DN telah dipelawa oleh saudara Bro Framestone untuk menonton pratonton filem ini pada 28 Mei lalu. Memang sesuai tajuk ini dengan beliau.
"Bro, nampak motor gua?"
Agak-agak apa bro akan jawab ye?
"Sejak bila lu ada motor?"
Hahaha... DN agak je.. :p
Filem "Bro, nampak motor gua?" ini merupakan filem bergenre aksi komedi.
Filem ini diarahkan oleh Razif Rasyid, pengarah muda yang tidak asing
lagi dengan perwatakan 'happy-go-lucky" selepas kejayaan beliau
mengarahkan filem Aji Noh Motor. Memang sesuai beliau digalaskan
tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini. Antara pelakon yang
menjayakan filem ini adalah Along Cham sebagai peneraju utama dengan
dibantu oleh Along Eyzendy, Mon Ryanti, Fadzil zahari, Shahfiez, CT
Chubby, Khatijah Tan, Maimon Mutalib, Imuda dan Kaza.
Filem ini mengisahkan tentang Epol (Along Cham) telah membeli sebuah
motor baru dengan menggunakan segala duit simpanan yang ada. Selepas
berjaya mendapatkan motor tersebut, beliau menunjukkan motor tersebut
kepada rakan-rakannya di satu tempat. Malang tidak berbau apabila motor
tersebut telah dicuri. Ini menyebabkan Epol berusaha mencari motor
tersebut bersama rakan karibnya, Helmi (Along Eyzendy). Kelebihan yang
ada pada Epol adalah beliau dapat menghidu di manakah motornya berada.
Dalam pada Epol mencari motornya, beliau telah dilanggar oleh Azura (Mon
Ryanti) secara tidak sengaja. Disinilah di mana Epol dan Azura
berkenalan buat kali pertama. Pada suatu hari, Azura yang merupakan
seorang peguam telah diragut yang menyebabkan dokumen penting di dalam
pendrive milik Tan Sri Bakhtiar Karthubi (Mamat Khalid) turut dibawa
lari. Ini menyebabkan Azura perlu mencari pendrive tersebut dengan
bantuan Epol dan Helmi. Tan Sri Bakhtian Karthubi menawarkan RM50,000
kepada mereka jika berjaya mendapatkan pendrive tersebut.
Dapatkah mereka mendapatkan pendrive tersebut? Dapatkah Epol menjejaki
motornya yang hilang? Bagaimanakah keadaan motornya kini? Adakah Epol
dan Azura menjadi semakin rapat? Apa sebenarnya dokumen penting yang ada
di dalam pendrive tersebut? Segalanya akan terjawab dengan menonton
filem ini yang sudah di pawagam pada 30 Mei 2013.
Memang tidak kering gusi ketawa melihat aksi dan gelagat mereka di dalam filem ini. Filem santai dan lebih relax untuk ditonton. DN berikan 4/5 untuk filem ini. Saksikan trailer di bawah untuk mendapatkan mood sebelum menonton di pawagam...
Macam best je nak layan movie ni...Harap2 tak mengecewakan la..:)
ReplyDeleteEntahlah. Pada saya bukan semua cite lawak tu boleh buat saya ketawa. Tgk jalan cite gak.
ReplyDeleteWatak MAMAT KHALID dalam citer nie memang kelakar.....ahhhahhahhaa
ReplyDelete@Ladfe Amir cerita ni mcm xboleh buat awak gelak je...
ReplyDelete@hazman aka species1980 itu lh.. baru tengok muka dia dh gelak kan...
ReplyDeleteMana la bro tahu mana motor DN.. Kereta Dn sampai la nie pun bro xcam sangat.
ReplyDeleteini kan pula nak amik gambar masuk instagram he..23x
@Bro Framestone bro mana nk heran org naik kereta proton je mcm DN... itu belum DN naik motor lg... :p
ReplyDeletecerita macam takde idea..merepek..pengarah cite melayu skrg keje nk mbodohkan org je
ReplyDeleteDen dah tengok cite ni...memang best sampai den nak muntah...naseb bek xtengok kat pawagam...klu x rugi duit den...den xpenah tengok cite sehallo ni bro hubuhuhu
ReplyDelete