Penghujung Musim Sejuk di Nami Island

Seperti dijanjikan DN akan menyambung kisah travelog DN ke Korea. Hari pertama sampai sahaja DN sudah dibawa ke sini. Memang tidur di dalam bas ye. Hihihi...


Perjalanan yang jauh sekitar hampir 2 jam menaiki bas membawa kami ke sebuah tempat. Tempat di mana perlu beratur, menunggu dan menaiki feri untuk ke tempat ini. Dengan cuaca yang panas tetapi sejuk serta berangin menyebabkan kami hanya seketika sahaja mengambil angin di atas feri. Selebihnya, kami berada di dalam feri menikmati pemandangan dari dalam. Kelihatan saki-baki salji menunjukkan bahawa musim sejuk bakal menutup tirainya. Kurang dari 30 minit menaiki feri, kami tiba di tempat yang ingin dituju.

 

Selamat datang ke Namirata Republic atau dikenali sebagai Nami Island. Pulau Nami terletak di 63 km sepanjang utara Sungai Han. Jika dilihat dari peta, pulau ini seolah-olah menyerupai sehelai daun yang terapung di atas tasik Cheongpyeon. Pulau dengan keluasan 400,000m2 dan lilitan 6km ini terbentuk daripada kerikil dan pasir. Oleh itu, tiada gunung di Pulau Nami. Apa yang ada hanyalah pokok-pokok tinggi mencakar langit, bersama dengan rumput besar dihiasi taman-taman di mana rusa, burung unta, arnab, tupai, itik dan pelbagai jenis burung tinggal bersama.


Pulau Nami dinamakan bersempena Jeneral Nami (1441 - 1468), satu nama dari sejarah Korea yang gagah berani tetapi mati di medan perang pada usia 27 tahun. General Nami berketurunan Raja di mana ibunya merupakan anak keempat Raja Taejong (1400 - 1418) manakala bapanya pula salah seorang ahli puak Nam daripada Ui-ryeong.Pada tahun 1965, ribuan pokok telah ditanam oleh Mr Pyong-do Min. Pokok-pokok di belakang kami ini ditanam oleh beliau dengan gigihnya. Wahhh! Kagum sungguh. 


Apa yang menjadi tarikan di sini adalah Pulau Nami merupakan tempat di mana penggambaran drama korea Winter Sonata diadakan. Tempat ini telah menjadi tempat tumpuan pelancong selepas drama ini mendapat sambutan hangat. Di mana-mana lokasi asal penggambaran pasti ada sculptur dan gambar dari drama Winter Sonata ini. Mereka yang mengikuti drama ini pasti dapat mengimbau kembali kisah percintaan mereka di sini. Memang tempat yang romantik untuk bercengkerama. Cuma DN datang ke sini penghujung musim sejuk jadi pokok-pokok suram sahaja kan. Jika musim bunga pasti tempat ini sangat cantik untuk dikunjungi.

 

Setelah penat berjalan, tidak jauh dari lokasi penggambaran Winter Sonata terdapat satu unggun api untuk memanaskan badan. Selesa sangat semasa berada di sini kerana cuaca ketika DN di sini sangat sejuk. Kelihatan seorang warga Korea sedang membakar ikan kering dan ubi di unggun api ini. Kami diberi satu ubi bakar olehnya. Isi ubi ini berwarna kuning keemasan dan lembut serta manis rasanya. Memang sedap.


Kami juga menikmati makan malam di sini. Di sini terdapat restoran makanan halal dan juga ruang solat di tingkat atas. Bagus bukan. Tidak semua tempat disediakan tempat untuk solat tetapi di Pulau Nami tersedia kemudahan ini. Nama kedai ini adalah Nami Island Winter Sonata Drama Cafe. Panjang sungguh namanya kan dan apabila duduk sahaja di kedai ini, kami diberi sarung tangan dan bekas aluminium seperti gambar di atas.

Rupanya sebelum makan ada kerja tambahan yang perlu dilakukan iaitu perlu goncangkan bekas aluminium tersebut. Bekas tersebut sangat panas jadi sarung tangan getah diberikan untuk kami menggoncang bekas tersebut. Selepas goncang beberapa minit dan didapati sebati antara nasi, kimchi dan telur seperti gambar bawah kiri di atas, baru kami dibenarkan makan. Hmmm... Apa di dalam fikiran anda? Taknak fikir panjang. Lapar tu selepas melalui perjalanan yang jauh jadi makan sahaja lah kan. Hihihi... Sup juga disediakan untuk dimakan dengan nasi tersebut.

