Destinasi ke Terengganu Bersama Blogger Bro Framestone.com, Nurseira.com dan Siezuka.com

Ok, DN memang betul-betul bercuti dan merehatkan diri semasa di Terengganu sehingga tidak bercerita langsung di sini kan. Maaf semua. Jadual di sana agak padat dan DN masih perlu membuat kerja sehingga tidak sempat untuk DN update secara terus dari Terengganu. Walaupun begitu, DN tetap akan berkongsi pengalaman DN di Terengganu dengan semua.

DN ke Terengganu dengan blogger Bro Framestone, Iera dan Cik Nurul. Petama kali bercuti bersama rakan blogger. Selama ini bercuti secara solo ataupun bersama rakan sekolah / universiti. Perjalanan pergi kami agak lama kerana terlalu banyak kenderaan sehingga had kelajuan tidak dapat melebihi 90km/j. DN pula drive seorang diri, memang terasa kelambatan itu.



Apabila berjalan jauh, keadaan kondisi kereta, minyak dan kesihatan perlu dititikberatkan. Ini supaya perjalanan lancar dan dapat fokus dalam pemanduan. Selain itu, kewangan juga perlu mencukupi. Ramai yang berkata cuti perlukan belanja yang banyak. Sebenarnya, jika kita menguruskan kewangan dengan baik, destinasi budget dapat dilaksanakan.

DN sudah banyak kali pergi bercuti hanya membawa RM300 (penginapan, makan, transport, dll) dan tidak habis menggunakan duit tersebut. Mungkin sebab DN bujang, jadi tiada masalah tapi percaya lah, ada juga bujang yang berkira-kira untuk pergi bercuti. Untuk percutian kali ini juga, DN membawa jumlah wang yang sama dan masih berbaki apabila pulang kembali ke Selangor.

Selain itu, kad kredit juga berguna di saat-saat memerlukan. Untuk orang seperti DN yang sering berjalan jauh untuk urusan kerja dan bercuti, DN kerap menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak dan urusan tertentu terutama atas urusan kerja. Apa yang menarik, DN akan mendapat cashback setiap kali DN menggunakan kad kredit tersebut.

Baru-baru ini, DN ke website :- http://www.imoney.my/ms/kad-kredit. DN dapati laman web ini menyediakan perkhidmatan untuk membandingkan semua kad kredit dengan mudah. Dari sini kita dapat memilih kad kredit yang sesuai dengan keperluan semasa kita. Jika anda berhasrat untuk mendapatkan kad kredit, boleh membuat perbandingan di imoney.my dan memilih yang terbaik untuk anda.

Seterusnya, DN akan kongsikan tempat penginapan DN di Terengganu.  Nantikan entry DN seterusnya...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. Assalamualaikum,

    Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Menarik dengan RM300 sahaja!!!

    macam program tv3 dulu tu yang dikendalikan oleh Shamsul Ghau2 tu... hehehe...

    ReplyDelete
  3. bajet RM300 mungkin mencukupi untuk yang bujang ni DN...yang da berkeluarga mungkin tak cukup rasanya..hee

    ReplyDelete
  4. whoaaa.... artikel simple dan menarik .... tapi ada unsur $$$ kan...ekekeke

    ReplyDelete
  5. @Farah Waheda Wahid mmg seronok... mommy bila nk join kami cuti2.. :)

    ReplyDelete
  6. @Zulqarnain Abu Hassan serius DN dh buat destinasi budget ini ke Sarawak, Penang, JB, Melaka & kali ini ke Terengganu... :)

    ReplyDelete
  7. @Ezad Skytech mmg budget utk bujang lh ni ezad.. utk berkeluarga DN xboleh nk buat sebab belum berkeluarga lg. hehe..

    ReplyDelete
  8. @hazman aka species1980 hahaha... unsur $$$ kadangkala perlu diketengahkan... ;)

    ReplyDelete
  9. Pergi tak ajak.. eh tp kena ada pic muka bro terselit disitu?

    oh, dn culik bro bawa pergi bercuti ek?

    ReplyDelete
  10. rm300 ja?ok memang sempoi!pasni bole la buat mcm tu jgk.. :)

    ReplyDelete
  11. @Farisya Anastasyia cuba lh.. mmg berjaya sbb dn selalu buat.. :)

    ReplyDelete
  12. rm300 memang cukup kalau pegi sorang2. lagi2 kalau cuma naik motor aje. tapi bab keluarga. tak cukup rasanya

    ReplyDelete
  13. @Ladfe Amir mmg utk seorg pun... DN buat kos utk Flight + hotel + transport (bas) + makan... mmg berhasil.. ;)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^