Melihat Cara Pembuatan Keropok Lekor

 Terengganu dan keropok lekor memang tidak asing lagi. Jika sebut sahaja keropok lekor, mesti kita semua tahu bahawa ianya berasal dari Terengganu. Oleh itu, DN telah diberi peluang melihat sendiri cara pembuatan keropok lekor di Kak Yah Keropok Losong yang terletak di Kampung Losong Haji Su.


 Walaupun tiba agak lewat, mereka tetap tidak mengecewakan kami dengan menunjukkan cara pembuatan keropok lekor ini. Ikan yang digunakan adalah campuran dua jenis ikan ini; ikan tamban dan ikan selayang. Adunan kedua-dua ikan ini akan dicubit sedikit dan kemudiannya disalut dengan tepung.


Di dalam bekas diatas adalah keropok lekor mentah yang terhasil setelah disalut dengan tepung. Seperti yang dapat dilihat, keropok lekor ini berbentuk panjang dan kecil. Setelah selesai, ianya akan dimasukkan ke dalam kuali dan dimasak dengan separa masak.



Selain itu, terdapat juga keropok lekor yang direbus di dalam bekas rebusan besar ini. Keropok lekor rebus ini berbentuk panjang-panjang sebelum dipotong kemudiannya selepas selesai direbus. Boleh click link di bawah untuk melihat video cara pembuatan keropok lekor yang dirakam oleh blogger Bro Framestone :-



Sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya, kami duduk sambil makan dahulu di sini. Kami memilih kedua-dua jenis keropok lekor, rebus dan goreng. Satu bekas di atas berharga RM3. Tetapi jika membeli satu bungkus, berharga RM5. So far, sedap juga keropok lekor di sini. Boleh datang lagi lain kali... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. teringinnya nk mkn kopok lekor panas panas kt tempat dia huhu

    ReplyDelete
  2. Nyum3x!!! tidak dinafikan kopok lekor ganu memang bestt...

    ReplyDelete
  3. dia letak kanji jugak kan?
    best kalau keropok banyak ikan :)
    makan panas-panas, fuh.. sodap

    ReplyDelete
  4. klau wida yg paling sdp kepok selekoh sg rengas..dekat dgn rmh wida. kedua kepok bukit tok beng..

    ReplyDelete
  5. ezad tahu makan je...tak pernah tengok pembuatan keropok lekor di depan mata...hee

    ReplyDelete
  6. masa DN pergi terengganu dulu...tak teringat pulak nak kirim keropok lekor ni kat DN...huhu...

    ReplyDelete
  7. sokong dgn mmamawaiz..keropok lekor selekoh sg rengas memang terbaik! :)

    ReplyDelete
  8. sokong dgn mmamawaiz..keropok lekor selekoh sg rengas memang terbaik! :)

    ReplyDelete
  9. Kalau kepok lekor DN yang buat or masak confirm abang nak sokmo

    ReplyDelete
  10. untunglah dapat tangkap gambar orang buat keropok lekor. bukan semua berpeluang.

    keropok lekor yang banyak isi ikan memang best

    ReplyDelete
  11. @Ladfe Amir kalau banyak isi ikan,: baru feeling makan kan..hee

    ReplyDelete
  12. sekarang ni keropok kat losong semua kecik2 belaka..tak mcm dulu..dekat bukit tok beng pun femes jugak..rmai pelancong beli kat situ.. :D

    ReplyDelete
  13. Boleh dptkan no tel tuan nye kopok lekor x?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^