Selepas makan malam, kami berjalan kaki meninggalkan lokasi penggambaran Winter Sonata menuju ke tempat menunggu feri. Agak jauh juga untuk berjalan pulang tetapi gagahkan juga kaki ini untuk melangkah. Selepas menunggu feri untuk kembali ke tempat bas menunggu, kami meneruskan destinasi ke hotel penginapan. Di manakah kami menginap? DN sambung kemudian ye. Stay tuned! :-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

28 Blue Komen:

  1. saya suka tgk gambar awak dengan saya!

    ReplyDelete
  2. wah kat sane pun pandai jugak diorang makan ikan kering dengan ubi ye walau ubi kentang hihi. cantiknyaaa. tak jemu mata tengok pokok-pokok pemandangan semua

    ReplyDelete
  3. vah vah vah... dah gebu cam orang korea dah kulit DN gi sana...heee...

    ReplyDelete
  4. woooowww... deqnor pon ala2 pelakon winter sonata gitu :)

    ReplyDelete
  5. uish, nak makan pun kena goncang-goncang dulu
    telan je lah kan, adat berada tempat orang
    bila lg nak rasa


    cantik betul nami island nih
    teringat cerita winter sonata

    ReplyDelete
  6. wah siap ada ruang solat lg ek. bgus gak management kt sini..mesti slh satu sbb, rmai muslim yang dtg ke nami island ni kan..

    ReplyDelete
  7. rasanya....pernah dengar ade minuman dalam tin yang panas bila digoncang...rupa-rupanya ada jugak dalam bentuk makanan yea....nice

    ReplyDelete
  8. @cha suka mkn ubi kt sini. manis sgt. berbeza rasanya dgn di Malaysia...

    mmg cantik. tapi kalau dpt pergi musim bunga lagi cantik..

    ReplyDelete
  9. @Dkna Abza konon2 je tu dkna... berangan je lebih. hee...

    ReplyDelete
  10. @penaberkala tahu xpe.. layankan aje. hehe...

    pergi lh ke nami island ni nanti. mmg cantik.. :)

    ReplyDelete
  11. @JMR betul tu... mmg kemudahan surau yg disediakan mungkin disebabkan ramai pelancong dtg ke sini

    ReplyDelete
  12. oh.rupanya nama pulau ni diambil sempena nama Jeneral muda yang terkorban.

    mesti hensem kan jeneral tu. kalau takde namanya takdenya kat pulau tu.

    ReplyDelete
  13. korea~ rasa nak honeymoon la kat sana ble dah kawin..huhuhui :P

    ReplyDelete
  14. unik makanan orang korea ni. ada jumpa PSY ke....heeee

    ReplyDelete
  15. Wah bestnyer.. Teringat balik cite Winter Sonata tu.. Ubi dia nmpak macam best.. :)

    ReplyDelete
  16. @Ladfe Amir mungkin juga.. xjumpa plak camne rupa jeneral nami ni.. yg ada byk gambar winter sonata je..

    ReplyDelete
  17. @Denaihati PSY? xde pun... org sana lebih excited dgn runningman dr PSY...

    ReplyDelete
  18. @Cik Nurul Siezuka DN dh xingat cite Winter Sonata camne. hehe..

    mmg sedap ubi tu... rasa nk mkn lg je..

    ReplyDelete
  19. nampak gaya macam tu lah, memang kena pergi nih
    kalau ada gang ajak, konpem pergi punye

    ReplyDelete
  20. @penaberkala apa lagi? cari geng lepas tu pergi sendiri.. xyah pakai ejen. mesti lg best.. :)

    ReplyDelete
  21. kak YY kata pun, pergi sendiri lagi jimat compare to guna agent...
    yeah, masa untuk plan
    In sha Allah, ada rezeki sampai lah ke sana

    ReplyDelete
  22. @penaberkala mmg lg jimat dr guna agent & boleh plan sendiri nk ke mana2.. Selamat sampai ke Korea! ^_^

    ReplyDelete
  23. mmg unik betul nama kedai tu ye DN...tak susah ye nak cari makan kat korea ni DN...

    ReplyDelete
  24. @Ezad Skytech susah sebenarnya tp bukan takde langsung tempat makan halal.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^