Selamat datang ke Masjid Kristal!
Walaupun cuaca panas terik, ia tidak menghalang kami untuk melihat silauan kristal di masjid kristal ini. Ia bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. Walaupun company DN terlibat dengan projek di Taman Tamadun Islam ini, DN tidak pernah menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam kerana DN tidak menjaga projek tersebut. Disebabkan kekangan waktu, kami tidak dapat meninjau apa yang ada di Taman Tamadun Islam. Mungkin lain kali. Masjid Kristal ini juga merupakan pertama kali DN ke sini.
Inilah pandangan Masjid Kristal dari sudut sebelah kiri pintu masuk. Nampak kilauan cermin di kubah masjid ini. Sangat menarik dan memikat mata yang memandang.
Ini pula pandangan Masjid Kristal dari sebelah kanan pintu masuk. Kelihatan kilauan kubah dapat dilihat dari pelbagai sudut. Cantik kan. Ayuh kita melihat suasana di dalam masjid ini.
Ruang solat yang besar dan selesa. Masjid ini tidak digunakan untuk solat berjemaah atau solat jumaat. Walaupun begitu, tetap disediakan ruang untuk solat di masjid ini.
Selesai di Masjid Kristal, kami dibawa ke museum yang sangat besar di Terengganu. Sebelum itu DN ingin bertanya, dimanakah letaknya kristal di Masjid Kristal ini? Siapa yang tahu? DN pun nak tahu juga. Kongsi lah dengan DN ye. Hee...
akak,hari tu kan da bgtaw.hehehe..
ReplyDeleteKristal pada namanya..sebab bila kena cahaya matahari, kaca yang diguna akan pantulkan "shining" yang ala2 kristal. Logik tak jawapan ni? Hehehe
ReplyDeletedinding luar tu la kot yang berkilat macam kaca tu.
ReplyDeleteAda tanya tak naper tak buat untuk solat kat situ... Dengar khabar ada kesilapan dari segi arah kiblat...
ReplyDeleteSudah tentulah dikubah2 nyaa.... hehehe
ReplyDeletealaaa ingatkn DN tau kat mana kristal dia
ReplyDeleteKristalnya terletak pada kacanya he..23x
ReplyDeletesaya dapat bantu.. Kristal ada di beberapa tempat di masjid tue.
ReplyDelete1. Lampu kristal yang tergantung dalam masjid.
2. Bebola kristal yang terletak di Pemegang Mimbar Masjid ( 2Biji)dan
3. Bebola kristal di Setiap Menara Masjid
Cuba siasat...
tak pernah jejakkan kaki kat Masjid Kristal ni..kalau jejak..mesti da siasat kat mana kristal2 tu..hee
ReplyDeletela. takleh buat solat berjemaah ke kat masjid ni. habis tu..kenapa dipanggil masjid gak
ReplyDelete@Ladfe Amir : tu la kan...hairan jugak kenapa..
ReplyDeletesyoknya jalan2 DN ni..
ReplyDelete@mamawaiz sementara masih bujang ni boleh la jln sakan.. hihi...
ReplyDeleteAda 2 biji Kristal pada 2 menara bawah bulan sabit Tue.....
ReplyDelete@Anonymous thunbs up! :)
ReplyDelete