Hari ini birthday satu-satunya adik perempuan DN yang ke 12 tahun. Happy Birthday adik! Semoga menjadi anak yang baik, diberkati usia dan dimurahkan rezeki yang halal. Perancangan awal ingin membawa adik dan keluarga makan malam bersama-sama hari ini tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Sesuatu yang lebih besar telah terjadi dan sesungguhnya Allah telah merancang segalanya.
Embah DN pada usia 107 tahun telah kembali ke rahmatullah petang tadi semasa dalam perjalanan dari Madinah ke Jeddah. Bonda menghubungi DN jauh dari sana untuk memaklumkan perkara ini. Kini bas yang mereka naiki untuk menuju ke Jeddah rosak. Bonda memaklumkan bahawa sedang menunggu bas ganti untuk kembali ke Madinah dan embah akan dikebumikan di Madinah.
Perginya seorang musafir yang dirindui kepulangannya. Syukur
alhamdulillah embah kembali bertemu pencipta setelah selesai mengerjakan
umrah. Walaupun terbit perasaan sedih di hati ini kerana kepulangan
mereka sangat-sangat dinanti, tetapi kita yang masih hidup perlu tabah
dan redha dengan segala ketentuan Ilahi.
Sayu hati ini mengenangkan bonda sendirian menguruskan jenazah embah di sana. Semoga bonda kuat dan tabah mengharungi dugaan ini. Kami di sini akan usahakan untuk ayahanda ke sana memandangkan bonda yang sepatutnya pulang esok perlu berada di sana untuk beberapa hari lagi.
Tahlil di masjid untuk malam ini sudah diuruskan. Saudara-mara terdekat juga sudah dimaklumkan. Apa yang DN sebak apabila membaca mesej bonda yang rindukan kami dan tangisan kebuntuan bonda di sana. Kami di sini hanya mampu memberikan kata-kata semangat dan doa semoga segala urusan pengebumian dan kesihatan bonda di sana baik-baik sahaja. Seterusnya bonda kembali ke sini dengan selamat. Kami sangat-sangat rindukan bonda.
Gambar terakhir kami bersama embah Raya Idulfitri 2012 |
Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Al-fatihah untuk arwah embah...
Update : Pukul 3 pagi bonda beritahu embah dikebumikan di Mekah. Kami semua sayang embah. Ada rezeki DN akan ziarah embah di sana...
Update : Pukul 3 pagi bonda beritahu embah dikebumikan di Mekah. Kami semua sayang embah. Ada rezeki DN akan ziarah embah di sana...
Salam takziah buat DN dan keluarga...
ReplyDeleteP.S - Ezad pun baru kehilangan nenek hari Sabtu baru2 ni...
Al-Fatihah.. Sabar yer DN.. Kuatkan semangat.. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar di sana..
ReplyDeletetakziah deqnoor. moga bonda, deqnoor & keluarga terus tabah..
ReplyDeleteTakziah DN...
ReplyDeletesalam takziah DN..kembali kepada Allah ditempat suci..
ReplyDeletesalam takziah dari saya utk Cik DN. semoga Embah dimuliakan dan ditempatkan bersama golongan yg berjaya di akhirat nanti. in shaa Allah . aaminn
ReplyDeletetakziah untuk deqnoor dan keluarga
ReplyDeletealfatihah untuk arwah
salam takziah..
ReplyDelete@Ezad Skytech thanks ezad... salam takziah utk ezad juga..
ReplyDelete@Cik Nurul Siezuka alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar.. :)
ReplyDelete@ciklaili.com thanks akak. alhamdulillah kami redha dgn pemergiannya...
ReplyDelete@syahirooAhmad thanks.. :)
ReplyDelete@hazwan hairy thanks.. :)
ReplyDelete@Ladfe Amir amin.. terima kasih.. :)
ReplyDelete@penaberkala thanks.. al-fatihah...
ReplyDelete@Muhammad Saiazuan Norhalik thanks zuan..
ReplyDeleteCik DN ..tak mau sedih2 ye. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang diampunkan Allah. in shaa Allah. aamiin
ReplyDeleteAl-fatihah to DN and the rest of the family ... redha kan pemergiannya.. doakan semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman .. Amin.
ReplyDelete