Bersiar-siar serta membeli belah di Pasar Seni Kuta, Legian dan Pantai Kuta

 Selamat pagi! Hari ini DN nak sambung sedikit kisah DN bersiar-siar di Bali, Indonesia. Semasa DN di sana, DN telah dibawa ke Kuta dan Legian. Perjalanan dari tempat penginapan DN mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Selepas bersarapan pagi, sekitar 11 pagi DN bergerak ke sana. Kuta dan Legian ini juga tidak jauh dari airport iaitu sekitar 5 minit perjalanan.


Kuta merupakan bandar Bali yang penuh dengan tempat shopping, hotel dan segala kemudahan untuk pelancong beristirehat, membeli-belah dan bersukaria. DN dibawa ke Pasar Seni Kuta dan Legian untuk bershopping. Apa yang penting, tawar menawar itu perlu ada. Paling best apabila DN mendapat gambar 3 panel sederhana besar dengan harga kurang dari RM50. Murah bukan! Hehehe...


Selesai bershopping, DN ke shopping kompleks berhampiran untuk berehat dan menghilangkan dahaga setelah penat berjalan. Di sini orang sekeliling tidak hairan melihat kita berjalan sendirian kerana kelihatan ramai pelancong asing bersiar-siar seorang diri. Itu belum lagi melihat pelancong asing ini menaiki motor seperti Bali ini negara mereka. Kalau DN, confirm sesat.


Kemudian, DN telah dibawa ke pantai Kuta. Cuaca sangat panas jadi ramai yang merehatkan diri di bawah pokok sambil menikmati minuman di stall-stall kecil sepanjang pantai Kuta ini. Walaupun panas, tetap tidak menghalang mereka mandi dan melakukan pelbagai aktiviti pantai. DN hanya memerhati dari jauh sahaja.


Sekitar jam 5 petang DN meninggalkan kawasan Kuta untuk kembali ke penginapan DN. Banyak DN shopping? Banyak juga lah. Yang pasti DN tidak akan lupakan cenderahati untuk sahabat yang sama-sama susah senang dari dahulu. Mereka inilah sahabat yang tidak pernah jemu menyokong dan bersama DN walau pelbagai fitnah, tohmahan dan cacian melanda DN selama ini. Terima kasih sahabat. Nanti kita jumpa lagi ye... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. comey pulak baju i LOVE BALI tue... tapi kalau tukar I LOVE DEQNOOR mesti lagi cute laaa

    ReplyDelete
  2. @hazman aka species1980 alamak! nanti ramai yg minta.. susah plak DN.. :p

    ReplyDelete
  3. DN!!! After touch down from airport td. I terus google cari your website. hehe. excited punya pasal. By the way, it's great pleasure to meet you and had a nice chat with you just now. I will keep on reading your blog. and I akan start blogging and writing balik! thanks :D

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. @naomiashikinhi dear! glad you reply here.. I have no idea how to find u.. keep in touch an start blogging ya.. i'm waiting your great entry... :)

    ReplyDelete
  6. berapa ribu DN habiskan duit kat Bali ni? mesti banyak shopping kan

    ReplyDelete
  7. Bila la kami blogger nie nak dapat t-shirt dan dipakai sama2 dengan Deq Noor ek?

    ReplyDelete
  8. @Bro Framestone ada rezeki nanti DN buat baju untuk pakai sama2... ;)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^