Movie Review : 99 Kali Rindu


99 Kali Rindu merupakan sebuah filem bercorak Islamik Romantik arahan Azhari Zain. Filem ini merupakan filem ke-76 terbitan MIG. Filem ini menampilkan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sebagai peneraju utama dibantu oleh Afiera Riana, Adey Shafrien, Eddy Rauf, Niezam Zaidi, Siti Aziz dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang Muhammad Fakaruddin Attar (Aeril Zafril) yang telah kehilangan isterinya, Saidatul Nafisa (Shima Anuar) ketika melahirkan anak mereka (meninggal juga). Disebabkan itu, Attar telah mengambil keputusan untuk berhijrah bagi memulakan hidup baru selain mencari ketenangan dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T..

Di dalam kehidupan barunya, Attar telah ditemukan dengan satu keluarga yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat dan Attar telah mengimarakkan masjid di kampung tersebut. Apa yang beliau usahakan telah menarik minat sebuah stesen radio dan disini Attar telah ditemukan dengan seorang DJ radio, Qalbie (Wawa Zainal). Qalbie terpegun dan terpesona dengan segala tingkah dan percakapan Attar sehingga membibitkan perasaan sayang dan rindu di dalam dirinya.

Pada suatu malam, satu kejadian yang tidak diduga telah menimpa Qalbie dan Attar telah menyelamatkannya sehingga menyebabkan Attar terlibat dengan kemalangan. Beliau telah dilanggar kereta yang dipandu oleh Zazlina (Afiera Riana). Abang Zazlina, Miqdad (Adey Syafrien) telah membawa Attar ke rumah mereka kerana merasa bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut. Attar telah dirawat di rumah mereka sehingga sembuh.

Walaubagaimanapun, semakin lama semakin banyak persoalan dan kisah hidupnya terungkai. Ini menyebabkan Attar merasa dirinya sangat lemah. Apakah yang berlaku sebenarnya? Siapakah Miqdad dan Zazlina dalam hidup Attar? Bagaimana hubungan Attar dengan Qalbie? Semuanya akan terjawab dengan menonton filem ini yang sudah berada di pawagam 9 Mei 2013 lalu.


Filem ini adalah kesinambungan dari filem 7 Petala Cinta. Mereka yang telah mengikuti filem sebelum ini, seharusnya mengikuti filem 99 Kali Rindu ini untuk mengetahui selanjutnya bagaimanakah pengakhiran kehidupan Attar. Untuk itu, saksikan trailer di bawah sebelum menerjah di pawagam berhampiran anda.



Terima kasih Bro Framstone untuk gambar dan jemputan ini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. 7 petala cinta belum tgk lg..jadi kena tgk la kan, baru syok kalo nk tgk 99 kali rindu ni..btw, salam kenal, singgah dr blog bro framestone :)

    ReplyDelete
  2. @[sutera kasih] thanks sudi singgah disini... salam perkenalan... sebaiknya tengok 7 petala cinta dahulu, baru faham jalan cerita.. :)

    ReplyDelete
  3. fiza tgk 7 petala dulu, tp yg ni xth la bila boleh tgk..huhuhu nk tgk iron man pun xlepas lg.busy :p

    ReplyDelete
  4. tak sempat nak tgk kat pawagam. kena tunggu wife suruh download lah. tu pun nak tengok atau tak aje.

    buat penuh harddisk

    ReplyDelete
  5. @fizafantagirO xpe.. ada masa boleh tgk filem ini.. :)

    ReplyDelete
  6. @Ladfe Amir ok lh tu... at least tengok gak..

    ReplyDelete
  7. sepertinya sangat menarik,,jadi penasaran

    ReplyDelete
  8. tak sempat nak terjah pawagam pun nak tgk movie ni...

    ReplyDelete
  9. @luthfi menarik jika mahu ditonton... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^