Seaworld + Wax Museum di 63 City Building

Hmm.. Rasanya ini adalah entry terakhir travelog DN ke Korea. DN tak tahu nak cerita apa lagi di sini. Tengok lah kalau ada sesuatu yang menarik untuk DN kongsikan di sini. Cerita DN akan berakhir di 63 City Building. Apa yang ada di 63 City Building ini?


Kalau dilihat di dalam guide map yang ditunjukkan, terdapat Seaworld, Food Court, Wax Museum, Art Hall dan Buffet Pavilion. Semasa di sini, DN hanya dibawa melihat Seaworld dan Wax Museum sahaja. Jom ikut DN ke Seaworld dahulu...


Peguin ini nampak statik sahaja. Mula-mula ingatkan patung. Rupa-puranya memang hidup. Pandai berlakon ye.


Berjalan-jalan di atas cermin dengan dibawah dikelilingi dengan hidupan laut. Memang mengujakan. Nampak ketam tu? Sama kan macam ketam yang DN jumpa di Daepohang Seafood Market.


Perjalanan diteruskan dan dikiri kanan DN dipenuhi dengan hidupan laut yang unik dan berwarna-warni. Cantik dan menenangkan sahaja melihat keindahan hidupan laut ini.


Bukan sahaja hidupan laut, di sini juga dapat dilihat pelbagai jenis burung dan haiwan-haiwan lain. Tapi haiwan hutan seperti singa atau harimau tiada lah disini ye.


Selepas melihat-lihat hidupan laut ini, kami disajikan dengan persembahan oleh singa laut. Comel sahaja tengok mereka bermain bersama. Pandai sungguh bila hendak meminta makanan dari orang berbaju biru itu.


Selesai di Seaworld, kami dibawa ke Wax Museum pula.


Di dalam Wax Museum ini terdapat patung tokoh dan artis terkenal seperti Benjamin Franklin, Madame Tussaud, Leornado De Caprio, Micheal Jackson dan ramai lagi.


Terdapat juga pelbagai karakter seperti Jacky Chan, Spiderman dan lain-lain disini. Yang menjadi persoalan DN adalah... DN berada di Korea tetapi kenapa tiada artis-artis Korea disini? Kenapa mesti mereka yang tiada kaitan dengan kebangkitan drama atau cerita Korea berada di Wax Museum ini? Bukankah drama Korea sangat diminati oleh pelbagai pelusuk negara, jadi pasti Wax Museum akan menjadi tarikan jika patung pelakon-pelakon Korea berada di sini.

Hmm... Mesti mereka ada sebab tersendiri kan. Tidak kisah lah. Huu... Next? Ada lagi ke cerita travelog Korea dari DN? Nanti DN cuba godek apa yang ada untuk DN ceritakan lagi. Jumpa lagi! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

20 Blue Komen:

  1. Perghhh..bestnya...Cuti2 oversea...

    ReplyDelete
  2. harap-harap lepas ni ada gang Running Man dalam tuh
    tak pun, SNSD, wondergirl, wakakaka

    ReplyDelete
  3. adalah nampak sikit gaya DN utk jadi Spider Women. nanti beli baju spider women lak.

    tapi macam best gak dapat pegi melawat tempat2 macam tu walaupun tak masuk dalam jiwa

    ReplyDelete
  4. haha...tahu takpe...mula2 ezad pun ingat penguin tu wax...betul rupanya...:D

    ReplyDelete
  5. siang2 best la masuk Wax Museum ni...kalau malam2 agak menyeramkan..hee..tapi dia open sampai malam ke...hee~

    ReplyDelete
  6. @eyriqazz alhamdulillah.. diberi peluang utk melihat negara org.. :)

    ReplyDelete
  7. @penaberkala itulah.. ingat adelah watak2 korea dlm museum ni. rupanya xde. kecewa.. :(

    ReplyDelete
  8. @Ladfe Amir mmg best dapat melihat apa yg ada di negara org walau xkena dgn jiwa.. :)

    ReplyDelete
  9. @Ezad Skytech open sampai malam ezad... betul gak tu. DN xterpikir plak masuk sini malam2. hehe..

    ReplyDelete
  10. suka tengok ikan berenang depan mata....tenang je rasanya....

    ReplyDelete
  11. wahhh syokknyer gi Korea....Nory baru berangan2 je, taktaw bila taun nak sampai sana..hehehe...

    ReplyDelete
  12. Ingatkan orang korea je yang reti berlakon, rupanya haiwan disana juga sama..

    eh... had bahu je ek he..23x

    ReplyDelete
  13. @hazman aka species1980 mmg best.. tp kalau dpt pegang mesti lg best kan.. :)

    ReplyDelete
  14. @Nory Zoulkefle insyaAllah... Ada peluang sampai lah nory ke sana.. :)

    ReplyDelete
  15. @Bro Framestone itu lh.. tertipu gak DN mula2 tu...

    apa boleh buat.. DN kan comel. Hehe.. :p

    ReplyDelete
  16. comelnya pingu tu haha. eh tu ketam eh? dh mcm katak dh :O

    wah wax museum bestnyaa

    ReplyDelete
  17. @cha gemuk kan ketam tu... hee..

    biasa je wax museum kt sini... :(

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^