Cerita travelog Bali DN agak lembab kan. Sampai ke hari ini masih belum habis lagi padahal minggu depan nak travel ke tempat lain pula. Hmm... DN cuba habiskan sebelum next destinasi DN bersama rakan blogger lain. Tak sabar nak ke sana tetapi sebelum itu, DN sambung cerita Bali DN dahulu.
Hari ketiga DN di Bali, DN telah dibawa menyaksikan tarian Barong & Kris. Tarian ini merupakan pertarungan antara Barong (binatang purbakala menggambarkan kebajikan) dan Rangda (binatang purbakala menggambarkan kebatilan).
Ini adalah barong dan kera yang kononnya sedang berada di dalam hutan. Mereka dikatakan berkawan baik dan pada masa ini, Barong sedang berkelahi dengan seseorang dan Kera telah menyelamatkan Barong dengan menggigit hidung orang tersebut.
Mereka pula merupakan pengikut Dewi Kunti dan Rangda. Ketika ini Dewi Kunti berjanji untuk menyerahkan anaknya, Sadewa kepada Rangda sebagai korban. Disinilah berlakunya pertarungan dan perkelahian antara "kebaikan" dan "kebatilan".
Akhir sekali, muncul pengikut-pengikut Barong masing-masing dengan kerisnya untuk bertarung dengan Rangda. Semuanya tidak berhasil kerana kesaktian Sang Rangda tidak boleh ditewaskan.
Kesimpulan dari apa yang DN tengok adalah, di dunia ini akan sentiasa ada manusia yang baik dan jahat. Oleh itu, pertarungan, perkelahian, berselisih faham dan ketidakpuashatian akan kekal abadi antara kebaikan untuk melawan dan mencegah kebatilan. Terpulang pada kita untuk memilih sama ada kebaikan atau kebatilan.
Amacam? Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi walaupun bahasa yang digunakan agak kurang jelas. Mungkin perlu menggunakan microphone sebagai penambahbaikan supaya dapat mendengar dengan lebih jelas.
kalau nak arrange trip kita berdua abang man ON je .... lagi best sebab DN temankan....
ReplyDelete@hazman aka species1980 nk ikut abg man g cuti dgn cik nurul tu... boleh kan. hihihi...
ReplyDeletekalau pergi ke negara orang ni...mcm2 benda kita boleh tengok kan...hee
ReplyDelete@Ezad Skytech betul tu... itu yg DN suka sbb boleh melihat sendiri kehidupan orang lain di negara orang.. :)
ReplyDeletesesekali menonton budaya hidup masyarakat negara lain pun best juga. lagi2 secara live kan.
ReplyDelete@Ladfe Amir betul tu.. sbb tu dn suka ke negara org.. nk tgk budaya mereka.. :)
ReplyDelete