Blogger Coffee Talk 3.0 - "Komuniti Riadah Untuk Blogger"

 Blogger Coffee Talk 3.0 telah berjaya diadakan pada 1 Mei 2013 bertempat di Wangsa Walk Mall. Bermula jam 11 pagi, para blogger berkumpul di Wangsa Bowl, Wangsa Walk untuk memulakan aktiviti pertama dengan bermain bowling bersama blogger . Blogger Coffee Talk 3.0 ini dikendalikan oleh saudari Yana Yassin.


Para blogger yang telah menjayakan "Komuniti Riadah Untuk Blogger" ini adalah seperti berikut :-

 
Kredit gambar Mohamad Izwan

Bowling bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir sekitar jam 3.00 petang dengan menyaksikan 13 blogger beraksi merebut hadiah yang ditawarkan. Mereka bermain tanpa mengetahui bahawa terdapat hadiah yang disediakan untuk semua ditaja oleh Kozumi Ro, Yana Yassin dan Deq Noor. Berikut adalah keputusan bowling selepas selesai 2 perlawanan.

1. Pak Lan - 289 mata
 2. Pena Berkala - 252 mata
 3. Melastik Bintang - 244 mata
4. Kozumi Ro - 225 mata
5. Yana Yassin - 216 mata
6. Ziera Zain - 211 mata
7. Deq Noor - 208 mata
8. Syukri Tahir - 193 mata
 9. Big (Hubby Cik Lily) - 165 mata
10. Muhammad Izwan - 159 mata
11. Eazy Izzuddin - 148 mata
 12. Nisa Kay - 117 mata
13. Cik Lily Putih - 99 mata


Hadiah disediakan untuk semua yang bertanding. Walaupun begitu, mata tertinggi lelaki dan perempuan membawa pulang hadiah berupa kasut dan wang tunai RM50. Tahniah buat Pak Lan dan Yana Yassin kerana berjaya mengumpul mata tertinggi bagi aktiviti Bowling kali ini.


Semua yang terlibat di dalam aktiviti bowling ini bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan. Selepas aktiviti bowling, para blogger makan tengah hari / petang bersama-sama di The Last Corner Wangsa Maju. Selesai menjamu selera, aktiviti diteruskan dengan berkaraoke di Superstar Wangsa Walk selama 2 jam. Kebanyakan blogger yang hadir meminta diri untuk pulang dan hanya segelintir blogger sahaja yang terlibat dengan aktiviti karaoke ini.


Mereka yang menyumbangkan suara adalah Yana YassinMelastik Bintang & family, Pak Lan, Syukri Tahir, Deq Noor, Bro Framestone, Nurse Iera dan Nadira Kushari. Aktiviti berakhir jam 7.30 malam. Alhamdulillah, aktiviti Blogger Coffee Talk 3.0 ini berjaya mencapat matlamatnya.

Walaupun aktiviti sudah berakhir, beberapa orang dari kami berkumpul untuk mengadakan sedikit post moterm bagi pembaikan dan kelancaran Blogger Coffee Talk akan datang. Dicadangkan supaya Ice Breaking diadakan setiap kali berkumpul sebelum memulakan sebarang aktiviti untuk sesi suai kenal antara blogger. 

Berikut adalah laporan dari DN. Jika ada sebarang cadangan aktiviti, boleh kemukakan di FB Group : Blogger Coffee Talk. Para blogger yang berminat untuk mengikuti aktiviti sebegini, sangat dialu-alukan dan jangan segan silu untuk join kami di FB Group : Blogger Coffee Talk. Pihak admin amat berbesar hati menerima kehadiran anda semua.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. wah best nya.. macam mana nak join ek....

    ReplyDelete
  2. Seronokkkk, dapat lepak , borak dan berkumpul. Bukan senang kan. :)

    ReplyDelete
  3. Sayangnya tak dapat join sebab kerja...tapi kalau bab ice breaking nak kenalan ngan DN la in person....hik3x

    ReplyDelete
  4. bestlah dapat main bowling. tapi apasal tak score? tak balik kuat2 yer?

    ReplyDelete
  5. da masuk blogger coffee talk 3.0 pun ezad masih tak dpt join jgk...kebetulan hari tu mmg ada plan lain...

    P.S - Pak Lan terer tu main bowling...takde chance nak menang kalau lawan ni..huhu~

    ReplyDelete
  6. kalo dkna main, confirm paklan dan yana kalah dengan mudah..hahaha/.. * lariikkk

    ReplyDelete
  7. Amboooiii , bestnyaa. Nak joinnn !!
    Btw DN , nnt bukak link kita yg ni http://nadiaradzif.blogspot.com/2013/05/liebster-award.html , kite ade nominate DN untuk Liebster Award. Jawab jangan tak jawab. Mekasihhhh. ^_^v

    ReplyDelete
  8. @Melastik Bintang nk join click ke Group FB kt atas tu.. Nanti admin MB akan approve.. :p

    ReplyDelete
  9. @YaNa Yassin itu lh.. bila lg next event kan...

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone SU kena silih berganti kot.. baru penulisan lebih pelbagai.. :)

    ReplyDelete
  11. @Ladfe Amir DN xreti main bowling.. sebab tu xboleh nk score.. :p

    ReplyDelete
  12. @Ezad Skytech xpe.. ada rezeki boleh join lg lain kali.. paklan mmg hebat. kena practice dulu kalau nk lawan dia...

    ReplyDelete
  13. @Dkna Abza hahaha... kena cari pesaing utk lawan diorg tu. dkna practice ye...

    ReplyDelete
  14. @Nuriesya Nadia erk? ok2.. nanti DN tengok link tu. thanks :)

    ReplyDelete
  15. pengalaman yang sangat seru dan mengasyikkan sekali,,kapan ya bisa ikutan!!!

    ReplyDelete
  16. @luthfi bisa ikutan bila kamu di Malaysia... ^_^

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^