Selamat Tiba di Bali, Indonesia


Syukur alhamdulillah... Tiba jua DN ke Bali, Indonesia. Selama ini dengar cerita dari kawan-kawan sahaja. Hasil perancangan dan kerjasama dengan Swiss Garden International Vacation Club, DN dapat menjejakkan kaki di sini.


Sampai sahaja di bandara, pelbagai flyers tersedia untuk kemudahan pengunjung yang mengunjungi Bali. Pelbagai perkhidmatan dan tempat-tempat menarik ada di dalam flyers ini. DN ambil juga untuk rujukan dan makluman walaupun segala aktiviti DN di Bali telah diuruskan oleh pihak Royal Exchange. 


DN jejakkan kaki di Bali sahaja sudah tersedia mobil untuk membawa DN ke hotel. Sebab itu DN tidak risau untuk ke sini sendirian kerana segalanya sudah diuruskan sebelum DN tiba lagi. Sepanjang perjalanan DN ke hotel, pelbagai sculpture ukiran patung kelihatan. Ini kerana kebanyakan penduduk Bali beragama Hindu. Gambar di atas merupakan Patung Satria Gatotkaca.


Selepas sekitar 15 minit perjalanan, DN sampai di hotel penginapan DN. Sampai sahaja, tuala kecil basah dan air teh ais limau disediakan sebelum check-in masuk ke bilik hotel. Perjalanan di dalam kapal terbang selama hampir 3 jam menyebabkan DN agak keletihan dan layanan mesra apabila DN tiba di hotel sangat menyenangkan DN.

Selepas ini DN akan kongsikan bilik penginapan DN yang sangat cantik dan selesa sepanjang DN berada di Bali, Indonesia. Selain itu, beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak Royal Exchange akan DN kongsikan di sini juga. Harap sabar menanti entry2 DN ye.. :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. bestnya ke Bali. eh vacation ni disponsor ke?

    ReplyDelete
  2. besnye dpt gi bali..x sbr nk bca next entri..

    ReplyDelete
  3. Gambar awek dekat atas tue macam berisi je....

    oh lupa. hati berbunga2 kan :)

    ReplyDelete
  4. @cha bukan disponsor tp diarrange oleh mereka.. harap satu hari nanti akan dpt sponsor..

    ReplyDelete
  5. @Syuhada Salleh sabar ye... tgh kesibukan melanda so entry lambat sikit keluar. huuu...

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone hihihi.. mane ade bro... makan banyak je.. :p

    ReplyDelete
  7. sangat menark memang, saya selama 8 tahun tinggal di bali

    ReplyDelete
  8. mana lagi best. bali ke bandung?

    ReplyDelete
  9. berapa lama pergi Bali Deqnoor

    ReplyDelete
  10. bestnya DN selalu travel ke luar negara ni...

    ReplyDelete
  11. ezad setakat ni travel ke luar negara belum pernah lagi la..hee :D

    ReplyDelete
  12. @luthfi owh.. pasti seronok tinggal di bali kan... :)

    ReplyDelete
  13. @Ladfe Amir bali & bandung mempunyai keistimewaan tersendiri.. kedua2nya best.. :)

    ReplyDelete
  14. @Die Zehn xlama pun... lain kali nk pegi seminggu

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech alhamdulillah... rezeki.. mulakan dgn ke negara seberang, singapore dahulu.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^