LG Fiesta - Hidup Lebih Bermakna dengan adanya Smart TV dan Home Theater


Baru-baru ini DN telah dijemput ke LG Fiesta yang diadakan di The Curve, Damansara. Pelbagai acara telah diadakan untuk blogger jemputan seperti DN. Disinilah buat pertama kali DN perlu menari Gangnam dengan menggunakan heels 4 inci. Memang menarik sebab DN tidak pernah terfikir untuk menari di khalayak ramai.

Tetapi, bukan tarian Gangnam yang ingin DN kongsikan di sini. Ada yang lebih menarik dari tarian hebat DN itu. Apa yang lebih hebat? Pastinya sesuatu yang istimewa dari LG. Hidup akan lebih bermakna jika sesuatu yang istimewa dari LG ini dapat dimiliki. Apa yang istimewa sangat itu ye?
 

Inilah yang DN maksudkan. LG 60 inch CINEMA 3D Smart TV LA8600. Besar kan LED TV ini. Skrin bersaiz 60 inci ini menjadikan mata kita puas apabila menontonnya. Rasanya seperti tidak mahu keluar dari rumah jika dapat memiliki LED TV ini. Dengan resolusi 1920 x 1080 menjadikan gambar di TV ini lebih jelas. Istimewa lagi apabila Smart TV ini dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri berikut :-

Magic remote - 2 langkah mudah iaitu point & click dan juga drag & drop
Smart Home - mudah untuk dikendalikan dan dilengkapi dengan pilihan khusus
IPS Advanced LCD Panel - menjadikan LG Ultra HD TV lebih jelas, skrin lebih konsisten dan kukuh
Game World - mempunyai aplikasi game yang dapat dimainkan bersama keluarga / rakan
3D Glasses - Cermin mata Cinema 3D lebih ringan, tanpa bateri, teratur, ekonomi dan didatangkan dengan pelbagai pilihan warna

Selain itu, LG 60 inch CINEMA 3D Smart TV LA8600 sangat sesuai jika dikombinasikan dengan 9.1CH Cinema Sound Home Theater BH9530TW. Rasanya seperti membawa wayang terus ke rumah anda. Memang perfect match dan bertambah-tambah bermakna hidup di rumah apabila dilengkapi dengan semua ini.

9.1ch CINEMA Sound ialah satu sistem bunyi yang dilengkapi dengan 9 tala bunyi dan satu pembesar suara. 9 tala bunyi ini akan menyampaikan 9 bunyi berbeza dari setiap hala, dengan menyampaikan bunyi lebih tepat dan tulen yang akan membuat anda berasa seolah-olah anda di sana. Lebih menarik apabila rumah anda dipersiapkan dengan dinding akustik yang dapat menyerap dan menala bunyi dengan baik.

Menarik bukan! Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh terus ke website LG. DN sudah merasai kehebatan Smart TV dan Home Theater ini, kini masa anda untuk merasainya sendiri di rumah anda.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

9 Blue Komen:

  1. Perghh...besar giler saiz tv tue.... nipis pulak tue.... gempak siot...

    ReplyDelete
  2. kalau la dapat TV sebesar ni kat rumah...memang puas la...:D

    ReplyDelete
  3. @Ezad Skytech ermm... besar TV dari rumah nanti.. rumah DN kecil je. hihihi

    ReplyDelete
  4. rumah saya punya tv yg 42inci pun dah besar. tak cukup ruang tamu. kalau 60inci..peh lagi besar

    ReplyDelete
  5. @Ladfe Amir besarnya tv... cukup lh tu.. besar2 pun buat sempit ruang tamu je nanti

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^