Pengalaman di Kimchi School Korea

 "Selamat Datang ke Kimchi School"
 
 
Faham ke apa yang ditulis? DN pakai teka je. Hihihi... Mula-mula sampai sini, DN pelik je kenapa kena turun ke basement kedai. Tapi semua orang pergi, DN pun ikut je. Rupa-rupanya kami dibawa ke sebuah bilik yang mempunyai meja putih panjang. Di atas meja panjang ini tersedia pinggan seperti di atas. Oooo.... Nak belajar buat kimchi rupanya. Menarik!

Ajumma berbaju pink sedang menunjukkan cara-cara membuat kimchi untuk kami ikut. Ala... Senang je. Hihihi.. Tapi nak buat bahan-bahan untuk membuat sambal kimchi tu yang... gulp! lama diorang simpan kalau nak sedap. Paling menarik lagi apabila salah satu bahan untuk membuat kimchi adalah CENCALOK!!! CENCALOK? Ok, DN bila di Malaysia tak makan pun cencalok ini tetapi bila sampai Korea, DN makan cencalok sebab ada di dalam kimchi. Huu...
 
 

Lihatlah aksi pro DN membuat kimchi. Hihihi... Sapukan sambal kimchi di setiap helai daun... gulung-gulungkan ia... Siap! Dah siap, simpan kimchi ini untuk beberapa tahun. Mesti sedap sebab bahan yang diperam sudah sebati untuk dimakan. Katanya, lagi lama kita simpan, lagi sedap. Jadi jika sesiapa yang makan kimchi lepas tu rasa sedap, tanya orang itu, "Berapa tahun simpan ni?" Haaa... Mesti diorang cakap lebih sebulan. Wink3!
 

Selesai membuat kimchi, kita cuba pakaian tradisional Korea ye. DN memilih berbaju pink. Kena pula dengan tudung pink yang DN pakai kan. Nampak DN sangat gemuk dengan berpakaian tradisi Korea ini. Sobsob.... Maklum lah, berapa lapis DN pakai baju. Nak pakai pun agak pelik juga pada mulanya. Banyak tali nak diikat-ikat. Mujur ajumma di sini sudi membantu DN mengenakan pakaian tradisi mereka ini. 

Selesai berpakaian tradisional Korea, tangkap gambar, buka baju semula, siap! Kita ke lokasi seterusnya. Ke mana kita? Haaa... Tunggu.... ;-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. pasni leh wat kimchi bg kite rasa :)

    ReplyDelete
  2. Mak ai bertahun simpan kimchi tu? Fuh sedap ke tak?

    Alolo comel je pakai baju tradisional dorg haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum deqnoor...bpleh x siarkn resepi buat kimchi tu nampak mcm sedap jer...

    ReplyDelete
  4. lepas nie dah boleh layan makan restoran DUBU DUBU kan...hahahaha

    ReplyDelete
  5. @...Nadz Fisol... alamak! sebenarnya... DN xboleh makan udang & cencalok itu udang kan. Huuu.... xnak lh buat utk korang sbb DN xboleh makan sbnrnye... :p

    ReplyDelete
  6. @Ladfe Amir amboi! sempat lg sakat org ye... :D

    ReplyDelete
  7. @cha ada yg sedap, ada yg x.. tgk cara buat gak sbnrnya...

    DN rasa xselesa kot pakai baju camni. mereka dh biasa, sbb tu relax je tengok kan..

    ReplyDelete
  8. @Mas Zull resepi kak? err... err... nanti DN cuba fikir2kan ye kak.. sbb ada bahan yg susah utk dpt d m'sia & hanya ada di jeju Island katanya...

    ReplyDelete
  9. @hazman aka species1980 boleh tp kimchi kt Dubu-dubu xberapa sedap... (pengakuan jujur) hee... :p

    ReplyDelete
  10. kembang2 baju tu korang pakai..heheeee

    ReplyDelete
  11. betul lah, nampak gemuk pakai baju tuh
    size xxl ke ape? haha

    ReplyDelete
  12. @Makcik Anak 3 tahu xpe.. mmg kembang semuanya. hahaha.. :p

    ReplyDelete
  13. @penaberkala entah lh.. pakai angkut je & terus pakai. xreti tgk size ni. hee..

    ReplyDelete
  14. layan kan aje baju besar pun, asal ada gambar kenang-kenangan
    tu yang penting

    xpernah lagi makan kimchi
    best ke?

    ReplyDelete
  15. @penaberkala ermmm.. kimchi ni mmg totally sayur jadi siapa yg xmakan sayur xsuka kot... lepas tu rasanya masam2 pedas.. adehh.. susah gak nk describe rasanya camne.. kena rasa sendiri baru tahu

    ReplyDelete
  16. kimchi ni kalau diperap lebih lama lagi sedap...apa entah rasanya ye sbb tak pernah makan..hee~

    ReplyDelete
  17. @Ezad Skytechbetul tu.. hanbok namanya.. kimchi ni bukan favorite DN. hee...

    ReplyDelete
  18. ni di mana ye dik? boleh bg location x? tq

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^