Hargai Setiap Pertemuan

DN dah selamat sampai JB. Kali ini DN ke JB dengan menaiki firefly. Penat rasanya nak drive sendiri. Minggu lepas kereta dah ke Kemaman. Minggu depan nak ke Kuala Terengganu pula. Jadi lebih afdal rasanya DN menaiki flight.

Semasa di dalam flight, DN ditemukan dengan seorang wanita yang lebih muda dari DN tetapi sudah berkahwin. Bukan DN nak beritahu mengenai kahwin muda tetapi ada sesuatu yang DN nak kongsikan disini.

Sepanjang perjalanan Subang - Johor kami berbual panjang. Terasa masa sangat mencemburui kami. 1 jam perjalanan terasa seperti 10 minit. Beliau menceritakan tentang kisah silam beliau bagaimana trauma dan fobia menghantui dirinya selama ini. Kini beliau bangkit untuk melawan semua itu demi sebuah kehidupan yang beliau inginkan. Kesedaran, kekuatan diri dan semangat yang beliau cari sendiri. Setelah berkahwin, suami banyak mendorongnya untuk kuat.

Kagum DN mendengar cerita beliau. Lebih kagum lagi, semangat yang beliau tanamkan dalam diri untuk melawan segala fobia, trauma dan tekanan hidup itu. DN rasa bersyukur ditemukan dengannya. 

Setiap pertemuan pasti ada sebabnya kan. Sebab itu kita perlu hargai setiap pertemuan. Kerana sebelum kita berkawan rapat, kita bermula dengan pertemuan. Sebelum kita berpisah, kita bermula dengan pertemuan. Sebelum kita ditemukan untuk seketika, tetap bermula dengan pertemuan. Oleh itu, hargailah setiap pertemuan walaupun seketika.

Untuk beliau yang berada bersama DN sepanjang perjalanan Subang - Johor tadi, DN baru perasan tak sempat bertanyakan nama awak. Maaf sangat-sangat. Mungkin sebab kita terlalu asyik bercerita. Tapi awak ada semua maklumat DN sebab DN ada bagi namecard pada awak tadi. Jika awak ada singgah ke blog DN, harap dapat hubungi DN ye. Ketahuilah, ramai yang mahu melihat awak bangkit dan ramai yang akan terus memberi semangat kepada awak. Jangan putus asa! Allah sentiasa bersama kita selagi kita tidak berputus asa... 

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. awak.. saya harap awak akan hubungi deqnoor.. saya tahu awak TABAH!

    ReplyDelete
  2. pengalaman dan ilmu tidak formal sebegini akan berkesan dalam kehidupan kita

    ReplyDelete
  3. geli lak baca komen dari KID nie..aahahaaa..

    harap dia baca la entry dn :)

    ReplyDelete
  4. saya harap awak tabah melayan kerenah kawan saya ini.

    Harap pintu hatinya terbuka juga begitu juga dengan pintu rezekinya :)

    ReplyDelete
  5. Hi there! Here I am! Actually I've dropped a comment earlier in your previous post.

    Terharu sangat bila u post pasal I ni. hikhik. thanks a lot. it's an honour for me. :D

    ReplyDelete
  6. @KiD alhamdulillah... beliau telah menghubungi DN... :)

    ReplyDelete
  7. @hazman aka species1980 betul tu kerana kita tidak memperolehinya di mana-mana kelas pun...

    ReplyDelete
  8. @Dkna Abza Kid serious juga orgnya kan Dkna.. Hihihi... Beliau dah baca entry ini Dkna.. :)

    ReplyDelete
  9. @Bro Framestone hahaha... saya harap awak juga tabah melayan karenah kawan awak yang seorang ini... :D

    ReplyDelete
  10. @naomiashikin hi dear! this post just a part of what i feel from all your story... apa yg lebih penting, pengalaman dan pertemuan kita... Can't wait to get your blog URL... ;)

    ReplyDelete
  11. @DN betul tuuuuu! Nah blog I yang dah lama bersawang ni. LOL :P

    http://shikinslife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. @naomiashikin thanks... dengan pantas i terjah k.. ;)

    ReplyDelete
  13. mujurlah DN ada bagi namecard DN kan..kalau tak mesti lost contact dgn dia...

    ReplyDelete
  14. @Ezad Skytech itulah pentingnya ada namecard... namecarg ezad DN tak dapat2 lg... huu...

    ReplyDelete
  15. dah tambah sorang lagi pembaca blog ni lah nampaknya. hoho

    ReplyDelete
  16. DN - Saya harap awak mampu buat kawan awak ini tabah melayan karenah awak he..23x

    ReplyDelete
  17. @Ladfe Amir camtu lah nampaknya. alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^