Kunjungi Tempat Menarik di Bali, Indonesia

Ini merupakan entry terakhir DN di Bali. DN rangkumkan semuanya di bawah tempat yang harus dikunjungi di Bali. Senang kalian nak rujuk dan jimat masa DN juga untuk bercerita dengan kalian. Hihihi...


 Hari ketiga DN di Bali, DN sepatutnya dibawa ke tempat-tempat di atas. Memandangkan masa yang tidak mencukupi, hanya beberapa tempat di atas sahaja yang berjaya DN kunjungi. Maklumlah, DN hanya 4 hari sahaja di sini. Oleh itu, tidak semua tempat dapat DN kunjungi.


Tempat pertama DN pergi adalah tempat membuat batik. Di sini DN dapat menyaksikan bagaimana penghasilan batik dilakukan dengan pelbagai kaedah. Segalanya memerlukan ketekunan dan ketelitian supaya batik yang dihasilkan cantik, menarik serta mempunyai seni tersendiri.
 

Seterusnya DN dibawa ke tempat membuat emas dan silver. Semasa di sini, DN dapat melihat kesemua pekerja yang melakukan ukiran silver adalah perempuan. Mungkin perempuan lebih teliti dan kemas untuk melakukan ukiran silver ini. Lelaki mungkin lebih kepada ukiran kayu. DN tidak berpeluang melihat ukiran kayu kerana masa yang tidak mencukupi. Ini kerana, lokasi dari satu tempat dengan tempat yang lain agak jauh.


Tetapi DN sempat dibawa ke sebuah dusun di mana terletaknya tempat pembuatan kopi luwak. Di sini DN dapat lihat sendiri musang dengan  najisnya yang masih mempunyai biji kopi di merata tempat. DN dapat lihat bagaimana proses untuk menghasilkan kopi luwak dibuat.


Kemudian DN dibawa ke satu pondok menghadap pemandangan hutan yang indah. Di sini DN diberi rasa semua jenis minuman seperti di atas dengan percuma. Hanya kopi luwak sahaja yang perlu dibayar. Suasana di sini sangat nyaman dan menenangkan.
 

Seterusnya DN dibawa ke Kintamani untuk makan tengah hari. Tidak lah tengah hari sangat kerana jam sudah melewati pukul 2 petang. Ketika sampai di sini, hujan sudah mulai renyai dan cuaca semakin sejuk. Walaubagaimanapun, DN tetap perlu makan bersila di meja luar kerana tiada tempat di dalam bangunan.
 

Dari tempat makan DN, DN dapat melihat pemandangan gunung berapi yang dikatakan masih aktif. Kelihatan tanah di bawah gunung berapi ini kehitaman kesan daripada meletus suatu ketika dahulu. Mujur DN sempat mengambil gambar ini kerana selang beberapa minit kemudian, kabus tebal sudah menyelubungi gunung ini disebabkan hujan semakin lebat.

Selesai makan di sini, DN meneruskan perjalanan untuk pulang ke penginapan DN tetapi masih sempat untuk singgah di beberapa tempat shopping berhampiran. Perjalanan yang mengambil masa melebihi 2 jam menyebabkan DN keletihan apabila sampai di penginapan DN.

Selesai sudah ceritera travelog DN ke Bali. Untuk mengetahui apa yang DN lakukan semasa di Bali, boleh rujuk link entry di bawah :-


Ok, DN sudah bersedia untuk travelog seterusnya. Jom pergi melancong! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. Hurmmm... corak batik diorang agak unik dari yang ada kat malaysia....

    ReplyDelete
  2. @hazman aka species1980 Malaysia & Indonesia mempunyai perbezaan dalam penghasilan batik masing2...

    ReplyDelete
  3. Wow cantik2..bertuahnya dpt tgk..

    ReplyDelete
  4. Wow cantik2..bertuahnya dpt tgk..

    ReplyDelete
  5. macam tempat2 boleh dilawati ye kat Bali ni...kopi luwak..boleh minum ke kopi tu? huhu

    ReplyDelete
  6. @Ezad Skytech betul tu ezad.. terpulang pada kita nak pergi atau tak.. DN xminum pun kopi luwak tu. order utk tangkap gambar, lepas tu supir yang minum.. :)

    ReplyDelete
  7. rasa mcm nak pegi juga ke Bali. tapi mungkin bukan destinasi utama

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^