Pengalaman Pertama Rawatan di Beverly Wilshire Medical Centre Tropicana City Mall


Tarikh di atas adalah pembukaan Beverly Wilshire Medical Centre cawangan Tropicana City Mall dan rawatan pertama DN di sana. Esok merupakan rawatan kedua DN di Beverly Wilshire Medical Centre. Tak sabar nak ke sana. 2 minggu menanti temujanji kedua ini memang penantian yang sungguh panjang rasanya. Nak tahu bagaimana rawatan pertama DN di sini? Jom DN kongsikan dengan semua.


Inilah Beverly Wilshire Medical Centre di Tropicana City Mall. Lokasi di mana letaknya Pusat Perubatan Estetika dan Kosmetik ini boleh rujuk disini. Dimulakan dengan menjamu selera. Coffee Starbucks ye. Memang favorite DN tu.. Hehe...


Sempat lagi tangkap gambar Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng yang juga mendapatkan rawatan di Beverly Wilshire Medical Centre bagi uneven top lips beliau. Sekarang bibir beliau sangat cantik dan menggoda.

Sesi pertama dimulakan dengan taklimat mengenai 'What is beauty?' oleh Dr. Teh Jia Li, Aesthetic Physician Beverly Wilshire Medical Centre. Kesimpulan dari taklimat ini adalah, untuk mengekalkan kecantikan diri, perkara-perkara berikut perlu dititikberatkan iaitu:-
  1. Pengambilan makanan yang sihat
  2. Bersenam 
  3. Tidur secukupnya
  4. Kurangkan tekanan diri
  5. Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari 
  6. Tidak merokok
  7. Tidak minum alkohol
Seterusnya sesi diteruskan dengan perbincangan antara Dr. Teh Jia Li, Carey Ng, DN dan beberapa bloggers yang hadir. Perbincangan hangat ini menjurus kepada pandangan kami mengenai kecantikan dan sejauh mana kebenaran kecantikan dapat memberikan keyakinan diri. Memang sesi ini sangat menarik dan perkongsian sebegini harus diteruskan di masa akan datang.


Selesai sesi perbincangan beramai-ramai, kini sesi konsultansi secara individu pula. DN berpeluang untuk mendapat konsultansi dari Dr. Teh Jia Li sendiri. Doktor yang cantik, peramah dan bersedia membantu apa sahaja soalan yang ditanya oleh DN. Lama juga DN bersama beliau dan beberapa produk telah dicadangkan kepada DN. Selesai sesi konsultansi, seterusnya sesi rawatan pula.
 

Dimulakan dengan membersihkan muka DN dahulu. Kemudian pergi ke mesin scanner muka seperti di atas dan gambar muka DN diambil sebanyak 3 kali untuk mengkaji tekstur dan permasalahan di muka DN. Setelah mengetahui apakah kekurangan dan rawatan yang perlu DN jalani serta beberapa dokumen yang perlu ditandatangani, bermulalah rawatan DN.


Sejenis krim untuk menjadikan muka DN kebas telah disapukan di seluruh muka DN. Katanya ia perlu kerana rawatan yang DN akan jalani akan menyebabkan muka DN panas dan seperti terbakar. Selepas krim ini disapukan, DN perlu menanti selama 30minit sebelum rawatan dimulakan. Sempat lagi bergambar dengan Dr. Teh Jia Li sebelum beliau memulakan rawatan. Rawatan yang dilakukan ke atas DN dinamakan sebagai Clear + Brilliant. 
 
Clear + Brilliant merupakan satu rawatan laser yang lembut pada kulit muka bertujuan untuk memperbaiki sinar semula jadi  kulit dan dapat mengatasi tanda-tanda penuaan. Penggunaan Intelligent Optical Tracking™ System dipatenkan (IOTS™) bagi memastikan satu aplikasi seragam kepada semua rawatan di kawasan yang terlibat. Tambahan pula dengan sesi kurang daripada 30 minit ini, dengan cepat dapat menyegarkan tona dan tekstur kulit serta mengurangkan pori-pori dan memulihkan kelicinan muka.

Rawatan Clear + Brilliant ini sesuai untuk mdreka yang mengalami masalah berikut :-

Kulit Yang Pudar
Tanda Penuaan / Pigmentation / Tompok-tompok Usia
Kedut-kedut / Garis-garis Halus
Pori-pori / Tekstur Kulit dan Tona Tidak sekata


Selesai sesi rawatan, memang muka DN terasa panas tetapi disebabkan aloe vera gel disapu pada muka DN, kurang sikit rasa panas tersebut. Kami mengambil gambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Beverly Wilshire Medical Centre ini. DN perlu menunggu 2 minggu untuk meneruskan rawatan berikutnya.

Oleh itu, esok merupakan rawatan kedua DN. Apakah rawatan yang akan dilakukan esok? Nantikan cerita selanjutnya. Terima kasih Beverly Wilshire Medical Centre kerana menjadikan diri ini begitu bermakna... ;-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. seksa jgk kan nak jadi cantik ni.

    habislah. mesti ramai peminat setia DN macam ni.

    ReplyDelete
  2. wah melets DN...nanti lepas rawatan kedua share jugak ek... ^_^ best dapat memanjakan diri begini...

    ReplyDelete
  3. tu dia DN,dah jadi duta produk kecantikan

    abislah Kak Ton, tak leh cari makan jap lagi,haha

    ReplyDelete
  4. @Ladfe Amir xperlu lh ramai peminat.. cukup lh ramai yg sudi membaca coretan DN di sini.. :)

    ReplyDelete
  5. @Farah Waheda Wahid rezeki nk buat rawatan camni... insyaAllah akan dikongsi juga pengalaman kedua nanti.. :)

    ReplyDelete
  6. @penaberkala Kak Ton jangan marah ok.. Hahaha.. :p

    ReplyDelete
  7. nak buat tapi takut huhu. takut muka dr ok jd tak ok plak T_T

    ReplyDelete
  8. @penaberkala : haha...popular betul kak ton skrg ni...haha~

    ReplyDelete
  9. @cha ada doktor yg monitor perkembangan kulit kita.. hmm.. Kulit DN pun sensitif gak..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^