Fuhhh... Hari ini merupakan hari yang sangat panjang. Seawal 8.30 pagi DN sudah keluar rumah menuju ke The Curve untuk menghadiri event LG. Ada apa dengan event LG, akan DN ceritakan kemudian di entry yang berbeza.
Selesai event, lunch dengan rakan kerja (supplier) di TGI Friday sambil membincangkan tentang kerja. Ok, cuti pun nak kerja ye DN. Huh.. Tidak semua memahami kerjaya DN jadi lebih baik DN tidak bercerita. Cukup lah DN sahaja yang tahu apa yang DN buat.
Disebabkan kaki DN agak letih kerana perlu menari Gangnam dengan menggunakan kasut tumit 4inci masa event tadi, DN dan rakan kerja ke Thai Odyssey untuk urut kaki. Memang sangat lega dan selesa selepas itu. Sesiapa yang telah merakam tarian DN yang entah apa-apa itu, sila simpan dan jangan dedahkan ok. Nanti semua nak bergambar dan minta sign perasan retis ini. Hahahaktuih! :p
Selesai memanjakan diri, sambung diskusi di Dome pula. First time DN di sini dan DN sudah jatuh cinta dengan Duo Chocolate Gateau. Sedap ke? Nak tahu sila rasa sendiri ye. Sekitar jam 6.15petang DN meninggalkan The Curve dan menuju ke Selayang pula.
Berjumpa dengan BFF untuk makan malam bersama. Bila dapat jumpa mereka ini, tak tahu pukul berapa baru balik. Memang hari yang meletihkan tetapi puas kerana segalanya berjalan dengan lancar. Saja je nak share dengan korang sebab DN suka berkongsi apa yang DN suka buat.
Esok? Hari untuk bekerja. Ahad kerja ke DN? DN bekerja 24/7 walau di mana DN berada jadi jangan nak buat cerita bukan-bukan ye. DN sangat komited dengan apa yang DN buat. Hanya orang yang kenal dan rapat dengan DN sahaja tahu siapa DN.
Oklah, sebelum DN merepek, DN stop dulu. Jumpa lagi!
kid dah tinggalkan zaman kontraktor dulu.. hehehe.. btw, selamat bekerja dengan dedikasi deqnoor.. nanti kita dating dengan nurul yea. :)
ReplyDeleteDah pesan kan ada gangnam style.. degil sangat nape he..23x
ReplyDeleteeh retis la.. nak sign leh :)
@KiD thanks kid... lama betul nak tunggu dating dgn kid ni. hehehe... :p
ReplyDelete@Bro Framestone mana lh tahu kena bertanding camtu.. ingat ramai2 suka2 je... huu...
ReplyDeleteyeahh.... dah tengok gaya DN menari tue... nanti boleh ajak untuk SEHATI BERDANSA....
ReplyDeleteramai jugak blogger yg bergangnam masa event tu ye...heee
ReplyDeleteAhad pun kerja..mmg salute la dgn DN..ezad masih belum sampai tahap mcm tu lagi...paling gila pun pernah sampai sabtu je la kerja..ahad tu ada la kadang2 kalau kerja bertimbun2..hee
ReplyDeletenak dating jugakkkk. hehe
ReplyDeleteTengok macam sedap je Duo Chocolate Gateau tu.. Kena try ni
ReplyDelete@Ezad Skytech bukan ramai lg ezad, mmg semua kena bergangnam haritu. huhu..
ReplyDeletekita yg manage time kerja kita. oleh itu, jika xsempat weekend lh kena buat. hee...
@naomiashikin jom3! turun kl lagi roger k... ;)
ReplyDelete@Anarm sgt3 sedap! try tau nanti.. :)
ReplyDeleteramai yg ke event LG. tapi saya ke Cheras untuk review smartphone...ermmm..
ReplyDeletepaling penting, kita gembira dengan apa yg kita buat.
kegembiraan akan mengundang sejuta kejayaan
@Ladfe Amir berkongsi apa yg kita suka.. ;)
ReplyDelete