Yadah Birthday Party at Sasa


Sabtu lepas DN telah dijemput untuk menghadiri Yadah Birthday party. Ia telah diadakan di pintu masuk SASA, Cheras Leisure Mall. DN agak awal tiba di sini, iaitu sebelum pukul 1.30 petang. Kerana mengikut maklumat yang DN terima, event akan bermula jam 1.30 petang. Walaupun hakikatnya, majlis bermula selepas 2.30 petang.

 

Setelah mendaftar diri, DN pun masuk ke ruang pameran atau party? Confuse sekejap. Tidak kisah lah apa yang kalian nak namakan ruang ini. Di dalam ruang ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :-
1. bahagian pameran barangan Yadah 
2. bahagian gambar-gambar Yadah
3. bahagian mencuba Hanbok dengan bayaran RM5 
4. bahagian manicure dengan bayaran RM5 

Hmm... Kenapa perlu ada bayaran ye? DN mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Kerusi tersebut berada di luar ruang pameran. Tiba-tiba MC bercakap apa entah di ruang pameran. Sound system sangat teruk kerana kami yang berada di kerusi tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh beliau.

 

Oleh itu, kami mengambil tempat ke ruang pameran semula. Kononnya hendak mengetahui apa yang dikatakan oleh MC. Baru masuk beberapa minit, tiba-tiba MC beralih tempat ke ruang yang ada banyak-banyak kerusi (tempat DN duduk tadi). Tahu macam ini, DN duduk sahaja kan. Itulah masalahnya jika tiada tentatif program. Tidak diketahui apakah aktiviti yang mereka rancangkan.

Rupanya ada catwalk untuk memperkenalkan produk Yadah. DN pun kembali ke sana tetapi kali ini tiada tempat duduk sudah. Berdiri sahaja di tepi dan mengambil gambar model-model yang sedang menunjukkan produk Yadah tersebut. Selesai aktiviti catwalk, MC kembali semula ke ruang pameran. DN dan yang lain-lain pun ikut MC pergi ke mana. Hahaha...


Rupanya hendak memotong kek. Belum sempat lilin dihidupkan, lagu Happy Birthday sudah dipasang. Lilin belum habis pasang, lagu Happy Birthday sudah habis. Hihihi... 

Kesimpulannya, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan party ini berjalan dengan lancar. Antara cadangan yang boleh DN berikan di sini adalah :-
  1.  Untuk MC, boleh nak baca apa yang ada di dalam phone itu. Tapi buat rehearsal dahulu supaya tidak nampak sangat anda tidak bersedia atau tidak mengetahui tentang produk tersebut.
  2. Pastikan sound system baik dan memenuhi ruang party sebelum acara dijalankan. Tambah speaker di ruang yang digunakan supaya semua pihak yang terlibat mengetahui apa yang dikatakan.
  3.  Sediakan tentatif program. Ini penting supaya mereka yang hadir tidak terpinga-pinga apa yang akan dilakukan seterusnya.
  4. Sediakan wakil atau seseorang di ruang produk Yadah supaya siapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk boleh terus bertanya. 
  5. Prihatin dengan keadaan sekeliling. Pastikan mereka yang terlibat secara langsung untuk setiap aktiviti yang dirancang sudah bersedia di tempat-tempat aktiviti. Tiadalah kes lagu dah habis, lilin belum siap dinyalakan.
Hmm... Cukuplah 5 sahaja DN cadangkan. Cadangkan banyak-banyak sangat nanti kata DN perfectionist pula. Hihihi... Apapun, semoga Yadah terus success dengan produk-produk berkualiti dari Korea.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. bila xde tentatif program, rasa terpinga-pinga mesti teros rasa kurang best kan

    ReplyDelete
  2. Owwwh, banyak kekurangan yaa. Bagus lah tegur untuk kebaikan akan datang.

    ReplyDelete
  3. Mungkin baru first time anjurkan ni kot DN..tu yg kelam kabut sikit majlisnya..huhu

    ReplyDelete
  4. sempoilah DN.... kekadang orang yang incharge pasal nie memang terlepas pandang kan

    ReplyDelete
  5. mungkin belum pernah buat acara besar2an mcm tu kot. tu yg gelabah monyet tu.

    lagi2 ada 2 orang anak dara comel datang melawat. (cik nurul pun pegi kan)

    ReplyDelete
  6. Yadah ni apa sis? huhu sangat tak well organized la eventnya

    ReplyDelete
  7. @...Nadz Fisol... betul tu... harap perkara begini tidak berulang lg

    ReplyDelete
  8. @Cik Nurul Siezuka xboleh nk senyap je lh nurul. somebody kena tell them about this. huu...

    ReplyDelete
  9. @YaNa Yassin betul tu YY... postmotern kena ada selepas event. xgitu.. hehehe...

    ReplyDelete
  10. @hazman aka species1980 mungkin... harap next event akan bertambah baik..

    ReplyDelete
  11. @hazman aka species1980 itu lh... mungkin juga tiada persediaan awal...

    ReplyDelete
  12. @Ladfe Amir harap banyak yg akan diperbaiki oleh mereka utk next2 event...

    ReplyDelete
  13. @cha Yadah ni product kecantikan dari Korea... mmg x well organize. harap diperbaiki di masa akan dtg..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^