa sgt pemandangan :D

    ReplyDelete
  3. bila dapat tengok bentuk mukabumi begini pasti rasa best je kan masa tue

    ReplyDelete
  4. @Ladfe Amir sebab tgh musim sejuk jd pokok semua nampak suram je. tunggu lh musim lain, pasti nampak hijau je tempat ini. xsilap DN ketinggian 850m dari paras laut

    ReplyDelete
  5. @cha yg organize ni cina so dlm itinerary pegi temple lh. huu..

    cantik kan! datang lh ke sini nanti... ^_^

    ReplyDelete
  6. @Nuriesya Nadia mmg best.. plan lh honeymoon ke korea... ;)

    ReplyDelete
  7. @hazman aka species1980 itu lh.. tenang je rasa & rasa nk menangis pun ada sedap terlalu cantik... :)

    ReplyDelete
  8. syok nye panjat gunung kat sana
    mesti best kan sebab mendaki pun dalam keadaan sejuk

    owh, DN pernah panjat kinabalu rupenye
    cayalah

    ReplyDelete
  9. @penaberkala mmg best.. xsangka boleh panjat gunung lg.. lama xpegi mendaki sejak busy kerja ni

    ReplyDelete
  10. wow wow wowwwwwww :O

    tahniah DN.. satu pengalaman beharga :)

    ReplyDelete
  11. @deq noor
    oh patutla dh cina yg organize huhu

    ReplyDelete
  12. bestnya dapat berjalan sana sini...bukannya selalu dpt mcm ni kan...pemandangan atas Mt Sorak tu mmg tersangat la cantik..:D

    ReplyDelete
  13. @Ezad Skytech mmg sgt cantik. rasa xnak turun je..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^