Menikmati Grilled Seafood di Jimbaran Bay, Bali

Siapa pernah ke Bali pasti tahu di Jimbaran Bay terdapat kedai makan seafood yang sangat besar. DN telah dibawa ke Muaya Cafe Area Jimbaran dengan berjalan kaki sahaja. Ini kerana dari The Royal Bali Beach Club, DN hanya perlu berjalan selama 10 minit merentasi Continental Hotel untuk sampai ke sini.


Banyak pilihan kedai makanan seafood di sini. DN telah dibawa ke Ubung Cafe. Memang disini penuh dengan orang ramai tidak kira orang tempatan ataupun antarabangsa. Jom DN tunjukkan dengan semua suasana di sini.




Ramai orang kan! Makan juga hanya diterangi dengan pelita. Sangat unik dan romantik. Pergi dengan pasangan mesti lagi best. Makan berdua diterangi cahaya pelita sambil mengadap pantai dengan mendengar deruan ombak. Perghhh! Puitis tetiba ayat-ayat DN. Hehehe... :p

DN dijamu dengan semua ini untuk makan malam semasa hari pertama sampai ke Bali. Banyak kan! Tak tahu macam mana nak habiskan. Ikan, sotong, udang, sayur... Memang tak sentuh nasi lah DN. Itu pun tetap DN tidak dapat habiskan lauk-lauk ini. 

Makanan di sini memang sedap tetapi DN tidak berapa gemar dengan asap yang memenuhi ruang udara. Sedut ingat nak menghirup udara segar, tetapi asap yang dihidu. Sesak nafas juga DN dibuatnya. Lebih-lebih lagi tiada angin malam walaupun berada di tepi pantai.

Jika kalian ke Bali, boleh cuba seafood di sini. Harga mungkin agak mahal tetapi suasana makan di atas pasir pantai memang pengalaman yang patut dicuba semasa berada di sini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. DN dinner dengan sape tu? sorang ke? kos berapa makan sini? RM300?

    ReplyDelete
  2. Tak makan seafood. Makan ikan je.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum deqnoor....meriahnya suasana kat sana...;)

    ReplyDelete
  4. oh. kalau melancong ni memang kena kuat makan erk?

    ReplyDelete
  5. @cha DN makan dengan Komang... Kos makan kat sini lebih kurang RM160... :)

    ReplyDelete
  6. @Mas Zull memang meriah dengan orang kak... gelap2 pun ada yg nk makan kan. hihihi...

    ReplyDelete
  7. @Ladfe Amir xde lh kena kuat makan... tp dah dihidang + bukan selalu dpt rasa makanan di negara org. jadi byk lah makanan. hehe...

    ReplyDelete
  8. Kalau da melancong ke negara org...kena la try makanan2 mereka ni kan DN...ingatkan bergelap takde bekalan elektrik, rupanya mmg konsep kedai mereka mcm tu ye..hee

    ReplyDelete
  9. sesekali kita nak makan berdua dalam suasana feeling dan romantik memang berbaloi ngan harga yang dibayar....

    ReplyDelete
  10. @Ezad Skytech itu lh... nk jln pun kena hati2.. takut tersadung. gelap...

    ReplyDelete
  11. @hazman aka species1980 mmg syok kalau dpt makan berdua... bila lh DN nak berdua kan. Huh...

    ReplyDelete
  12. USD kan dekat sini.. rugi rugi huhuhu

    ReplyDelete
  13. @Bro Framestone betul tu.. tp masih boleh bayar dgn IDR...

    ReplyDelete
  14. macam syok gak kalau pelita night dinner kat sini.

    ReplyDelete
  15. @JMR betul tu tp angin xkuat kat sini. panas & bahang. huhuhu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^