Inilah keluarga kecil saya. Abah, mama dan adik-beradik saya seramai 5 orang. Sejujurnya, inilah pertama kali kami mempunyai potret keluarga. Ini bermakna, pertama kali kami dapat berkumpul beramai-ramai dan menangkap gambar seperti ini. Dari sinilah bermula titik tolak untuk saya terus menghangatkan hubungan kekeluargaan yang hampir membawa haluan sendiri. Setiap orang perlu berubah dan saya berubah untuk memilih keluarga sebagai keutamaan.
Buat pertama kali juga kami mempunyai baju raya sedondon. Mungkin bagi orang lain ianya adalah kebiasaan berbaju raya sedondon tetapi bagi keluarga saya, ia adalah pengalaman pertama yang cuba saya lakukan setiap tahun. Apa yang istimewanya dengan gambar ini adalah, ia merupakan gambar pertama dan terakhir kami sekeluarga dengan nenek tercinta. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 107 tahun di hari lahir adik bongsu saya April yang lalu. Saya coretkan kisah ini di Rindu bersemadi di Madinah. Tiap kali saya baca, menitis air mata ini. Al-Fatihah untuk arwah.
Raya tahun ini, kami hanya beraya di rumah sendiri. Kami tidak pulang ke kampung seperti dahulu setelah ketiadaan nenek. Ini adalah permintaan mama dan kami sekeluarga akur dengan permintaannya. Kehilangan nenek memang memberi kesan yang mendalam untuk saya terus menghargai mereka yang masih ada di sisi.
Seperti video Samsung di atas, tiada apa yang lebih berharga daripada membuatkan mama gembira. Baju, kasut, langsir, kereta... Saya sudah berikan kepada mama. Mama pernah mengeluh bahawa telefon yang digunakan kini sering bermasalah dan saya merancang untuk menukar telefon mama kepada yang baru.
Alangkah bahagianya jika Samsung dapat merealisasikan impian saya untuk menghadiahkan mama telefon baru di hari raya ini. Dengan adanya telefon Samsung ini, mama boleh tangkap gambar dengan cantik dan simpan di dalam telefonnya. Selain itu, mama dapat menyimpan lagu-lagu kesukaan mama. Lagu Raya dari Sanisah Huri menjadi kegemaran mama dari dahulu sehingga kini. Itulah yang diinginkan mama setiap kali mama mengeluh dengan telefon yang sedang digunakannya. Pasti mama sangat gembira apabila mendapat telefon baru dan kegembiraan itulah sering menjadi pengubat hati saya setiap kali saya pulang bertemunya.
"Kamu tetap dikira anak derhaka jika ibumu terguris hati dengan sikapmu...Meskipun kamu mempunyai 1000 alasan atas setiap titis air mata ibumu yang terluka..."
Saya sayang mama
Tekan 'LIKE' pada link di bawah sebagai sokongan terhadap entry ini :-
Page : https://www.facebook.com/deqnoordotcom/posts/182142768623568
FB : https://www.facebook.com/deqnoor.shafawati/posts/687010921315337
Tekan 'LIKE' pada link di bawah sebagai sokongan terhadap entry ini :-
Page : https://www.facebook.com/deqnoordotcom/posts/182142768623568
FB : https://www.facebook.com/deqnoor.shafawati/posts/687010921315337
good luck sis.
ReplyDeleteow rupanya gambar header ni gambar raya dn.. ^^
ReplyDeletep.s jangan lupa like zuan punya juga..hehe
Sempoi je gambar yang paling atas tu..hehe
ReplyDeleteCepat benar waktu berlalu
ReplyDeleteSebulan Ramadhan umat berpuasa
Tiba hari waktu ditunggu
Syokla DeqNoor dapat Samsung utk raya
good luck...
ReplyDeleteRaya tahun nie jangan lupa balik kampung ek he..23x
ReplyDeleteTapi nampak sekarang macam setiap minggu je balik...
Bestnya ...kalau...kalau...kalau dapat phone baru!
ReplyDeletesamsung memang terbaik :)
ReplyDelete@cha tq cha... ^_^
ReplyDelete@Zuan betul tu zuan. hee...
ReplyDeleteDN dah like zuan nye... ^_^
@Hafiz Rahim DN pun suka gambar tu... :)
ReplyDelete@Salamun Ameen Alamak! Kena balas pantun ke? Errr... Xyah ye. Hehehe.. :p
ReplyDelete@Nadia Johari tq... ^_^
ReplyDelete@Bro Framestone mestilah balik kampung bro... Eh, balik bandar.. :D
ReplyDelete@Kak Mahh Amin... Dapat boleh bagi mama phone baru.. ^_^
ReplyDelete@boni kacak betul3! :)
ReplyDeleteYeahh... saya LIKE DEQ NOOR....
ReplyDelete@hazman aka species1980 Hahaha... Like3! ;)
ReplyDeletesemoga berjaya kak... :3 done like
ReplyDelete@✿AINAA ROSEBERRY✿ thanks aina... ^_^
ReplyDeletedah nak raya kan. jadi ke nak buat rumah terbuka ni?
ReplyDelete@Ladfe Amir tgk jika ada kelapangan ye... ^_^
ReplyDelete