Filem Review : Lari

 

"Lari" merupakan filem terbaru Excellent Pictures arahan Ahmad Idham. Filem bergenre aksi lasak ini menampilkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam dunia perfileman / drama. Mereka terdiri daripada Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malik dan penampilan penyanyi Hazama Azmi di layar perak.
 

Filem ini mengisahkan tentang Khaliff (Aaron Aziz), seorang tentera telah kehilangan ayahnya. Ayahnya telah dibunuh dengan kejam manakala adiknya Ina (Erin Malik) hilang. Ini menyebabkan Khaliff berusaha untuk mencari adiknya dan dalam masa yang sama mencari punca sebenar kematian ayahnya.

Khaliff sentiasa berlegar di sekitar bot ayahnya dan di sana beliau bertemu Maya (Dira Abu Zahar). Maya merupakan kekasih hati Khaliff suatu ketika dahulu tetapi telah berkahwin dengan KJ (Erry Putra). Maya menasihati Khaliff supaya meninggalkan kampung tersebut kerana segalanya telah berubah sepanjang ketiadaan Khaliff. Ini sangat menimbulkan syak pada Khaliff dan beliau mengambil keputusan untuk menyiasat aktiviti nelayan di kampungnya.

Kehadiran Khaliff membuatkan KJ serta rakan subahatnya tidak selesa dan berpuas hati. Lebih-lebih lagi apabila mereka telah dipukul dan kegiatan mereka telah diketahui oleh Khaliff. Oleh itu, KJ telah mengarahkan supaya Khaliff dibunuh. Dalam pada Khaliff cuba melepaskan diri daripada orang-orang upahan KJ, Khaliff telah ditemukan dengan Taugeh (Hazama Azmi) yang merupakan seorang pemandu teksi. Taugeh banyak membantu Khaliff dan bercita-cita untuk mengikuti Khaliff walaupun beliau sendiri tidak mengetahui siapakah sebenarnya dan apa yang dilakukan oleh Khaliff.


Benarkah semua yang berlaku ini angkara KJ? Adakah KJ terlibat dengan kehilangan adiknya? Apa yang dilakukan oleh nelayan di kampungnya? Ke manakah Ina dibawa? Dapatkah Khaliff menyelamatkan satu-satunya adik kesayangannya? Bagaimana kesudahan Khaliff dan Maya? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini.

Filem "Lari" akan berada di pawagam 6 Jun 2013 ini. Filem yang harus ditonton jika anda meminati filem aksi. Lebih-lebih lagi aksi yang ditonjolkan oleh Aaron Aziz dan Erry Putra. Memang berbaloi menonton aksi mereka.


Tahniah diucapkan kepada Ahmad Idham kerana berjaya membawa "Lari" ke Festival Filem Cannes. Semoga terus berjaya dan terus menghasilkan filem-filem yang bermutu untuk tontonan kami semua.

Jom ke pawagan 6 Jun 2013 ini!

Kredit gambar : Yana Yassin
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. rasanya ramai orang nak tengok sebab Aaron je kot.... hahahahaha

    ReplyDelete
  2. mesti meletop filem ni sebab ada aaron :P

    ReplyDelete
  3. best ke Lari ni DN..kalau best boleh la nak layan kat pawagam nanti...hee

    ReplyDelete
  4. @hazman aka species1980 aaron memang ramai nak tengok tetapi filem aksi ini memang best... :)

    ReplyDelete
  5. @Dkna Abza peminat aaron mesti pegi tengok nye.. :)

    ReplyDelete
  6. @Ezad Skytech best sebab banyak aksi lawan-lawan... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^