Felda Residence Kuala Terengganu


Cantik kan view hotel ini dari bilik hotel. DN suka sangat. Pertama kali DN telah dijemput untuk menginap di Felda Residence Kuala Terengganu ini. DN telah ditempatkan di deluxe room dan mengadap view sungai ini. Dari jauh dapat kelihatan Masjid Kristal bila diamati betul-betul dari tingkap bilik hotel DN menginap. Cantik kan! Jom kita menjengah ke bilik hotel pula.


Bilik deluxe dengan mempunyai 2 katil single dan ruang legar yang luas. Sangat selesa jika menginap di bilik ini berdua. Cuma lebih selesa jika 2 bantal disediakan setiap satu katil. TV diletakkan mengadap katil jadi boleh menonton TV sambil berbaring. Di bawah TV terdapat ruang yang tersimpan peti ais kecil dan ruang pantry di dalamnya. Selain itu, di satu sudut terdapat ruang solek dan juga ruang tersedia 2 buah sofa untuk merehatkan diri sambil minum kopi. Memang selesa dan tenang sahaja di sini lebih lagi kerana mengadap sungai, jauh dari kesibukan bunyi kenderaan kota.


Berhampiran dengan pintu masuk terdapat almari kayu yang tersimpan hanger, sejadah, iron dan iron board. Bersebelahan dengan almari kayu ini terdapat ruang untuk meletak bag. Berhadapan dengan almari ini pula terdapat cermin panjang.
 

Bersebelahan dengan cermin pula terdapat pintu masuk ke bilik mandi. Bilik mandi yang selesa dilengkapi dengan basin, ruang meletak barang yang luas, tandas duduk dan ruang mandi bertutup dengan pintu kaca.

Dari segi decoration, kelihatan biasa sahaja tetapi semua keperluan untuk menginap di bilik hotel lengkap. Lebih lengkap jika tersedia hair dryer di dalam bilik mandi ini. Bilik deluxe ini berharga RM172.41. Jika berminat untuk menginap di hotel ini, boleh terus ke website Felda Residence Kuala Terengganu atau hubungi mereka di talian 09-6321111
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

23 Blue Komen:

  1. ha ah la, cantik..mmg berbaloi2 dgn harganya..

    ReplyDelete
  2. dijemput untuk menginap??? wow! top rated blogger!! :O

    hehe nice la tempat ni DN :)

    ReplyDelete
  3. Whoaaa!!! Sungguh berpatutan harganya DN...

    i should try them sooner or later... hehehe

    ReplyDelete
  4. nampak mewah juga kan. kalau saya ke terengganu, boleh menginap di sini rasanya.

    ReplyDelete
  5. @Mizz ErMa kan.. Cuba lh bila ke terengganu.. :)

    ReplyDelete
  6. @zuan betul tu zuan... nak makan pun boleh jalan kaki je...

    ReplyDelete
  7. DN ada kenal sesape ke situ? nak jugak dijemput utk menginap. boleh hoenymoon harga pun murah hehe

    ReplyDelete
  8. saya ingatkan di sungkai sahaja ada felda residence, di k.t pun ada...bolehlah stay cni kalau g trganu...servis felda residence mmg best

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi sana nanti boleh la try menginap kat sini...:)

    ReplyDelete
  10. @cha DN dijemput oleh Bro Framestone utk buat review di hotel ini cha... :)

    ReplyDelete
  11. @Farzaana Nazilah KT pun ada gak.. kalau ke KT, tido lh kt sini.. :)

    ReplyDelete
  12. syirah sempat singgah sat ja kan.huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Kalau dapat tido kat bilik cenggini memang nyenyak la tido....

    ReplyDelete
  14. @Farisya Anastasyia ok lh tu.. dpt gak tgk bilik ni camne kan.. :)

    ReplyDelete
  15. He..23x mana la bro ingat beg sapa tue...

    tertiba rindu dengan Nurul....

    ReplyDelete
  16. @Bro Framestone ajak nurul buka puasa sama lah bro.. :)

    ReplyDelete
  17. Harga mesti dah berubah selepas penambahan GST kan?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^